Wednesday, 22 September 2010

SLOT LAGENDA - SINOPSIS SITI KELEMBAI


Cerita peberet aku, Ular Emas dah abisss, tapi ending dia macam aku tak puas hati jer sebab Mona tu tak mampus lagi, mesti ada sambungan lagi ni. Lagi tak puas hati bila Ustaz Smart kawin ngan Raudhah, jelesssss beb!!! Hahhahahah! Gilosss! Aku ni penakut giler, takut ular tapi boleh pulak layan cerita tu, wakakkaaka!



Ular Emas tamat, dan sekarang digantikan pula dengan cerita Siti Kelembai. Konon nak melayan laa...sebab cerita ni ala-ala mengarut macam aku jugak, miahahaha! Jom baca sinopsis Siti Kelembai :)



Slot Lagenda Siti Kelembai membariskan pelakon hebat seperti Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Bermula 20 September, drama 20 episod arahan Bob Hashim Ismail akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30ptg TV3, ulangan 8.30malam di TV9.



Diadaptasi daripada cerita rakyat, Sang Kelembai, Siti Kelembai versi moden pula berkisar Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi dalam kelas. Pada zahirnya Siti Ratna memiliki rupa paras cantik warisan ibundanya, namun kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang selekeh dan tidak pandai menjaga penampilan diri.



Ketika dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala gurunya sedang mengajar, fikiran Siti Ratna sering melayang entah kemana dan seolah dirinya berada di alam lain. Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering dibuli rakan sekuliah.




Menjelang ulang tahun yang ke-18, Siti Ratna tiba-tiba ada satu kuasa yang agak luar biasa. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahguna atau tidak dikawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.




Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memahari sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahi menjadi gatal. Dapatkah Siti Ratna mengawal kuasa saktinya. Apakah kaitan kelebihan dirinya yang dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba? Sama-samalah kita saksikan...

18 comments:

  1. mesti tgok ni nanti kan.. tapi minggu depan si fasha sendat akan menggantikan adikk miaa huwaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. baru semlm tgk citer tu..x paham sgt coz tgk2 siti tu da cantik...baca sinopsis u baru ler paham..tp ending ular emas x sempat tgk lah...huhuhu

    ReplyDelete
  3. tp cite dia cam ala2 klako gtu..:)

    ReplyDelete
  4. yupp..cerita Ular Emas mmg best..

    tp letih tgk Raudah..lembut sngt..hehee..

    cerita Siti Kelembai ni pun mcm best...comel jer si siti tu..:)


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    AWAS BUAYA DILEPASKAN

    ReplyDelete
  5. peberet aku gak...agaknya ada smbungan kot tu yg mona x mati..elok je ending mona menjerit..ular emas pun tak tau g mana...part paling laki raudhah kena patuk ngn ular emas..muka pun dh berisik mcm ular...

    ReplyDelete
  6. hahaha ni mesti ratu dram melayu ni!!

    ReplyDelete
  7. my son cakap eh...cita Siti Nur Baizurah. macam mama dia. hahahaha

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. kelakar tau citer ni.. hahahah.. gelak2 mase tg... nengok kan si fizow tu jelek kemain lagik...hahaahah

    ReplyDelete
  9. haha...kalau i ada kuasa mcm tu,..alamat ramai la yg gatal2 badan nanti.

    ReplyDelete
  10. saja nak jenguk orang perak.
    haha

    ReplyDelete
  11. yg ular emas pun smpt tgk beberapa kali je...sempatkah aku nak tgk tv ni ek? ehehehehe tapi mcm best cerita pasal kuasa2 ni

    ReplyDelete
  12. huhu... ni cite peberet aku gak nih!

    ReplyDelete
  13. ohh menarik gak ni..tapi heroinnya kurenglah..haha

    ReplyDelete
  14. SALAM,
    SERONOK JUGA LF MEMBACA N3 INI !

    ReplyDelete
  15. sker gak layan citer ni.. ular emas pun best... tp tu ler lisdawati tu xmati g mesti ada sambungan lg tu...

    ReplyDelete
  16. x pernah pon negok citer ni ieda.. dulu suker jugak negok citer pasak ular.. skrg x moh negok la.

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014