Thursday, 6 May 2010

BENJY MASUK PUSAT PEMULIHAN


KUALA LUMPUR - Permohonan habeas corpus pelakon Khaireyll Benjamin Ibrahim atau Benjy (gambar) untuk dibebaskan segera daripada ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya, Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 ditolak Mahkamah Tinggi di sini semalam.


Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak ketika memutuskan perkara itu berkata, penahanan semula Benjy, 32, oleh polis adalah sah dan sejajar dengan undang-undang mengikut Seksyen 3 akta tersebut.


Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan, Najib Zakaria memberitahu, Benjy kini ditahan mengikut Seksyen 6 (1) LLPK yang membolehkan pelakon itu ditahan di pusat pemulihan akhlak di Muar, Johor bagi menjalani tempoh tahanan selama dua tahun.


*credit 2 KOSMO

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014