Wednesday 1 December 2010

SATU HARIBULAN DOBLAS DUA RIBU SEPULUH

Hari ni satu hari bulan doblas dua ribu sepuluh. Tamat sudah bulan sebelas. Ada lagi tiga puluh hari nak masuk tahun baru. Ape azam korang bulan doblas ni? Dah nak masuk tahun baru, baru nak tanya azam bulan doblas, hahahahha! Keletuk! Keletuk! (Bunyi ketuk kapla sendiri)



Untuk bulan doblas ni, aku masih sebagai blogger pilihan di myjazmanie.com. Clap! Clap! Clap! untuk perasan perasaan diri sendiri, ekekeke! Blogger pilihan ini adalah top 5 comentatot eh, komentator di myjazmanie.com. Semalam adegan kejar mengejar telah berlaku. Donny telah menjadi hero industan versi putih telah menjadi juara dengan catatan tertinggi, siap pecah rekod wooo! Hahahhaha!



Memecut saat akhir ek Donny tahniah bro, heheheh! Petang tu aku dah mula kejar-kejar dengan Donny tapi malam tu aku keluar pergi Jusco pulak. Balik tepat sampai umah pukul 11 malam, tengok-tengok aku dah jatuh terduduk no 6, hahahaha! Geram betoi! Siap mengadu kat laki, tapi laki aku siap warning, "Pergi tido kan anak dulu baru main tenet!!" aiyarkkkk!!!!!



Rasanya memang tak masuk carta tapi dengan penuh ajaibnya anak aku tido 11.10malam, i lap u lah Amanda! Terus aku melaporkan pada big bos, "Amanda dah tido, ayang nak pergi race jap ek" kata aku. "Haa...merempit elok-elok.Semoga berjaya!" kata laki aku, hahahahahhaah!



Saya kembang idung 50 peratus saja, tak banyak. Thanxx Bro Jaz! Heheheheh! :)

Tak rugi komen bebanyak di blog Bro Jaz, blog dia pagerank 4 ok! Tinggi tu, so boleh saya menumpang dua kaki, hehehhe! :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014