Showing posts with label sinopsis. Show all posts
Showing posts with label sinopsis. Show all posts

Friday, 4 March 2011

DAH TAKDE LAKI LAIN KE YANG KO NAK GODA, LAKI ORANG JUGAK YANG KO NAK!

 Si Penggoda Yang Berjaya, ceh!


Huahuahua! Tak pasal-pasal je nak sentap tengah hari buta ni kan, hahahhaha! Ni pasal 2 malam lepas tengok drama Mahligai Itu Milikku, makanya aku pon buat drama atas sofa sambil menangis sentap sensorang, hahahahhaa! Pastu gelak-gelak dok pikir bongok giler aku nangis tengok drama hahahhaha!   


 Giler bengang citer pompuan murahan goda laki orang, menyampesssss! Biasa lah kalau nak ngorat laki orang, mesti pakai ketat sendat macam tak leh bernafas, pastu butang baju pon dah tegang tak hengat sebab ketat sangat, belum kira nampak bra oren sebab pakai baju kemeja ketat putih, jalan nak lenggok macam kalah buat tarian inang, cakap nak goda abisss, siap sentuh-sentuh hidung, caittt! 


 Eh..eh..over dos pulak, tak semua ni dalam drama tu, eh..kat luar pon belambak kot pompuan macam tu, jaga-jaga cik salmah, hahahahaha! Eh, malas aku nak cerita panjang lebar pasal citer ni, tapi memang citer ni sedap sebab lepas laki tu kawin lain, bini tua tetap buat-buat cool dalam masa yang sama dia kenakan bini muda, hahahhahaha! Last-last laki dia ceraikan bini muda sebab tau pasal pompuan tu nak duit aje, siap bini tua cakap kat bini muda," I'm the winner. Aku paling tak suka orang rampas hak aku!" amik ko!!! hahahaha!



 Norish Karman Yang Cool!




 Ni saat nak menggoda, picit-picit kepala bos konon, kan dah kena maki, hahahaha! ;p Waktu nak goda takdapat, pastu dia dapat gak, isk..iskk..






 Ni nangis sebab tak dapat pergi Bali, sebab laki dia pergi bercuti ngan bini muda ke Paris, isk..isk..mengamuk sakan anak dia, baru nak tengok omputih pakai coli polka dot, hahahaha!



Dah tau laki orang tak yah le nak menyembam muka, suka je kaco, jangan nak sms muahh!! kat laki orang kang ada pulak yang makan sup henpon baling anjing! eh..eh..over sentap tengok citer ni, leh baca sinopsis panjang lebor kat BUDIEY.COM

Thursday, 23 September 2010

EPILOG SYURGA CINTA TAMAT HARI INI, CHINTA BAKAL MENEMUI PENONTON MINGGU HADAPAN


Drama Chinta akan menggantikan Epilog Syurga Chinta bakal menemui penonton pada hujung September ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.



Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.



Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.



Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.



Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.



Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.



Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.



Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).



Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014