Tuesday, 25 May 2010

PERKATAAN BERLAWAN


Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
_________________________________________________

ahahahah!! padan muka cikgu tu. Eh, ini takde kaitan dengan politik ok! Jangan pilih jalan hitam! Wakakakkaa!! :)

28 comments:

  1. hakhakhak... lawak laaaa ieda... ;d

    ReplyDelete
  2. rasa nak gelak guling2x je ni..hahahaa...bagus la..idea sapa la ni.. =P

    ReplyDelete
  3. ehehhe...sengal dpt anak murid bijak sgt

    ReplyDelete
  4. kalau ai jadi cikgu tu....
    mahu wat surat tukar skolah lain
    hahhahah

    ReplyDelete
  5. wakaka..ble jadi gila cikgu tu kang..

    ReplyDelete
  6. aduh stress cikgu tu, blood pressure can go upstairs u know hehehe

    ReplyDelete
  7. tensen cikgu kalau dapat murid cenggitu

    ReplyDelete
  8. salam..
    ha ha ha
    cobaan
    bukan itu betul-betul
    cobaan..
    kepala otak berjambul
    he he he..

    ReplyDelete
  9. hahaha,,,padan muka cikgu tu..kerek sngt.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    KELEDEK MANIS

    ReplyDelete
  10. hahahahaha,,,sgt2 lawak!!hahaha..best la murid2 ni!tapi cikgu diorang pun hardcore jugak sumpah seranah dia.haha

    ReplyDelete
  11. Dah banyak kali baca , tapi still kelakar

    ReplyDelete
  12. @~aSHa~

    nampaknya cikgu kena tuntut ilmu lebih lagi :)

    ReplyDelete
  13. @sI tEDI

    tau takpe, tu pasal byk masuk paper murid pukul guru...eh, terbalik plak :)

    ReplyDelete
  14. @nabilah_2908

    kekadang cikgu ni patut d ajar, hahaha!! bengang je kalau cikgu baca ni ;p

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014