..:Ieda Al-Habsyi:..: JANGAN TEGUR..TAPI ANAK AKU DAH KENE TEGUR (VERSI SERAM BULU KETIAK)

Thursday, 2 December 2010

JANGAN TEGUR..TAPI ANAK AKU DAH KENE TEGUR (VERSI SERAM BULU KETIAK)

Kejadian kene tegur : Tak dapat dikenal pasti.

Lokasi kene tegur : Tak pastu jugak.

Mangsa : Anak Badrisham dan Ieda Al-Habsyi - Khayra Amanda

Hero Penyelamat : Ustaz Dollah


Ini bukan main-main. Hari Ahad lepas, pukul 2 petang aku dan mak aku pergi rumah Ustaz Dollah di Kampung Sungai Rokam Ipoh. Janji dah nak datang dalam tepon (bukan skandal). Mengadu dengan Ustaz Dollah mengenai masalah anak aku yang semakin membuatkan aku runsing. Anak aku menangis tak henti-henti. Dia seolah takut bila keseorangan. Nak kemana-mana aku kene pimpin dia. Duduk depan aku wajib kene pegang jugak.



Memula ingat biase aje tapi makin lama makin teruk pulak aku tengok. Lepas Ustaz Dollah membaca ayat suci Al-Quran dan dia amik kunyit hidup serta air masak. Dia baca-baca. Aku ngan mak aku senyap aje. Pastu tak lama kemudian, Ustaz Dollah bersuara dengan loghat Indon (ustaz bukan kene rasuk tapi dia memang datang dari Indon heheheh!)


"Beri dia minum air ni, selawat 3 kali, sapu pada mukanya, dadanya dan perutnya. Pegang kaki tangan dia, saya mau sapu kunyit pada tubuhnya,"kata Ustaz Dollah.

Ok, ok. aku dengan mak aku kene jadi orang kuat kejap, Amanda meronta-ronta sambil menjerit-jerit bila Ustaz Dollah mula nak membuang benda tu.

Lepas tu aku tanya Ustaz Dollah,"Ada 'benda' ke?"

Ustaz Dollah jawab,"Haah. Kene tegur sikit, takpe Insyallah sembuh"


Aku seram. Memang seram. Seram sebab memang lemah semangat pastu baru aku sedar beberapa perubahan pada Amanda sebelum ini :

  • Tidur malam tak lena. Bangun tengah malam menangis teruk sampai aku kena tidur dengan dia.
  • Badan jadi besar sikit. Mak dan adik-adik aku yang perasan. Berat dia tidak seperti biasa. Aku dukung kejap pon penat sangat.
  • Makan kuat. Aku perasan bab ni tapi aku hanya fikir mungkin dia sudah start suka makan nasi.
  • Menangis kuat, tak boleh tinggal seorang walau sesaat.
  • Wajah suram, airmata sentiasa bergenang dan sayu.

Alhamdulillah, dah banyak perubahan Amanda. Air tu pon hampir habis, dia pon sudah ceria, boleh tinggal seorang diri sambil tonton tv.


Tak pasti dari mana datangnya 'benda' tu. Aku pon tak tanya Ustaz Dollah lebih-lebih. Tapi bila diimbas balik kemungkinan dia dah kene tegur sebelum raya qurban yang lepas. Kesian anak aku. Badan dia dah kembali ringan, hehehehe! :)


p/s : Kalau anak kecil anda ada tanda-tanda seperti di atas, silalah bawa jumpa Ustaz, insyallah akan membantu.



*Ummi dan Amanda. Amanda dan Ummi, eheheheh!*



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014