Tuesday, 8 February 2011

MAJLIS KAHWIN HAFIZ ANAK TOKEI MEE REBUS HAJI WAHID!

Hei, dia kazen aku ok! Dasar mata duitan ting ting tetiba je aku mengaku rapat, miahahahahah! no..no..yup! dia kazen aku yang rapat, kecik-kecik dulu kalo balik kampung mesti cari dia, pastu mula merayap bandar jb, pastu gaduh pon sesame, sekali kena pelleemmmpangggg menangis haku, dik kena buli oleh kazen lelaki. Bro, lu dah kawin, cecepat buat anak, anak haku nak member baru katanya, miahahahaha!




Lakonan kaku semula. Buat-buat menyiapkan mak pengantin lelaki, Aunty Sara. Getik adik aku, sibuk aje, hahhahahaha! Mak pengantin lelaki sungguh ceria nak pergi menikah eh..eh..nak tengok anak lelaki nikah, silap pulak aunty weh, hehehhe! :)






Papa dan menantutsss. Zara sangat bam-bam rasa nak gigit je drumstik ko tu Zara, hahahah! Danish seperti biasa buat muka macam tu. Danish, pergi balik, prektis memek muka lain, hahahaha!





Yee...inilah saat yang dinanti-nanti kan, ceh...aku tanya Hafiz, ko berdebar tak? Tak la, aku sukaaaa sangat, hahahaha! Hampes lu bro, semoga maju jaya malam pertama, miahahahahha! Ok, sekali lafaz aje, tapi malangnya semua kaum wanita tak boleh masuk tengok, hanya lelaki saja, aku intai ikut tingkap aje sambil mulut penuh dengan nasi briyani ayam masak merah dan sup gear box, amik ko! Dah tak mustajab pil mustajab aku tu, hahahahahahah!



Tengok betul-betul, mana satu pengantin lelaki, jangan salah tengok sebab semua smart termasuk tok kadi, miahahahahahha! ;p







Fine. Muka puas hati baru dapat masuk rumah lepas upacara nikah. Hamik ko, depan pintu terus pon menjadi amik gambo, naik sama semua makcik-makcik dara.







Mungkin ambil gambar disini muka jadik cantik tapi balang kaca tertonjol menutup muka ku yang suci dalam debu itu. Sungguh tidak adil adik-adik ku. Cis!






Pengakuan jujur. Kami orang pertama hentak kaki atas pelamin duduk itu. Hahahahaha! Sapa suruh yang lain malu-malu kucing parsi nak amik gambar bersama pengantin, kami adik beradik ade aku kisah? Hahahahahha! Danish! Berapa kali aunty ieda jangan buat muka macam tu, balik prektis lagi! Hahahahhaa! Sepatutnya laki aku wajib pegang amanda time ni, baru nampak aku macam anak dara sikit, miahahahah!






Gambar kami lelebih dari pengantin apatah lagi hantaran, hahhahahaha! Mari kita buat acara tayang barang hantaran pulak, gila riak ayat aku, hahahahaha! Hanya sekeping dua aje amik, maleh banyak-banyak, buat berat belog aje, hahahhaa! ;p

Bacalah, lembut sikit hati korang, hehehehe!




Beg tangan ketik yang comei, pasni tolak kat aku murah-murah ok nana? hahahhaha! gurau aje :)







Aku bengang saat ini! Ada ke patut diaorang tinggalkan aku terkanting kanting cedok nasi untuk anak sambil mereka berposing kuak lentang atas pelamin, cisss...sungguh tak patut! ;p






Amanda baru bangun tidoooooooooooooooo :) tengok mama senyum ni :) :) :) dan lagi :) grrrrrrrr!



eh..dah habiss...ini hanya gambar akad nikah dan rumah pengantin perempuan. umah kazen aku, aku tak dapat pergi sebab clash ngan adik ipar aku di besut. Selamat Pengantin Baru buat Hafiez dan Nana, semoga berbahagia selamanya, aminnnnnnnnnn :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014