Showing posts with label maharaja lawak. Show all posts
Showing posts with label maharaja lawak. Show all posts

Tuesday, 11 October 2011

Maharaja Lawak Mega Pulakkan..



Kali ni semua otai, amik kauuu. Haaa..mau jugak aku bertepuk tampar dengan laki and amanda tengok show ni. Kalau dulu Maharaja Lawak memula sokong Jambu, pastu tak sedap sokong Jozan pastu rasa-rasa macam Sepah boleh menang, sokong Sepah pulakkan, lalang betolll, hahahahhaa! Eh! opkos aku sokong the best terbaik bagai yang boleh menang, hahahahah! 






Untuk Maharaja Lawak Mega ni, jom tengok senarai peserta yang otaiii (bak kata mereka) :


Berkumpulan:Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) (Sokongggggg ketat-ketat! :))
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid



Heyyy, yang solo mesti powerrr kan! Payah ooo nak memikir sensorang, so patut respek dengan yang solo :)


Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober (pakej mustika), program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

Thursday, 7 July 2011

Sesungguhnya Cinta Itu Butaaaaa!

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin,pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.


"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.



Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang".... Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. 



Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.









Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata, "Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "



Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.



Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" "Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. "Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.



Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" Amin: ???????????tang... tang...tang.. Sesungguhnya Cinta itu Butaaaa.......... "



kredit to Kak hati-Hati, sebab share citer ni dalam pesbuk! :)

Monday, 13 June 2011

Official T-Shirt Kumpulan Jambu

Ape pon tak boleh! Ape pon tak boleh! Bila ngamuk sekarang ni cakap macam tu, nak mengamuks pon tak jadi hahahahahhaha!



Sibuk je sekarang nak cari t-shirt Jambu, rasa macam comel je bila pakai macam Yus dan Tauke, kahkahkah!!! Ok, ok, sangat mengarut! Suka warna pink ala-ala gegurl gitew aauuuuwww!!! Heeheheheh!


Cari punya cari jumpe dekat sini. Macam kurang menarik. Suka yang Yus pakai yang kaler pink pastu ada gambar crown, tapi ok lah dari takde kan :)


Kaler Hitam






ni pulak PINK! :)



Wednesday, 27 April 2011

JAMBU DAN JOZAN TETAP DIHATI

Bila lain dari yang lain, itu lah yang menarik! Setiap minggu pasti menunggu persembahan diorang ni, oh yeah! Amacam Jumaat ni Jozan dan Jambu? Jangan kecewakan kami okeh! :)



JOZAN :)






JAMBU :)

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014