Wednesday, 30 June 2010

BUDAK SETAHUN BERBAJU KELAWAR

Entri baru dibuat, semalam tak larat nak berjaga. Pergi KL hari tu jumpa ngan MIL aku sekali, sayang dengan MIL sebab dia sangat sporting dan tak banyak kerenah. Hehehehe! Bodek nampak, nah 50sen! ;p



Satu sikap MIL aku ni suka beli barang untuk cucu dan menantu, hehehe! Cepat cakap, "Untung nya ko Ieda.." Hahahaha! Poyo poco-poco nak mampus aku, ekekeke! Masa malam lepas balik dari Alamanda, MIL aku datang pada aku, "Ada beli kaftan batik untuk Amanda" katanya. "Ooo..." jawab aku pendek, takkan nak cakap, mananye? Malu siot, ekekeke! Mengada-ngada nak memalu pulak aku ni.



Pastu MIL masuk bilik, taklama kemudian keluar bawak kaftan kecil comel.

"Nah, pakaikan Amanda" katanya

" Ok. Amanda meh kat mama" kata aku


Terus sarungkan pada Amanda, comelll la pulak, kami tengok gelak je, Amanda pon memalu, sengih-sengih, hahahaha! Cuma labuh sikit, boleh lipat kedalam dan jahit.



Pada aku, ni firstime aku tengok budak kecil pakai kftan, hehehe! Comel juga! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014