Thursday 2 December 2010

AKTIVITI 3 HARI AKAN DATANG

Jadual Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Jumaat
  • Bos takde, pagi esok sebelum subuh aku nak terpacak depan kaunter tiket wayang. Nak tempah tiket untuk petang Sabtu. Baru terhegeh-hegeh nak tengok Harry Potter. Kata peminat tegar tapi lambat tengok, hahahahah!
  • Tengahari aku nak keluar pergi Ariani. Dengar ada sale, nak beli selai tudung celoreng-celoreng, hehehehhe!
  • Petang lepas balik dari opis, nak pergi umah makcik jahit baju. Nak tempah baju untuk aku dan Amanda, pakai kawin adik ipar aku bulan februari 2011 nanti.
  • Malam titun umah mak aku. Sesi bertambah mesra dan hentak meja dengan adik-adik tersayang.

Sabtu.
  • Sabtu dan Ahad susah sikit nak update belog. Kalo update pon buat live aje. Sebenarnya tak susah sikit, tapi malas banyak, hahahaha. Tak lawak pon.
  • Pukul sebelas pagi bergerak berduyun-duyun bersama sedara mara. Nak pergi merisik khabar anak dara orang. Mahu menggunting bunga di taman. Sibuk je aku ikut, macam makcik-makcik pulak. Ekekekek! Tambah ilmu.
  • Petang pergi tengok Harry Potter, insyallah. Sambil bergossip dengan Naha Basai.
  • Malam pulak tengok Cerekarama di TV3, itu pon kalo cerita best, kalo tak best aku masuk titun lagi bagussss! :)

Ahad.
  • Sebenarnya Ahad ni tak tau buat ape. Kalo jadi, nak balik Johor Bharu (yahuuuuu!) ada kenduri kawin.


Itu sahaja. Ini semua kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan....Insyallah.... :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014