Tuesday, 22 June 2010

INNITY ATAU NUFFNANG?

INNITY




ATAU


NUFFNANG





Hari ni tak berapa nak sedap. Perut rasa cam hampeh skit, yele..hampeh yang semalam tak keluar-keluar lagi, hehehe!! Giler banyak kerja kat opis, menggunung fail macam Bukit Bendera, rendah je tu, ngeee :)



Pagi ni nak cakap skit pasal Nuffnang dan Innity sebab ramai yang tanya, " Ieda pakai Innity tak effect ape-ape pada Nuffnang ke?"



Soalan tu yang selalu orang tanya. Ye, memang ada kekurang bila menduakan Nuffnang. Rasanya semua dah tau bukan, so bila nak menduakan Nuffnang sila fikir berkali-kali sebab status glitteri korang akan jatuh kepada biasa. Kiranya nya korang ni sebelah mata pon dia tak pandang sesangat, paling-paling abis pon juling-juling itek je dia pandang korang.



Bila status menjadi rakyat biasa, makanya peluang korang untuk mendapatkan Buffered Earning pon sekadar nganga gigit jari, ngeee...Buffered Earning ni lah yang dikejar-kejar oleh semua, kat situ leh masyukkk..


Tapi kenapa aku gatal pasang Innity? Ko tak rasa rugi ke Ieda?


Ikut suka aku la beb! Hahahahah! Gurau je, dan terus terang aku senang dengan Innity dan Nuffang buat masa ini dan jujurnya Innity aku lebih masyuk dari Nuffnang. Bila aku dah taip "MASYUK" tolong jangan terpengaruh ye...tambahan kalau Buffered korang berderet, tolong jangan mendua kan Nuffnang, sebab korang akan rugi nanti.



Aku tak rasa rugi bila jatuh kepada rakyat biasa. Sebab utamanya aku mendapat yang berganda-ganda dari Innity.



Nasihat aku, sebelum menduakan Nuffnang, fikir dulu sebab sekarang ada Mangga Ads pulak kan, nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.


Owh, ada jugak yang tanya, macam mane nak apply Innity, nanti aku terangkan pada entri yang akan datang.
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014