Wednesday, 9 June 2010

SETELAH LAMA BERTAPA DI PULAU

Sudah seminggu tidak merapu di sini, hehehe! Seminggu juga aku tidak kerja, nikmat sungguh! Merasa juga menjadi suri rumahtangga selama seminggu, best! :) Mungkin ada yang dah tau kenapa aku tak bekerja selama seminggu, ye..berkenaan anak aku. Sesuatu telah berlaku padanya dan aku tak dapat nak ceritakan atas sebab-sebab tertentu. Jika ada yang perasan, jari Amanda berbalut.


Lupakan semua tu.



Selama seminggu aku tak merapu kat sini, pergi bertapa. Bertapa dengan duit yang en.hijau bagi tu, hahahhaa!!! Bagus betul ko ni en.hijau, tau-tau je aku nak pergi bertapa, ko siap segala ongkosnya, hehhehe!! :) Khabar angin mengatakan aku bertapa di gurun sahara, yeke? Hahahaha!!



Khabar angin buatan ku sendiri, angin kentut...pusstttt...amik ko. Aku bertapa di pulau yang sesak ramai orang, ini bertapa ala moden, ngeh..ngeh... :) Dengan nama glemo (bunyi loghat Perak) - PENANG. Wah! Heaven sungguh walaupon kami sentiasa sesat di pulau kecil comel itu! Hahahahhaa!




Kali terakhir aku jejak kaki ke sana 6 tahun lepas, aku praktikal di Batu Frengghi. So yang aku tau hanya jalan ke Batu Frengghi, hahaha!! Jalan lain semua aku tak ingat. Kami bertiga tercengang-cengang mencari Pulau Tikus, mungkin dulu-dulu banyak tikus bertapa disitu, mencari hotel disitu. Hehehhe! Takpe...takpe...tak sampai setengah hari kami dah paham jalan Penang, bukan susah pon....cuma kami takde sape nak guide untuk pergi tempat makan yang best-best, hanya fast food menjadi santapan...nggeeee ;p





Baru je sampai, makan je kat KFC, abis cerita....

Laki aku kata, "La...KFC ni kat Ipoh pon ade.."
Aku balas pantun, "Tak tau makan mane yang sedap, tepon le Rizal, kot-kot dia tau"

Rizal tak angkat tepon....adoiii...Rizal, ko baca blog aku kan, hahahhaa!! Pasni ko bawak kami makan mee udang dan ikan bakar yang ko cakap hari tu, hahahhaa!!



Oppss...Rizal terbabit pulak dalam cerita ni. Takpe..takpe..janji aku heroin dalam cerita ni, ekekek!!


Laki aku sungguh happy dapat makan, ngeee :)





Amanda kekenyangan berpusing-pusing bersama mamanya yang terpaksa dikaburkan :)




Al kisah...kami ke Penang adalah untuk bershopping, so tak payah le aku nak tunjukkan bebarang yang telah melayang duit kami, hahhhaa!! Nak melawat tempat bersejarah memang tak menyempat sebab hantu shopping tu asyik memanggil-manggil kami.



Dalam masa yang sama juga kami ke Penang sebab ada kenduri kawin. Nanti la di lain entri aku cerita. Agak menarik sebab meruntun hati aku, cewah...giler jiwang plak, dasat wak lu!



Hari terakhir, memang malas turun bekes. Kaki dah tercabut, nak pasang balik malas, so panggil room service cakap " Kami nak bekpesssss!"



Nasi Lemak Penang



American Breakfast





Nasi Kangkang Baju Tido, hahhaha! Gurau je beb... :)






Last sekali gambo aku, hahahhaha! Jangan marah arrr... :)


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014