*Gambar TangkapHendap!*
Festaim dalam hidup aku pergi ikut orang meminang. Sudah serupa makcik-makcik pulak rasanya tapi takpe aku suka, hahahahhaa! Pepagi buta aku dah pergi umah mak aku pastu UncleAunty aku tiba dari KL, ni nak meminang anak dara belakang umah aku je, hahhahaha! Dekat aje, so so so so semua berkumpul dekat umah makpak aku, sebab papa aku jadi wakil jurucakap bagi pihak lelaki.
*Gambar TangkapLentok*
Ni la UncleAunty aku, anak laki dia tak datang, anak laki dia nak nikah 1.1.11 ni. Haaa...melopong aku! Kira ada la lagi 3minggu, ingatkan nikah lambat lagi, ekekeke! Ok, tak pe ikut suka la.
*akutaktaunakcaptionape. Kepaladahtepu*
Papa tengah berdiskusi bab duit tarik, tarikh keramat dan segala bagai. Aku kat belakang tengah bergosip cantik betoi ye umah belah pompuan ni, eh langsir ni berapa semeter? Umah ni tambah belakang, atas, bawah tanah pon ye ke? *Sengal*
Muka seolah-olah mendengar perbincangan dalam parlimen membincang harga taik minyak naik tak turun-turun. Fine. Lapar giler sebenarnya, aku ada bau ikan goreng kat dapoo umah orang tu, hehehehe! :)
Ok, sarung cincin cepat, nak makan ni! Hahahhaha! Nama ahli baru adalah Annisa (ye kot), Selamat Mengejoinkan Diri Dalam Kelab Syed Al-Habsyi.
Terus melompat ke cerita makan. Ikut suka ko. Anak aku bukan buat nasi kangkang ok, jangan salah bacaan meter pulak, hahahah! ok, lapar nak mampos, rasa cam nak tarik je semua lauk kat aku, hahahaa! Tapi lauk pauk kampung memang terbaik dari ladang, yummieee! :)
p/s: Belog ini sangat bosan, dapat pangkat 9G. Tahap penceritaan semakin membosankan, mood menaip dah ke laut afrika selatan. Hanya jasad depan monitor membaca belog kawan-kawan. Kembalikan mood aku!!!!!
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!