Geram aku laa....SAH-SAH JUDI ITU HARAM!!!
Allah SWT telah memperingatkan dengan tegas mengenai bahaya judi ini di dalam surat Al-Maidah ayat 90 - 91 yang ertinya, "Hai orang-orang mukmin! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan setan; oleh kerana itu, jauhilah supaya kamu beruntung. Sesungguhnya setan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan salat; oleh kerana itu apakah kamu mau berhenti?"
Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.
Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.
Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.
"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
-- BERNAMA
berita di hari Jumaat.....
ReplyDeletebaca dan renung2kan lah....hehhehehe
salam..
ReplyDeleterasanya kerajaan nak beri kat orang bangsa lain..duit cukai nak repair jamban..ha ha..yang melayu islam sibuk gak nak berjudi wat pe?
ada pro dan kontra..tepuk dada tanya akal..
ieda,
ReplyDeletemalaysia boleh!!!
yg tak diluluskan pun org buat, apatah lagi yg diluluskan... lulus atau tidak terpulang pada c penjudi tu...
ReplyDeleteada dgr berita ni kt TV semalam..tapi terus dalam kepala naik tanda tanya..?????????
ReplyDeleteishh camne tu ye..kalau negara islam cam malaysia pun boleh benarkan. tak kira lah atas alasan ape skalipun..
ReplyDeleteade tengok jugak kat buletin utama semalam..
ReplyDeleteMy latest entry : Tergantung Di Roller Coaster Selama 20 Minit !
tak paham la dengan dunia hari ni.. mende yg patut diharam kan tapi nak dipertimbangkan.. tapi mende yg patut dilaksanakan macam hukum hudud tu tak pulak laksanakan!.. mrmm...
ReplyDeleteya Allah ya Rabbi...apa nak jadi..apa defini judi di kacamata Islam? bengong sungguh kalau la lesen semacam itu ada. cukup2 la rokok ngan toto tu..adoyaii...
ReplyDelete