Monday, 31 May 2010

CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG SUKA CAKAP BESAR - VERSI DEKAT OFIS

Memang menyampah kalau dengan orang yang suka cakap besar, tambah-tambah dekat opis, hari-hari dah la nak mengadap muka dia, kalau dia bos tak pe jugak, ni pencacai biase je, hahahha! Cis jahat sungguh mulut aku tapi mulut si suka cakap besar lagi takbest, hehhee!!



Tips berhadapan dengan orang suka cakap besar - versi dekat opis.


  • Bila si suka cakap besar nak bukak mulut, ape lagi, sila nyanyi kuat-kuat, biar pon kalah speaker panggung wayang. Nak lagi best sila berduet seperti Dua Insan Bercinta - M.Nasir dan ApeNtah. Takpe, tak kisah kalau tak sedap sebab lagi tak sedap telinga nak menanggung konon-konon dia yang paling hebat + best di dalam dunia ini! Kalau ada skill yang terpendam selama ini macam zapin atau breakdance tu lagi bagus untuk jadi selingan.

  • Yang kedua - bersin. Ye perkataan yang pendek, simple tapi bawak penyakit 1 dunia. Ape lagi...kalau si cakap besar mula bangga diri dia yang hakikatnya tak best, korang bersin je....Haccchhuummmm!!! Nak lagi best depan muka dia, tambah skit perisa hingus cair pasti menarik tertarik memang kebabommm. Dia takkan kebabommm muka korang, pasti dia akan menjauhkan diri dari korang sebab kalau dia sakit, tak dapat la dia nak cakap besar dan menunjuk depan korang, amacam best tak?


  • Yang ketiga - Buat-buat macam dengar bos panggil. Eh, bos panggil aku lah! Eh, mane de bos kan pergi bercuti kat langkawi, tettttttt!!! Kantoi pulak dan pandai-pandai la nak selamatkan diri dari orang macam ni, hahahhaha!!! Nak lagi best, "Eh, Makcik housekeeping panggil aku la, nak mintak tolong tukar cadar bilik" yee...buat la macam tu walaupon korang kerja di Sales Department! ;p


  • Yang keempat - Kentut dalam bilik/area dia (tips ini kurang digalakkan) . Ape lagi....bila si cakap besar sedang sedap membangga diri, kasi psssssssssstttt(sopan) / prrootttt(ganas) baikkkk punyer, hahahha!!! "Eh, sorry lah, terlepas. Skru kawalan longgar" dan berlalu pergi tanpa rasa bersalah. Nak lagi best, tutup kan pintu bilik dia, bagi sebati kentut ko dengan bilik dia, pasti dia pengsan!


  • Yang kelima merangkap yang terakhir - Lawan balik cakap besar dia! Yeahhhh!!! Tapi juga kurang digalakkan, sebab ape? Sebab takkan ko nak jadi macam dia kot, ntah hape-hape...adeh!

Selamat menjamu selera :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014