Wednesday, 23 February 2011

SAYA NAMPAK DUA LINE PINK ITU

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Dah rasa lain macam 5 hari, sakit pinggang dan letih teramat sangat dan yang paling ketara, period tak datang-datang, jauh lari dari tarikh sepatutnya. ermmm...

 Ok, pergi farmasi, selongkar konon nak beli pregnancy test abis terbaik la konon nyer, hahaha! Pastu malam semalam, mulalah adegan 3 beranak berdiri depan pintu bilik air, hahahhaa! Kencing kencing dan kencing, ishh..banyak pulak kan, overdos, hahahhaa, melimpah ruah bekas tu, ekekeke! geli tak baca, geli tak? geli tak? hahahaha! Pastu kuar bilik air sambil jinjit bekas tu,


 "Nah bang, cepat la buatkan, ayang over gila nak tau ni,"kata ayang yang sangat over
 "Hah, cepat letak. Uishhh!! Pengau nyer bau kencing perisa durian! hahahah!," kata laki.


 Bini over giler pulak nak sentap-sentap pas dah santap durian 3 bijik. Ok..ok.. dah letak 5 titik tunggu selama seminit. Sementara menunggu bini masuk bilik air kembali, basuh apa yang patut dan buang lelebibihan (taip pon nak over) hahahha! Keluar je bilik air, bapak dan anak jerit,



 "Tahniah mama!!!!"



 Ye, dan mula adegan lompat bintang 3 beranak yang keseronokan, alhamdulillah! :)

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014