Wednesday, 16 June 2010

GAMBAR PANAS VVIP DENGAN ISTERI ORANG

Serius giler rindu ngan blog aku, facebook tu sipi-sipi je rindu, sebelah mata pon tak memandang, hahahah!! Ni tangan dok terketor-ketor macam kene parkinson tak tahan nak menaip. Aku balik kampung umah FIL & MIL. Takde masa nak menjengok blog, hehehhe!!


Sesekali balik kampung memang best, pergi bawak 2 beg je. Tapi bila balik ke Ipoh balik, berbundut-bundut barang bawak balik, terjongkit kereta ke kebelakang, barang penuh dengan segala rezeki, hehehhe!! amin... :)


Balik kampung laki aku ni best sebab makan sedap, makin comel perut ku tapi takleh lawan laki aku yang dah macam 5 bulan tu, hahahha! Sorry bang, jangan marah arrr :)


Satu pagi kat kampung, sedang aku melayan nasi lemak yang sedang-sedang sedap, tetiba henpon aku masuk mesej.


"GAMBAR PANAS VVIP DENGAN ISTERI ORANG
Ingin melihat aksi dan gambar panas VVIP dengan isteri orang? Taip YA dan hantar ke 012-XXXX...."


"Mak aiii.....gambar Lisa Surihani dengan Farid Kamil takde ke???" kata aku. Ni VVIP yang di promote pulak, selalu VVIP ni boroi, takmau la aku! Hahahahha!!


Tak mauuuu aku! Kang terkeluar balik nasik lemak sedang-sedang sedap yang aku makan ni, ekekeke!!!


Woiiii! Jangan le hantar kat aku, aku tak minattt!!! Lain kali hantar le mesej kat mana ada Sale Giler kat shopping complex, tak pon hantar le mesej aku menang RM 10,000 masuk peraduan Drypers ke....tak pon hantar le gosip hangat si Leman opis aku tu dah kawin 3 ke...kan sedap sikit pagi aku menjadi ceria, yippieeee!!!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014