Showing posts with label pencuri kereta. Show all posts
Showing posts with label pencuri kereta. Show all posts

Wednesday, 25 May 2011

Kereta Hilang!







Keluar dari opis. Time balik, mesti semua laju nak balik. Turun. Memerhati sekeliling. Eh, mane kereta aku????? Kecoh sekali, Weh kereta aku hilanggggg!!!! Member opis semua memanjangkan kepala, siap mulut mengomel "camne leh hilang ni!", "Binawe sape yang amik kete ko kak!", "tadi ko parking sini? ke dapan sana? ke sinun? eh..eh..ape lagi nak tanya".





Cuak! 6 orang opismate pusing keliling bangunan, last-last akibat penat, ada yang offer nak tumpangkan balik. Semua terduduk kat depan opis. Penat mencari kereta. Tetiba datang sebuah kereta, Pon! Pon!! Hon sikit punya kuat bunyi macam lori. 




"Eh, tu adik kau ke kak?" opismate mula bersuara.
"Hehehehehe, aku lupe pulak, aku tak bawak kereta hari ni, tumpang adik! Hahahahahahha!" sambil lari lompat berpagar 5x100 meter.
"Bengong ko kak! Hamik makan selipar jepun aku! *7$2%%!$*!"






Hahahahahhahahaha! Camne leh lupa :)

Tuesday, 22 February 2011

BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA




 Kalau yang tak tau lagi sila lah baca dan berhati-hati. Kongsikan bersama blogger yang lain dan pembaca serta keluarga dan rakan-rakan. Kucing kat rumah dan kambing kat kampung perlu tau, yeke? ;p

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Orang jahat sekarang macam-macam helah dan cara. Dulu main baling telur dekat cermin kereta, jual perfume lah, sekarang ini pulak! Dushh!! Dushh!!! ;(

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014