Showing posts with label niat mandi wajib. Show all posts
Showing posts with label niat mandi wajib. Show all posts

Tuesday, 3 January 2012

Carian Tertinggi 2011

Ah! tak yah nak heboh sekampung belog kalau hits mencanak-canak, sebab karang lebih banyak yang tarik muka dari yang yang menyokong kita. Adat lah tu. Carian tertinggi di belog yang hapagas ini boleh tahan, bior le tuan empunya syok sendiri dengan hits nya, hahahaha! Yelah tu, konon. Hakikatnya hampeh! Hahahaha! Mari kita lihat 5 cari tertinggi dari belog ini sepanjang 2011 :) Sebab apa 5? Sebab malas nak menaip, hahahahha!



Harap dapat membantu korang dowhhhh! Ramai je nama Islam, tapi kurang didikan. Harap Niat Mandi Wajib ni dapat membantu korang, jangan tau main aje kan! Hahahaha! :)


Terkejut jugak sebab ini ramai yang cari. Mungkin nak kembali ke pangkal jalan. Insyallah, semoga korang selamat dan kembali ke pangkal jalan sebelum jantung, paru-paru dan segala organ dalam korang rosak teruk akibat dadah syabu ni...


Lelaki sejati yang kacak cukup dengan ilmu agama. Sape yang takmau derrrr....aku pon gilakan dia! Hahahaha!


Sorry morry, gua takde ajar teknik ni. Sila menuntut di belog lain, mungkin belog Abang Gagah, hahahaha!


Ok, benda macam ni standar piawai dalam kerajaan belog, miahahaha! Kebaikan ok! Kebaikan! :)

Wednesday, 18 May 2011

Jangan Tau Main Aje - Niat Mandi Wajib

Aku tak pasti kenapa aku buat entri ini tapi harap dapat membantu buat yang masih samar-samar dalam kelambu Ikea korang. Mulanya sebab terbaca di forum dan ruang celah-celah dada  montok  akhbar, hahahaaa! 







Niat

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain"nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)


Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".


Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.


Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.


Untuk menambahkan lagi pengetahuan korang, sila baca DISINI, sekiam terimam kasihim! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014