Thursday, 27 May 2010

BILA AKU MULA MENCORET KEMBALI.....wah! menyampah aku tajuk ni, hahahha!

Sekarang memang musim mengawan kot. Eh...silap, musim aku malas update blog. Suka ronda-ronda kat blog orang lain, baca-baca pastu pegi blog lain pulak. Silent reader la konon, hahaha! Serius! Kena servis skit otak aku tengah malas, sebab yang aku hanya ingat sekarang adalah cuti! Yeahhh... next week memang aku nak berjalan sakan, tambahan adik aku tiba Malaysia hari Isnin ni.



Esok cuti, so opis aku mengada-ngada nak buat main bowling, cisss!!! Aku memang nak pegi tapi banyak benda perlu difikirkan kalau aku pergi. Eh, esok cuti hari Wesak kan? Aku tanya budak opis aku, "Esok cuti Wesak kan?" Dengan bijaknya dia menjawab, "Haah, yang ada veel...vell...vell...!" "Itu Thaipussam lah dol!"kata aku. Hahahaha dia gelak camni! Sengal budak ni :)



Berbalik pada main bowling, pesan aku pada korang, jangan lupa aku, jangan ingat pin tu aku, so korang nak tibai je, hahahha!!! Mesti budak-budak opis bengang, aku cakap kompom datang! Sebelum subuh aku dah terpacak depan lane! Tapi memang salalunya gitu, aku akan tak datang, mujur budak-budak tu paham, nanti mesti diorang jerit depan muka aku, "Kak Ieda!!!!! Selalu tak joinnnn!!!!" busuk mulut ko jerit depan muka kau, hahahhaa!!! Tapi kalau karaoke aku jalan.........waktu opis pon takpe, aku leh tibai pegi, hehehehe!!



Esok nak buat pe ek? Masak....pastu nak planning nak tuju ke mana bila sampai Penang nanti. Oh ye....aku akan ke Penang 4,5 dan 6 Jun ni, Yipppeeee!!! :) Proses anak nombor 2 a.k.a honeymoon, hakhakhak!! :p Setengah orang kata "Ape barang Penang..." Hello...aku punya suka la beb! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014