Wednesday, 2 March 2011

AKU RASA NAK SERANG JE DIA ESOK

 Tak de makna nyer aku nak serang orang, aku ni pengecut skit, dalam belog je pung pang pung pang, hahahahah! Kita serang IKEA ramai-ramai esok nak, yeaahhhh!! Bajet duduk umah sebelah Ikea kan, hahahaha! Rasanya mesti esok adik aku pergi, suka le tu suka le tu, jeles nih, ;p



 Ok, sale bermula 3 hingga 20 Mac 2011. Masih ada masa aku di Ipoh ni nak pergi tapi kalo pergi Sabtu Ahad jawabnya main laga bontot dan kau cium ketiak aku, aku takmo cium ketiak kau, hangitlah! Ce tengok skit ape barang yang ada murah tuu


 Glass Door Cabinet, RM 119
 Ok lah tu, boleh letak stok bedak cuticura korang ;p







Pinggan tapi nama glamer nak MOTTO, jangan bagi anak-anak baca, nanti mereka sangat konpius dengan kejadian bahan yang tak kena namanya ;p 
 eh..eh..RM1.90 je, mesti mak aku beli seploh, buat cam mangkuk tingkat, hahahhaa!






Cermin Liuk Lentok Abis, RM 19.90
 Boleh lah digunakan didalam bilik air korang untuk melihat kelebihan bulu idung korang yang terserlah tak hengat tu.



 Selamat membeli belah yang tak boleh blah! Berbelanjalah dengan berhemah dengan belanja aku skali, hahahha!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014