Showing posts with label netkl. Show all posts
Showing posts with label netkl. Show all posts

Thursday, 12 January 2012

NetKL - Harga Domain Naik Lagi

Sapa pakai domain dari NetKL. Aku!! Sendiri tanya sendiri jawab HOHOHO!! (santa hitam datang lagi). Tengah drive pergi opis, tetiba email masuk. Parking je kete terus tengok email, dari NetKL, pehal la pulakkkk...Harga Domain Naik! Ok! Tak kisah sebab dia alasan yang tertentu. Lagi pon bukan mahal mane naik dua tiga hengget je. 


Rasanya ramai dah tahu, aku ni je yang selalu terlepas kapal cruise tom kurus. So ni REMINDER ok! Jadinya dengan ini silalah renew domain anda sebelum 15/1/2012.

Kepada pelanggan yg kami hargai,

Berikutan pengumuman Verisign untuk menaikkan harga domain pada 15/01/2012 nanti, kami telah menerima makluman rasmi dari registrar domain kami, bahawa mereka akan menaikkan harga domain gTLDS sebanyak 7% untuk setiap domain tersebut, bermula dari 15/01/2012 nanti.

Berikut ialah antara pengumuman dari registrar:


Oleh itu, kami dengan berat hati terpaksa ikut harga kenaikan ini untuk menampung kos operasi. Jika kami kekalkan harga lama, kos operasi kami akan menjadi lebih mahal dari harga jualan, lalu mengakibatkan kerugian bagi setiap domain yang kami jual/renew/transfer.

Dengan itu, harga baru bagi domain gTLDS akan menjadi RM35.00 untuk setiap domain bermula dari 15/01/2012, pukul 12.01 pagi.

Jika anda mahu renew dengan harga lama, anda boleh sahaja renew domain anda sekarang SEBELUM 15/01/2012. Anda boleh renew sehingga 10 tahun sekaligus, jika anda mahu. Untuk renew, sila login ke dalam Client Area anda (http://billing.netkl.com/clientarea.php), kemudian, pergi ke option Domain, dan tekan Renew.

Sila ambil perhatian bahawa mana-mana invois yang anda masih belum bayar selepas 15/01/2012 akan dicaj dengan harga baru ini secara otomatik, jika anda bayar selepas 15/01/2012 nanti.

Walaubagaimanapun, jika anda beli hosting kami & mendapat domain PERCUMA dari kami, anda tidak perlu risau, kerana NetKL akan tetap sponsor domain tersebut secara PERCUMA. Selagi anda renew hosting dengan NetKL tiap-tiap tahun, selagi itu lah domain tu PERCUMA.








Gelabah beb, dalam akaun bank tinggal seringget tujuh ploh lima sen, bahagianya kalau ada satu juta tujuh ratus lima ploh ribu dalam tu! HAHAHA!

Tuesday, 3 May 2011

Ahh..Kecoh Kau Derr...





Dalam banyak-banyak benda yang nak kene renew, lupe pulak pada 1 benda. Domain. Hahahahah! Ah kecoh kau derr...domain pon nak kecoh, hahahahha! Aku cam teringat-ringat je kan, macam ade je benda memanggil-manggil aku kan, rasa macam ade je duit nak melayangkan, bukak-bukak email, baru teringat kene renew Domain, kang kalo tak renew kang bungkus le. 










aku masih setia dengan Netkl.com, ohh yeeahhh! :)





Oh! Nampaknye sudah naik rege beb! Gaji korang naik tak? apatah lagi bonus? Sibuk je, hahaahha! Dulu masa aku beli RM 29.90, sekarang naik jadi RM 31.60, nasib baik masih kategori murah (kata-kata ahli bajet 2011) hahahhaha! 25 hari lagi tu! :)


Monday, 31 May 2010

BERTUKAR DOMAIN - www.iedaluvsham.com

Selamat pagi :) Sabtu lepas tidak berapa baik, ada beberapa perkara yang tidak elok berlaku. Tapi yang lepas jangan dikenang, cuma beringat masa akan datang.



Alhamdulillah, blog ini selamat bertukar domain yang aku beli dari NetKL,

www.iedaluvsham.com :) Thanxx pada semua yang beri pendapat, hehehhe!! Thanxx pada KancilBiru yang menjawab segala pertanyaan aku, ngeee :)



Cuma yang tak selamat adalah segala komen yang lepas-lepas, hilang selepas bertukar domain. Harap ada yang dapat membantu dan beri pendapat :)

Monday, 24 May 2010

BERTUKAR DOMAIN - YANG MANA LEBIH OK?

Masa korang baca entri ni, mesti aku tengah mengacau kawan-kawan opis, sebab cpu aku belum sihat lagi, harap-harap tengahari nanti, mat repair tu call bos aku :)



Sudah berbulan-bulan aku asik intai NetKL, hehehhe!! ye...aku ada rasa gatal nak menukar domain. Kenapa? Jangan ditanya, nak tolong garukan boleh jugak. Dan aku buat keputusan hujung bulan ni nekad!!!! Tukar! Tapi masih ragu-ragu memilih domain yang sesuai, sebab nama aku panjang bebeno.



Dari sekolah dulu aku rasa panjang bebeno nama aku ni...lupakan kisah nama panjang. Kepada semua, harap dapat membantu, boleh tak? Rasa-rasa yang mana lebih sesuai dan senang ingat?

1) www.iedalhabsyi.com

2) www.iedaluvsham.com

3) www.iedaprops.com

4) www.iedahabsyi.com


Atau ada yang nak bagi cadangan lain, sangat di alu-alukan, jangan yang nama tak elok sudah ok. Terima kasih kerana membantu saya yang kerdil ini...eh, silap kerdil, perasan pulak, saya yang gemuk tapi comel, hahahha!! Jangan marah arr... :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014