Saturday, 4 September 2010

BERAPA BAJET KORANG? JANGAN BAJET CUN SUDAH!


Berapa bajet duit raya korang? Aku sesen habuk pon elekkk, hahahaha!! Semuanya laki aku. Setiap tahun memang laki aku sedia RM600 untuk duit raya anak-anak buah dan saudara-mara. Untuk belah laki aku, memang ramai anak buahnya. Kalau belah aku baru 2 orang je, hehehhee!!! Tapi RM600 tu pon biasanya berbaki. Dan yang baki tu kami masukkan dalam tabung Amanda.




Biasanya kami tak pergi sendiri bank untuk tukar duit, kami tukar dengan along, ehhhh....tak, nak mamposss tu namanya, hahahahha!!! Ekceli budak opis aku, ayah dia kerja bank, so kami ramai-ramai mintak tolong ngan ayah dia tukarkan duit, hehehehe!! Senang bukan, tak yah amik nombor, beratur bagai semua nak tukar duit, kuikuikuik!



p/s: Teringat kecik-kecik dulu, kalau beraya umah orang, dapat 50sen pon dah kira besar yang amat! ko dapat berapa? Aku limaposhennn tauuu!!!! Hahahahha! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014