Monday, 21 June 2010

SYIOKNYER DAPAT BERSAMA (18SX)

Kadang-kadang tajuk entri boleh di salah tafsir. Bergantung pada susunan ayat, perkataan. Kadang ejaan terlepas satu huruf boleh di gambarkan penulisnya sengau sengal. Kadang buat pembaca bengang bila tajuk 18SX yang diharapkan rupanya kisah Upin dan Ipin ataupon Saseme Street A,B,C, hak...hak..hak.. Padan muka, bila bab yang tu semua laju termasuklah aku, eh...silap pulak ;p



Dan entri ini bukan lah kisah "bersama" yang syiokk sangat tu, hahahha!!! 18SX saje je tambahan.Opss...sorry! Jangan beron ok! :)



Fine, aku syiokkk sebab sudah hampir 3 minggu tidak bekerja dan esok aku akan start masuk opis. Buat kerja macam biasa. Perang mulut dengan bos, tadah telinga dengan sikap opismate yang suka cakap besar dan yang pasti akan ketawa besar dengan bebudak opis aku yang sekian abadnya semakin membesar tubuhnya.




3 minggu dirumah juga aku happy dapat menjaga anak aku, Khayra Amanda yang aku sayangi. Semakin membesar dan bijak. Kadang keletahnya yang mahu menerokai semua benda membuatkan aku geram, marah-marah sayang padanya. Sejak kejadian yang lepas, aku lebihkan tumpuan padanya, dan aktivitinya terbatas. Kalau dulu aku biarkan semua apa yang dia nak buat. Tapi sekarang aku kena lebih berhati-hati...



Itu lah "Syiok Dapat Bersama" pada aku, bersama Khayra Amanda Bt Badrisham....She's Great Lil Girl!








Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014