Tuesday, 1 June 2010

AKU BELUM PAKAI LAGI TAPI DIA DAH SAMBAR DULU

Waktu entri ini di publish, aku mungkin tengah tido dalam kereta menuju ke KLIA, nak serang adik aku. Nak serang dengan ciuman hangat + manja aku kat anak2 buah aku, hahahahah! Danish dan Khalis tolong jangan gersang ok! Aunty dah tua, hahahaha!!! Ye aku nak jemput adik aku si Teha yang insyallah bakal tiba pukul 1pm jap lagi.



Aku ada beli tudung di Oh!Tudung (dasat bukan, tudung pon ada Oh! hehehe :)) Ni konon-konon nak pakai pada kenduri kawin laki aku. Silap, member laki aku. Boleh jadi hijau kalau laki aku kawin lagi, hahahah!!





Dengan hidung kembang kempis aku bawak balik bungkusan tu, dah sampai umah aku simpan barang semua. Bungkusan aku tinggalkan di ruang tamu. Tiba-tiba laki aku panggil,


"Mama...mama, cepat la tengok saya" laki aku buat suara konon-konon comel, konon suara bagi pihak Amanda, hehehe!!



Dengan sepantas kilat aku pergi ke ruang tamu,
"Lor...tudung mama tu! Tak rasmi lagi, hehehhe!!"



Makcik Kecik ini yang rasmikan dulu tudung aku, hehehhe! :)






Ewah-ewah posing ala model Kimora pulak, hiksssss!




Yang sebelah kiri tu la ketuanya!


Semalam aku kat dapur, tetiba Amanda datang cuit peha aku. Aku paling, tengok dia pakai tudung ekin aku sendiri, wah!! patut la ko senyap je dalam bilik, meregek tudung mama rupanya, muahhhh! Sayang anak mama! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014