Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Tuesday, 12 April 2011

GUE SUDAH JATUH CINTA BARU!

Adverlets ni menariklah, sehari kurang-kurang naik jugak 40 sen buat belog ciput haku! Terima kasih kerana memberitahu aku pilihan yang tepat! :)


Gue sudah jatuh cinta baru! :)

Wednesday, 6 April 2011

NI NAK HEBOH SEKAMPUNG

Betapa tak gah betoi hidup bile henpon berkamera (ehsan orang lain, bukan si Ehsan tu) rosak. Rosak tau, tapi kalo bergetar tu mau aje, getik aku. Nak pulak kamera hadiah waktu kawin dulu pon rosak, ceh! Tak de le aku nak klik klik klik gambo nak masuk dalam blog, getikkkk aku weh.






 Haaa...ni nak heboh sekampung, 2 minggu lepas saya ada nampak Musalman tu balik rumah, kelam kabut, saya maleh le nak campur hal mencuri ni.... eh silap, tu dialog dalam hantu kak limah, hahahahaha! Sebenarnya 2 hari lepas cek nuffnang aku dah sampai, hahahhahaa! Disini terdapat kemusykilan lah yang arif. Sebab, dengan status ordimenari aku tu, sepatutnya 2 bulan baru leh dapat cek tu tapi aku dapat awal konon macam statuts tu geli-geli pulak. Tak apoo alah, terima aje rezeki tu, banyak songeh plakkan, biasaaa lah..akuu.. hahahahha!








kamera rosak, pakai gambo cek lama dari entry ini, hahahhaha! :p






 Mungkin ini startegi abang nuff nak menambat balik ngan aku kot, aauuu...perasan perasaan u! Hahahaha! Ape-ape pon mekasih le bebanyak yeee! :)

Monday, 28 February 2011

APE CERITA NUFFNANG KORANG?

Gempak tak? BE melalak tak berjoget tak henti-henti tak? Ke suam-suam air milo je? MilkDeal? Ada yang tak puas hati?


 Sibuk je aku tanya orang lain punya kan, hahahahah! BE yang ada sudah jatuh ke ME, cepat sungguh, baru seminggu ko, 30 sen je ko! Ada BE macam tak de, jarang menari tari tirana kat belog ni. Sama kes dengan sebulan yang lepas, ada BE pon macam tu gak.


 Mungkin masih awal tahun, sebab tahun lepas macam ni jugak. Rasa nak cashout je beli  beli beli beli ape ek?


*sudah mula bosan, sekian harap mahap.

Monday, 14 February 2011

MINI NUFFNANG GATHERING IPOH MALI BEST!

Giler mak dara ngan anak dara eksaited tak hengat nak join segala bagai dengan nuffnang. Aku nak mengagau ke KL tu macam-macam hal lah, sebbek nuffnang datang Ipoh, hahahaa (gelak bangga sebab festaim dapat join ngan Nuffnang). Tempat jatuh lagi dikenang, mane tak kenang, lantai McD Jusco licin, tergelincir ko! Dating pertama dengan nuffnang dan bloggers lain dekat sinun. Hei, walaupon tak berapa ramai, tapi best ok! Banyak tips dan ilmu baru yang dikorek-korek menggunakan kapal koreknimbus2000 limited editian.




Okey, memula sekali Bro Shah memberi penerangan mengenai GPlusMy Club(G+), rasanya semua dah tau tapi aku gatai tangan nak menaip jugak. Ia adalah untuk ahli Glitterati yang sangat aktif, join segala bagai contest, event dan gathering yang dianjurkan oleh Nuffnang. GPlusMy juga sebagai nadi penghubung bagi blogger luar KL.

Muncung-muncung mulut dengar kata-kata yang arif, hehehhe! :)





Meja mula penuh. Mulakan sessi melantun pendapat. Hehehhee!



Budak lelaki 3 orang tu, boys from UTP, aku rasa ramai gegurl yang kenal. Sapa lagi kalo bukan Admiral Hafiz, Hafism dan Faiz.



Last sekali, main aci kejar. Acah aje, main kuiz ala-ala pop kuiz, sebbek aznil takde, kalo tak mesti ecah bertambah girang, miahahaha!


jawapan tulih dalam henpon, ecah sengih-sengih nak mintak jawapan dari Atreyu, cehh...jangan perasan ecah! Hahahha! Bro Shah sedap menginjap jawapan dari peserta lelaki. Malang tidak berbau, kalah betoi aku dan ecah dalam kuiz tu, tu lah ko ecah, aku soh belajar betoi-betoi taknak, kan skang dah kurang lulus, melepas kami t-shirt eksklusip lagi limited dari Nuffnang. So pemenang bagi wakil gegurl :



Soulesscloudy (kerat 2 bleh tak beb? aku nak T_T)




Dan pemenang bagi wakil boboi :

Hafism. Dengan izin, ahkak dan ecah mohon tumpang keglemaran atas kemenang ko jap eh ;p








Gasip hangat - aku nampak orang pakai kasut macam ko lah tadi, hahahaha!





Penutup sessi lepak, minum, gelak, chitchat.



Pukul 3.45 kami semua berkumpul kembali untuk lepak tangok wayang, ok sebab free rembattt aje, miahahahha! Yogi Bear. Cerita menariks, kelakar, memula aku rasa mengatuk sebab dah telan pop corn banyak sangat (iklan wayang sahaja sudah menyebabkan popcorn aku tinggal suku hahaha!) Tapi lama-lama bersemangat nak tengok lebih lanjut sebab Khaizarien dan Ecah gelak suka. Khaizarien so cute lah, peramah gitew, i likeeee! Bro Framestone, cecepat sikit, hehehhe! :)




Atreyu dan tiket wayang eksklusip dari nuffnang :)







Dan sebelum masing-masing membawa haluan. Eh..eh..Bro Framestone pon ado! :)

Friday, 11 February 2011

MINI NUFFNANG GATHERING IN IPOH

Demmm! Cakap omputih kan memalam buta gini. Deemmm! Ceh, sekali lagi. Apasal aspalela lambat tau ni, ceh! ni lah kalau tak rajin bukak laman Nuffnang, lewat sehari ok! Baru tadi aku nampak akan ada mini gathering di Ipoh! Fine! Hahahaha!



Dengan sepantas kilat muka kelat cecepat je hantar nama kat email nuffnang untuk join Sabtu ni. Entah diterima lagi or tidak, hahahhaa! Kalau dah penuh kompom frust tipah tertonggeng, ye la...nuffnang datang Ipoh tu, kalau kat KL tu dah biasa kan..hahahah! :)


Date: 12 February 2011 (Saturday)
Time: 12.30 pm
Venue: McDonald’s @ Jusco/Kinta City

Wednesday, 12 January 2011

AGAKNYA DIA DENGAR JERITAN BATIN KU



Terima kasih daun bunga raya, kalau nak bagi lagi aku terima aje. Serius takde bakat langsung nak jadi juara berpantun peringkat kampung. Haa...semalam dapat dah BE baru untuk tahun 2011. Hehehehehehe! Muahh!! Muahh!! I lap u babeh! Hahahahha! :)




Dengar
Oh! Jeritan batinku
Memekik-mekik
Memanggil-manggil
Namamu selalu
Sehari kurasa sebulan
Hatiku tiada tertahan
Ku pandang kiri
Ku pandang kanan
Di kau tiada...


Risau
Batinku menangis risau
Makin kau jauh
Makin hatiku bertambah kacau
Mengapa kita berpisah
Tak sanggup menahan asmara
Oh! Dengarlah
Jeritan batinku

Hahahhahaha! Terima kasih , jasa mu ku kenang.

Tuesday, 11 January 2011

ANU AWAL ASHAARI BESAR




Giler! Sape search ni weh?!?!?! Gay or girl, ececece ngaku cepat! Dosa tauu.

Friday, 7 January 2011

KANG AKU CURANG, AKU MADU KAN KAU, BARU KAU TAU!

Wa..ganaz tak bunyi? ganaz tak? ganaz tak? Hahahahha! aku tau tak, jangan arr kutuk aku, hahaha! Aku jeles la, semua orang dapat BE sempena dah masuk tahun baru ni, aku ni?!?! Grrrrr....habuk pon tarak. Tu BE yang lama, bukan jalan dah pon, aku tengok dah dekat seminggu je dok kejong banyak tu.



Tak pe, sabar..sabar..kan, kan, kan. Tapiiiiiii apakah?!?!?! Hahahahhaa!




*Boleh pandang-pandang, jangan curang-curang, hahahah!*



Thursday, 16 December 2010

TAK KENAL JANTINA

Kadang-kadang aku selak sensorang bila berblogging. Sebab ada separuh dari blog yang aku kunjung, aku tak pasti jantina si blogger. So aku tak pasti nak panggil dengan panggilan ape. Senang guna 'saya' dan 'awak'. Kadang dia tak letak gambar. Tapi boleh cam jugak la dari penulisan dia, samada dia lelaki atau perempuan. Hahahahaha!



Tapi dari dulu aku memula baca belog Sharing is Power, memang aku tak dapat tangkap dia lelaki atau perempuan. Hebat betoi dia, hehehhe! Penulisan dia semua hebat. Kenkadang nak tulis komen, aku tak pasti nak letak 'bro' or 'akak', hahahhaha! Tapi bila tengok nuffnang tadi, baru laaa aku tauuu, bro NikSuhaimi77, hehhehehe!



Untuk blogger yang lebih berusia dari aku, tapi kalo aku tak panggil ko akak or abe aku mintak mahapp la yek. Bukan ape, aku tak leh nak tangkap, sebab aku tengok korang ni comei betoi (kalah aku yang muda ni, hahhahaha perasan!). Aku hanya leh tangkap kalo ko memula bahasa kan diri akak. Tapi aku lebih suka bahasakan diri aku akak (mengaku tua yang sediaada, hahahah!). Ape panjang betoi mengarut ni, aku pon tak paham ape yang aku mengarut ni, hahahah!

Friday, 3 December 2010

PENANGAN UBAT KUAT



Tadi pukul 10.30pagi aku lari dari opis kejap nak pergi beli tiket Harry Potter untuk esok petang. Janjinya dalam belog semalam nak terpacak sebelum subuh depan kaunter tapi itu hanyalah penipuan internet dan khayalan dadah semata-mata, ahaks!



Weh! Tengok lah pinggang ku yang separa ramping tu, hahahahhaa! Berrrrbangga sikit, menjadi jugak ubat 'kuat' yang aku pakai tu, hahahahaha! Haaa....tang bawah sikit tu jangan nak tengok dan mengata, memang kembang sebab meneran anak tahun lepas, push! push! push! Hahahhahaha!



Dah lama pulak tak membebel pasal Nuffnang kan. Bulan lepas aku dah dapat cek dari tuan besar. Makanya pagi tadi aku bukak nuffnang lagi, Wah! Sudah boleh cashout lah! Tapi tak mau lagi bawak lari duit tu, simpan lah dulu. Bulan Mei 2011 Insyallah baru aku aku nak bawak lari duit tu, sebab bulan Julai 2011 aku nak pergi jalan-jalan cari jantan eh, kantoi pulak. Hahahah!




Terima kasih Nuffnang dengan berketul-ketul BE tengah jalan tu. Jasa mu ku kenang, aminnn.... :)


*Tajuk seperti al-maklum mesti takde kaitan, tapi yang ni ada sikit laaa...sikit laa....sikit je, hahahhaah!

Monday, 8 November 2010

ARTIS INDONESIA YANG LUPA CUKUR KETEK




Hahahahahahahhahaha! Apakah itu 'ketek'? Mungkin dia nak taip 'ketiak' atau mungkin ini slang orang seberang sebut 'ketiak'. Lucu pon ade, sape lah yang google ni wehhhhhhhh? Ngaku cepattt, cepat bisik kat aku, janji aku tak bagi tau orang lain, hahahahhahaha! :)





Woit, kat blog aku banyak 18sx ke? Oh tidak! :)




Tuesday, 2 November 2010

TEKA CEPAT! TOPUP RM 10 UNTUK KAMU!

Wehhhhhh, ni nak heboh sekampung cek nuffnang pertama aku dah sampaiiiiiiiii! Hahahhahahaha! Poyo jekan,kan,kan. Aku sampai umah semalm, tengok peti surat, dah ada cek ni. Hari hujan kan, basah sikit tepi tu tapi mujur yang kat dalam tu tak kene, yang dalam tu yang penting! Hehehehhe!






Haa...semua orang nak tayangkan, aku pon nak jugak! Nilai tu walaupon 'sedang-sedang' aje tapi aku totap hepi. Mane taknyer, tangan ni gateiii betoi nak picit butang cashout tu, kang takut peram lama-lama kene futung pulak, haa...sapa mau jawab?? aku terkedu aje lah.



Disebabkan November ni dah ala-ala winter sonata versi malaysia kan, hati aku pon sejuk. Dengan kesejukan ini, aku dengan hati berbentuk 'love' nak bagi korang top up RM10 kat koranggggg. Eh, ok la tu seploh hengget, diman(cam nama indon) pulak, hehehhe! Ikhlas ni, ikhlas ni!! Tengok muka suci aku ni tengah ikhlas :)



Haaa.....ape lagi, korang TEKA BERAPA HARGA KERONSANG INI. Ini keronsang standard yang sepasang (apsal ayat aku nalla punya?). So yang gegurl mesti tau kan, kalo yang boboi ni tak tau, teka ajeeelah. Tak pon tanya la mak ke, aweks ke, kakak korang ke, nenek ke..eh, jangan memain,nenek skang vouge tau, ape kita belum pakai dia dah pakai dah! Hehehheh!


Ok, teka. Klu dia adalah : Harga Tak Masuk Akal. Maybe murah, maybe mahal dari harga biasa.


Hari Khamis aku bagi tau jawapan. Jam tu gak aku masukkan topup untuk kamu.


Jawapan tulis aje kat komen untuk entry ini. Siapa yang tiada blog, boleh tulis jawapan kamu di Facebook page blog ini.


*Adik beradik dan sedara mara tak layak join, sebab dah tau harga, hahahahhahahahhaha! ;p Takpe nanti aku belanja eskrim "mat kool mat kool kawan ku! Marilah ikut mat kool!" Hahhahahahha!

Tuesday, 5 October 2010

70 TIKET PERCUMA : TAKERS


Ok, ok rasanya sape yang kaki wayang tu mesti dah tau pasal cerita Takers ni, dengan muka tak sogan aku memang tak tau. Haa..cam biasa, dermawan murah hati nak bagi 70 tiket free buat nuffnangers! Yee...ini bukan cobaan, ini betul-betul punya! 70 nuffnangers bertuah! Tujuh Ploh (sekolah mane lah ni, eja 70 camni) heheheh!



Tapi, haa..ada tapi juga, ko ingat sesedap je dapat free, mane ada benda free aje dalam donia ni, kena kasi mencabar skit hidup. Jangan tau nak senang aje. Ok, kalau sesape yang berminat bebeno dan nak jadi 70 nuffnangers yang bertuah, korang kena menyatakan bagaimanakah cara untuk menangkap Takers ni. So komen dan idea yang paling kreatif dan menarik akan dipilih sebagai pemenang.



Ape lagi beb, cepat bagi idea yang menarik korang kat sini. Harap dahi je jendol, cepat pikirrr! Hahahaha!



Lupa plak, details untuk tengok layar bapak besar adalah seperti berikut :

Date : 25 Oct (Mon)
Time : 9.00pm
Venue : GSC Mid Valley


Friday, 1 October 2010

3 ASSIGNMENT DARI CHURP CHURP



Hari tu aku ada terbaca kat blog Bro Eryqazz mengenai Churp Churp, aku tak berapa paham bebeno. Tapi aku daftar jugak. Ada juga aku hantar pertanyaan ke Bro Eryqaz sebab tak berapa nak paham.


Dah daftar aku pon tunggu la tugasan. Tunggu punya tunggu pon takde lagi. Ni bukan tugasan jual dadah ok, hahahahha!


Ok, dalam minggu ni aku dah dapat 3 assignment dari Churp Churp, hohohohoho! Baru aku paham nak buat camne, alahaiii....simple mimple gua cakap lu! Harap lepas lah segala assignment yang aku hantar, so boleh lah pecah telor ayam tu, hehehehehe!

Thursday, 30 September 2010

DIGI iPHONE 4 LIFE

Cepat! Cepat! Masih ada sejam untuk semua submit contest iPhone dari DIGI ni, haaaa...ko lambat bebeno ape heii ieda weh...

Aku lambat asik lupa je laa........mujur sempat, miahahahaha!!

Dan kata-kata semangat terakhir buat DIGI :


Kenang daku dalam iPhone 4 mu
Pilihlah daku pemenang yang satu!!


Miahahahaha!!

Nuffnang, cepat la buat contest lagi, aku tengah menggila nak bercontest ni, hehehhe!

Monday, 27 September 2010

DIGI iPHONE 4 REAL



DIGI iPhone 4 Real!!! Ini betul - betul punya muarahhh!!! Cobaannn....Bukan cobaan menggoda! Tapi ini betul-betul punya murah dan terbaik dari DIGI wwoooo!!!!


Aku tanya ko, mane ko nak dapat plannnn termurahhhh abad ini??? Takde tempat lain selain DIGI!!! Ramai-ramai serbu kat SINI!!



Tak payah cakap banyak, ko tengok FREE!!! dan SAVING!!! yang amat! Miahahaha! Suka! Suka!


Sunday, 26 September 2010

DIGI iPHONE 4 PLAY


Apple melancarkan iPhone 4 barunya yang menampilkan FaceTime, yang membuat mimpi dari panggilan video menjadi kenyataan, dan menampilkan layar Retina baru, resolusi tertinggi yang pernah dibuat ke layar telepon, menghasilkan teks, gambar dan video yang super tajam. Selain itu, iphone 4 dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel yang memiliki LED flash. HD video recording adalah salah satu fitur dari iPhone 4 yang akan membantu menjuarai pasar smartphone dengan kebanggan.



Ok, itu baru nak citer pasal layar ngan kamera bagai, belum cerita keseronokan pasal Aplikasi-Aplikasi yang best dari iTunes App Store! Beratus ribu aplikasi yang canggih dalam iTunes App Store tapi dalam banyak-banyak aku paling minat





Couch to 5k akan membantu anda mendapatkan bentuk tubuh menggunakan sistem C25K, siri latihan interval, dalam masa 30 minit setiap hari, yang merangkumi 9 minggu, yang berpunca pada kemampuan anda untuk berjalan 5 km (3.1 batu) tanpa berhenti atau berjalan. Aplikasi ini dicipta oleh Lucius Kwok dan Kasten Searles.







.20 hingga 30 minit latihan, ditambah pemanasan 5 minit & rehat 5 minit.
• Alternatif antara selang jogging & berjalan yang jenis mencabar bagi sesi latihan.
• Latihan penuh mengambil masa 9 minggu, tetapi anda boleh mula pada bila-bila waktu.
• Pilihan daripada suara wanita, lelaki atau tiada yang menjadi petunjuk yang memberitahu anda bila waktu jogging dan bila waktu harus berjalan.
• Gunakan dengan playlist anda sendiri - muzik, podcast, atau audio yang lain.
• Gunakan bersama-sama dengan Nike + (Nike Plus sistem untuk melancarkan perjalanan anda).
• Muzik kawalan dalam aplikasi.
• Update Twitter dan Facebook penurunan berat anda akhir setiap latihan.



Aku rasa aplikasi ni sangat menarik, nak pulak yang badan dan perut yang terlebih gebu ni, haaa...sesuaiii sangat lah aplikasi ni untuk aku, hehehehehe!!!! Pulak tu, melayan aplikasi ni dengan melayari internat laman DIGI yang penuh keriangan!

Friday, 24 September 2010

DIGI iPHONE 4 ME

iPhone 4?? iPhone 4?? iPhone 4?? Woww!!! Wowww!!! Jerit sekali lagilah, cam tak gempak jer, WOOOWWWWWW!!!!! Meh aku tepek skit picca iPhone 4 ni, kot-kot ada yang tak kenal kot, tak pon nak bagi ko terliur skit ngan body iPhone 4 yang mengancam serta kehebatan terbaru yang terserlah abad ini, cewaahhhh! Yehaaa!!



Aku ni nak sangat lah iPhone, skang ni asik main iPhone jenis mainan anak aku punya, ekekeke!! Kalau ada jenis iPhone tabung air tu mau nyer aku dok beli untuk Amanda. Nape aku nak bebenau iPhone 4 ni?? Lagi mauuu tanya plak lu ni bai...aku rasa ko tanya sesape pon dia nak, cuma ongkosnya je nipis, lainlah kalau ko orang kaya, pejam mata pon boleh dapat.


  • Sebab cun! Ko tanyalah sesape pon, mesti terliur beb! Jeniffer Lopez lalu sebelah pon orang tak pandang, uhuhuhu!
  • Sebab saya tak pernah dapat! Pegang 5 minit pon takdapat, miahahaha!!! Asik pegang yang display kat kedai je ape barang, ekekeke!
  • iPhone memiliki ukuran diagonal sekitar 3,5 inci, ini bermakna perangka itu dapat menampilkan 4 kali lebih banyak dari piksel dibandingan layar sebelumnya . Hal itu membuat gambar semakin tajam.
  • iPhone baru ini juga memiliki kamera di depan yang dapat digunakan untuk video conference, sebagai tambahan terdapat pula kamera 5 MP dan flash di bahagian belakang.
  • Bateri iPhone baru ini juga memungkinkan waktu bicara sepanjang 7 jam, perkembangan dari model lama yang hanya 5 jam. Peringkat ini dapat pula digunakan untuk browsing internet selama 6 jam dengan jaringan seluler, serta 10 jam dengan jaringan WiFi.
  • Dasat?! Dasat?! Pengsan kejap! Hahahahha!!!

Sape nak iPhone 4 ni percuma???? Betul percuma! meh aku taip kasi besar sikit,
iPHONE PERCUMA DARI DIGI!!!!



Saya! Saya! dan Saya!!!!

Kalau kamu nak jugak, sila berebut dengan saya! Miahahahha! Ape lagi beb...klik SINI untuk keterangan lanjut :)




Saturday, 4 September 2010

WAH! HIJAUNYA EN. NUFFNANG!


Hikhikhik! Lepas sahur tadi saje je nak bukak Nuffnang, wah! Background sudah bertukar hijau lah, manyakkk cunnnn wwoooooo! Dengan terteranya 'Selamat Hari Raya',l siap dengan pelita yang kelip-kelip lagi, hehehhe!! Suka! Suka! Suka! :)


*Sudah dalam mood raya macam budak 6 tahun tapi teramat sedih kerana Ramadhan hampir dipenghujung.

Thursday, 1 July 2010

CARA-CARA APPLY INNITY ADS

Sudah 1 Julai 2010, cepat betul masa berlalu. Tak lama lagi nak berpuasa pastu raya pulak. Weh, korang tema kaler aper kali ni? Kami kemungkinan merah vavava! Hahahaha! Insyallah kali ni raya di Johor Bahru, yeahhh! Rumah nenek aku kat Skudai nun, sape tak malu jemput datang, hahahah! Pastu terbang ke Besut pulak.



Pelamakk...baik punya planning. Dah...aku bukan nak bercerita baju raya kasut raya bagai...Dah nak dekat puasa ni, meh aku ajar sedikit yang aku tau mengenai Innity! Suka tak? Suka tak? Suka la...tepuk-tepuk tangan sambil buat muka comel sikit, sikit je...jangan lebih-lebih, menyampah aku, hahahah! Gurau je...ok, kalau dah boleh pasang Innity, tambah lah pendapatan blog korang :) Pastu jangan lupa pos kan kueh raya untuk aku, yang sedap-sedap tau, aku tak mau yang baling ke dinding pon tak pecah, miahahah!




Macam biasa, masuk web Innity dan akan kuar seperti pic di atas. Klik pada Publisher, yang kat sebelah kiri tu, bawah tu untuk Advertiser, buat dono sudah.


Bila dah klik, maka dengan pantas nya akan buka page baru, kalo tenet korang lembab, nasib la..hahahah! Ok, page seterusnya akan keluar seperti di bawah ini ok.



So akan keluar borang. Isi la ape yang patut. Nampak tak yang aku highlight tu, sila baca dulu. Nanti klik je kat situ, makanya akan kuar page baru. Masa isi borang ni, korang kena isi monthly unique visitor dan monthly page views blog korang. Kalau nak pasti berapa, bloeh rujuk pada analitik nuffnang atau pon kalau yang pakai Clicky pon bleh rujuk ada situ.










Ada yang kata susah nak apply Innity. Mungkin ya sebab ramai blogger mengatakan sampai kene reject beberaa kali bila apply Innity. Aku start pakai bulan Mac yang lepas. Isi borang pagi, petang innity hantar e-mail nak bukti page views dan unique visitor. So aku pakai yang nuffnang punya. Esok pagi dah dapat jawapan aku diterima.




Jujur aku punya tak tinggi (page view dan unik visitor). Kalau aku tengok orang lain punya, mak aii...beriban-riban. aku rasa macam aku punya ciput! Tapi tak salah mencuba kan? :) So aku sarankan, cuba lah apply! Ribu-ribu tu belakang kira, try dulu. Tapi jangan lupa, kalau dah pakai Innity, Nuffnang korang bakal terjejas. So fikir-fikir lah. Aku mencuba dengan Innity waktu aku merajuk dengan Nuffnang tapi memang berbaloi dengan pembayaran sudah masuk 2 kali, aminn...


P/s: sesiapa nak tambah ape2 yang patut, silakan... aku tidak lah berapa arif tapi mampu menolong pada yang memerlukan :) Semoga berjaya kawan-kawan ku semua! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014