Monday, 20 September 2010

APE NI MAIN SERANG-SERANG PULAK!

Kecoh sekali bila Malware mula menyerang. Memula aku buat tak tau je. Tapi bila aku baca dekat Firihadi.com, serius aku cuak giler. Udah macam virus ape la plak yang menyerang dunia ni, macam santau versi blog pon ade, hehehhee!!



Malam semalam aku ada terbaca blog seseorang, yang mengatakan blog yang pasang Innity diserang oleh virus yang menyampahkan semua orang. Aku ingat boleh lega kot sebab tak pakai Innity tapiii tadi dah terbaca kat blog fitrihadi, wah serius aku takut - Malware Attack Turut Menyerang Blog Yang Tak Pasang Innity.



Adoii...



Dan aku tertarik dengan salah satu penyelesaian nya, iaitu dengan buang bloglist, kalo dekat blog ko ada buat bloglist lah tapi rata-ratanya ramai yang buat senarai bloglist kan, termasuklah aku.



Sebab ape nak buang?



Mungkin ada dalam senarai kita ada yang pakai Innity, dengan tak sengaja blog kita sendiri akan dilebel sebagai malware attacked. Buat masa ni aku buang kejap, nanti bila semua dah ok, musim santau blog dah abis, aku masukkan kembali bloglist macam biasa. heheheheh!


Untuk lebih lanjut, baca sini :)


*Pelik juga Berita Harian,MyMetro semua takboleh bukak juga.
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014