Showing posts with label geng blogger. Show all posts
Showing posts with label geng blogger. Show all posts

Wednesday, 26 January 2011

AKU JATUH CINTA DENGAN : SKEMA ITU HOT!

Yeayyy! Dia sangat cute, gojes, hot, dan bold and beautiful (macam drama tv pulak!). Siapa?? Siapa?? Aku kerr?? Hahahahhaha! Dia adalah Lilianna Mardiana! Fine. Aku baru kenal blog dia dalam bulan lepas. Tu pon adik aku yang tunjukkan. Memula baca terus suka, tak tau pasai pa, ye lah setiap orang ada sebab dan pandangan masing-masing kan.




Cik mek molek ni pon ada entri pasal tips-tips kecantikan dan rambut. Patut la akak tengok rambut ko cantik beralun, thanxx kongsikan tips-tips tu, boleh lah akak peraktiskan sebelum membuat cakaran harimau twinkle twinkle little star kat laki aku, miahahaha!




*Header yang simple tapi menarikss!*



Memula rasa nak tepek picca Lilianna kat entri ni, tapi aku belum mintak izin lagi, kang ko sumpah aku jadi iguana pulak, hehehe! Tak pe lah T_T hey bloggers..jom lepak blog Lilianna, yang lelaki pasti suka sebab dia memang hot!



p/s: ini bukan entri berbayar, miahahaha! Aku ♥ belog dia sebab simple :)


Thursday, 16 December 2010

TAK KENAL JANTINA

Kadang-kadang aku selak sensorang bila berblogging. Sebab ada separuh dari blog yang aku kunjung, aku tak pasti jantina si blogger. So aku tak pasti nak panggil dengan panggilan ape. Senang guna 'saya' dan 'awak'. Kadang dia tak letak gambar. Tapi boleh cam jugak la dari penulisan dia, samada dia lelaki atau perempuan. Hahahahaha!



Tapi dari dulu aku memula baca belog Sharing is Power, memang aku tak dapat tangkap dia lelaki atau perempuan. Hebat betoi dia, hehehhe! Penulisan dia semua hebat. Kenkadang nak tulis komen, aku tak pasti nak letak 'bro' or 'akak', hahahhaha! Tapi bila tengok nuffnang tadi, baru laaa aku tauuu, bro NikSuhaimi77, hehhehehe!



Untuk blogger yang lebih berusia dari aku, tapi kalo aku tak panggil ko akak or abe aku mintak mahapp la yek. Bukan ape, aku tak leh nak tangkap, sebab aku tengok korang ni comei betoi (kalah aku yang muda ni, hahhahaha perasan!). Aku hanya leh tangkap kalo ko memula bahasa kan diri akak. Tapi aku lebih suka bahasakan diri aku akak (mengaku tua yang sediaada, hahahah!). Ape panjang betoi mengarut ni, aku pon tak paham ape yang aku mengarut ni, hahahah!

Monday, 31 May 2010

BERTUKAR DOMAIN - www.iedaluvsham.com

Selamat pagi :) Sabtu lepas tidak berapa baik, ada beberapa perkara yang tidak elok berlaku. Tapi yang lepas jangan dikenang, cuma beringat masa akan datang.



Alhamdulillah, blog ini selamat bertukar domain yang aku beli dari NetKL,

www.iedaluvsham.com :) Thanxx pada semua yang beri pendapat, hehehhe!! Thanxx pada KancilBiru yang menjawab segala pertanyaan aku, ngeee :)



Cuma yang tak selamat adalah segala komen yang lepas-lepas, hilang selepas bertukar domain. Harap ada yang dapat membantu dan beri pendapat :)

Thursday, 6 May 2010

AWARD AIM17 TAK DAPAT TAPI DAPAT AWARD BLOGGER :)

Mekacih pada semua teman-teman yang bagi aku award-award ini, hehehe!! Eh, pada yang dah bagi tapi aku tak amik lagi, sila sepak aku laju-laju...bagi sedar skit, al-maklum mata aku tengah macam zombie, yang aku nampak hanya bantal busuk aku, hahahah!!!


Jangan lupe sepak aku laju-laju 360 celcius/jam




Kak Azila




Tuesday, 4 May 2010

Edisi TERJAH!! - Terima Kasih Aried Rifke






Owh! Semalam blog ini sudah selamat diterjah oleh Bro Aried, thanxx ye Ieda amat menghargainya. Hehehehe!!! Siapa yang tak kenal dengan Aried memang silap, lebih baik korang jenguk ke blog Aried sebab tak rugii!!! Serius!! Coz Aried banyak bagi tips & trick mengenai dunia blogger. Tengok banner Aried, siap ada tulis Tips & Trick kan, hehehe :)


Kalau ada sesapa yang nak Aried terjah ke blog kamu, silakan :) Pasti Aried akan mengulas serba sedikit tentang blog kamu dan jangan lupa terjah Aried yaa!! :) Banyak kelebihannya, masing2 akan mendapat traffik, yeahhhh!! :)


Thannxxx Aried! :)

Wednesday, 28 April 2010

JOM TUKAR-TUKAR BANNER :)







Hikssss!!! Blog ni dah ada banner, hehehhe!! Tetiba dengan hidung yang kembang ini terasa vonggey..vonggey...thanxx to Azfar buat lencana ni tapi akak tukar jadikan banner. Aku malas nak mengedit so amik je lencana yang Azfar buat jadikan banner, pandai kan aku *wink*wink* :) wakakaka!!!Justify Full




Dengan ini saya mengishtiharkan perang!!! Perang tukar banner sesama blogger. Senang aku nak berjongging dan buat aksi menembak ke blog korang, hehehhe!!! :) Sesape yang takde banner jangan risau...akan aku jenguk jugak blog korang seperti biasa...wokeyyyhh :)




Coding banner ada kat sebelah kanan tu ye... Ada setengah yang aku dah tepek banner diorang kat blog ni, so kalau sesape berminat nak tukar2 banner, komen di entry ini or kotak menjerit ditepi sinunnnn :)

Tuesday, 27 April 2010

SAYA ADA HADIAH UNTUK KAMU JIKA KAMU BERI IDEA YANG MENARIK UNTUK KU :)

PAKAI PAKU TAHAN KARAT SAMPAI 10 MEI 2010!



Tahukah korang semua yang aku sekarang sedang aku memikirkan sesuatu? Ye...ulangtahun perkahwinan yang ke-2 akan tiba 16 May depan, hehehhe!!! Makan tak lena, tidur tak basah, mandi pon tak kenyang memikirkan apakah hadiah yang menarik untuk laki aku :)



Mula entry ini, bermulalah perang memberi idea, buat kamu yang berminat untuk turut serta. Saya akan memilih seorang pemenang dengan cadangan hadiah yang menarik hati aku. Jika penyertaan yang banyak (cewah..konon2, heheh!) saya akan memilih 3 pemenang.



  • Senang saja, tak yah buat entry.
  • Just tulis, hadiah yang sesuai buat laki aku dekat komen entry ini.Kalau tetiba mood korang rajin nak huraikan kenapa hadiah tu dipilih, silalah...hhehehe!
  • Hadiah tak semestinya mahal, cukuplah sekadar ianya memberi makna dan bererti (ayat aku yang kering poket, wakakaka!!)
  • Penyertaan dari semua blogger diterima tapi jika kamu adalah follower blog ini, perhatian akan diberi lebih terhadap kamu :)
  • Hadiah? Jangan risau...ianya mengikut kesusaian jantina anda, hehhee!! Jangan dua alam, nanti aku peninggg! ekekeke!!! :p


Wednesday, 14 April 2010

TERIMA KASIH BEN ASHAARI




Hari ni hari Rabu = Hari Terima Kasih, hehehe!!! Pagi tadi aku bukak facebook, member sekolah aku, Faizal, bagi tau yang blog aku dah direview oleh Bro Ben Ashaari. Yiiippeeee!!!!



Terima Kasih Bro Ben :) Terima Kasih juga kepada Faizal coz bagi tau kat aku. See...banyak perkataan Terima Kasih hari ni, Terima Kasih, hehehe!!!



Owh..dikesempatan ini (macam bagi ucapan merasmikan sukan tahunan sekolah pulak), aku nak korang terjah blog Ben Ashaari yang best dan sentiasa update, tak lupa gak aku member aku Faizal yang baru dalam dunia blogging nih, support sesama blogger okeyhhh! Yeahhh! :)



TERIMA KASIH AZFAR90

Aku sebelum ni ada le gedik-gedik jugak terasa cam nak buat banner untuk blog nih tapi belum berkesempatan. 2 hari lepas, cam biasa lepak kat Geng Blogger, masuk forum kat situ, nampak pulak, ada seorang blogger yang baik hati dan rajin untuk tolong buat kan Lencana Blogger untuk sesiapa yang berminat, FREE beb...diulang FREE, thanxxx dik Azfar coz buatkan untuk akak, hehehe :)



Sebab pe Azfar buat Lencana Blog ni? Kat bawah ni ada Azfar terangkan (dik, akak copy dari blog ko ek, heheheh! )...


"Untuk menajamkan lagi teknik penghasilan grafik seni yang agak tumpul, baru-baru ini telah membuat satu topik forum di komuniti GengBlogger dengan menjemput para blogger untuk sudi berkerjasama memberi alamat laman blog mereka untuk dijadikan lencana (badge) untuk blog saya sendiri, disamping mencari lebih ramai kenalan blogger dan saling kunjung-mengunjung sesama laman blog (untuk tingkatkan trafik :P). Tambahan pula, ini pun satu langkah untuk mendekatkan diri dalam dunia blog dengan mengenali lebih ramai para blogger dengan blog mereka yang popular dan memiliki kandungan/info yang amat menarik untuk dikongsi...


Berkenaan lencana blog, ianya digunakan sebagai penanda di laman blog sendiri. Jadi, tak perlulah nak tulis laman blog seseorang. Hanya klik saja dan dapat pergi ke laman blog tertentu...Walaupun pada asalnya hanya nak letakkan dalam bentuk teks saja, tapi rasanya macam tak menarik pula..Jadi, lebih baik buat dalam bentuk grafik yang lebih menarik sikit...


Lencana-lencana ini diletakkan dalam 'sidebar' blog ini (lihat sebelah kanan blog). Disebabkan terlampau banyak dan tak nak memanjangkan blog ini, kesemua lencana ini disusun dalam 'scroll box'...

Jadi, bagi sesiapa yang ingin berkongsi link blog anda untuk dijadikan lencana blog ini, bolehlah beri komen di ruangan topik forum GengBlogger di sini:

http://www.gengblogger.com/thread.php?t=1685


atau tinggalkan komen di sini. Untuk membuat lencana ini, apa yang diperlukan:

- Nama Blog, atau mungkin nama penuh/samaran anda

* Kalau boleh nama jangan panjang sangat, takut tak muat pula untuk lencana

- Link blog/laman web anda

* Wajib diberi. Kalau tak, dah tentu bukan untuk dijadikan lencana blog, kan?

- Gambar anda atau gambar kartun, haiwan atau apa saja yang berkaitan dengan blog anda

* Gambar yang diperlukan melambangkan rupa blog anda atau tuan punya blog. Dengan kata lain, ianya satu subjek utama blog. Logo pun boleh diterima.

- Selain itu, boleh beri permintaan tambahan seperti jenis font yang disukai atau jenis latar belakang yang lebih mencerminkan latar sebenar blog anda.

Satu lagi, gambar lencana ini anda boleh simpan di komputer untuk diletakkan di laman blog/web anda sendiri. Hanya klik kanan pada gambar lencana dan simpan ke dalam komputer anda. Kemudian, muat naik di mana-mana laman 'image hosting'. Jadi, tak perlu nak risau tentang hak milik pembuatan, sebab ini boleh digunakan secara umum, tak ada hak milik persendirian..Benda sebegini memang patut dikongsi bersama..Tak baik kedekut hanya untuk diri sendiri saja..

Diharap anda boleh teruskan berkongsi laman blog anda untuk dijadikan lencana..."




Sesiapa berminat silalah ke blog AZFAR90 :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014