Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

Thursday, 12 January 2012

Kisah Siti Nurhaliza Disiar History Channel





KUALA LUMPUR – Dokumentari mengenai penyanyi wanita paling popular di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin disiarkan Astro melalui saluran History malam ini.

Program selama sejam, yang disiarkan pada hari lahir Siti yang ke-33 itu mengisahkan kejayaan beliau selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia seni — bermula dari bawah sebagai penyanyi pada majlis perkahwinan hingga ke puncak kejayaan dan kemudian menceburi bidang perniagaan.

Dikenali sebagai penyanyi bersuara emas, berpewatakan menarik dan sopan, Siti memulakan karier nyanyian pada usia 16 tahun dan terus mengembangkan bakatnya dengan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.

Kejayaan mula berputik selepas beliau memenangi Bintang Hiburan Minggu Ini iaitu pertandingan nyanyian anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1995.

Sejak itu popularitinya terus meningkat.

Siti juga menjadi artis pertama Malaysia yang membuat persembahan di Royal Albert Hall di London, di mana beliau digelar sebagai “Celine Dion Asia” oleh akhbar-akhbar Britain.

Selain menguruskan karier nyanyiannya, Siti turut menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan empayar kosmetik SimplySiti. – BERNAMA

Tuesday, 11 October 2011

Maharaja Lawak Mega Pulakkan..



Kali ni semua otai, amik kauuu. Haaa..mau jugak aku bertepuk tampar dengan laki and amanda tengok show ni. Kalau dulu Maharaja Lawak memula sokong Jambu, pastu tak sedap sokong Jozan pastu rasa-rasa macam Sepah boleh menang, sokong Sepah pulakkan, lalang betolll, hahahahhaa! Eh! opkos aku sokong the best terbaik bagai yang boleh menang, hahahahah! 






Untuk Maharaja Lawak Mega ni, jom tengok senarai peserta yang otaiii (bak kata mereka) :


Berkumpulan:Pimai ( Sathiya, Imuda, dan Mat Over)
Hiro (Hamdan, Ilya, dan Ropie)
Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) (Sokongggggg ketat-ketat! :))
Anje (Achong dan Joey)
Osbon (Mr Os dan Abon)
Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri)
Rap (Aziz Kota, Pak Lah, dan Rama)
Comel (Radhi Khalid dan Bell ngasri)
3G (Yassin, Didie Alias, dan Enot)
Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin)
Gebu ( Hani dan Azian)
Bawel (Dodon Jambul, Amin Bawel, Dadang Ragas)
Lanun ( Jegan, Elyas dan Saiman Al Farisi)
Saehu (Eko, Bocil dan Vicha)
Caer (Adeteo, Mister Ibo dan Lugiana)

Solo:Adlin Aman Ramli
Jalil Hamid



Heyyy, yang solo mesti powerrr kan! Payah ooo nak memikir sensorang, so patut respek dengan yang solo :)


Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober (pakej mustika), program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

Thursday, 29 September 2011

Hell's Kitchen - Dunia Sebenar Dapur

Tengok tak rancangan ni? Aku melangut tengok Hell's Kitchen (astro star world 711) sambil goyang kaki dan tangan sibuk dengan twitter. Tapi kalo tengok rancangan ni mesti dengan laki, tak best tengok sensorang, sebab laki aku mesti tanya macam-macam kat aku, miahahahaha! Term-term yang di gunakan dalam dapur tidak semua orang tau, walaupon ko sehebat mana sebagai suri rumah, kahkahkah, berlagak nak mamposss kan aku, eekekeke!





Chef Gordon Ramsey yang garang macam singa tapi memberi kesan yang baik pada masa hadapan buat chef-chef baru.




Dulu lepas sekolah, aku amik jurusan kulinari 3 tahun. Macam mana korang tengok Hells Kitchen, keadaan mereka, macam tu jugak aku pernah lalui. Gilerr kena taf (abang taf, miahahaha!) nak mamposss! Memang aku tak mampu nak tahan lama, so beralih ke dunia mekap, cun melecun , wewangi iaitu dok masuk opissss. 


Ok, suka keadaan sekarang, suka jugak teringat masa lalu sebab semua tu pengalaman :)

Monday, 27 June 2011

Karak - Laluan Puaka





Ari tu memang gedik sangat nak tengok citer Karak. Gedik sungguh! Tapi semua member jenis "ape barang layan citer melayu hantu!" Dem! Sentap aku weh 24 jam, hahahahaha! Last-last aku suruh mak aku amik dekat astro first, hikhikhik! Ok, dengan segala hormatnya, kami pon menonton Karak ikut astro first hari sabtu lepas.




Petang tu kecoh je, aku tanya lapan ploh lapan kali kat adik aku, dah amik ke belum, naik kali ke lapan ploh sembilan tanya, bibir kene botox macam Kila Fairy kan kan kan. Senyap terus. Eceh! Malam tu beria, nak tengok siaran jam 11.00 malam, wah bajet abis seram kan, tutup lampu. Gelap, bukak lampu kecik dapor aje. Pastu semua amik parking masing-masing. Ah! Parking wajib sebaris rapat-rapatkan saf ok! Jangan bagi setan mencelah, takut punya pasal. Dari ujung kanan ruang tamu sampai le ke pintu masuk, sape dok kat pintu masuk? mak aku jugakkk...adeh! Yang lain pengecut! Hahahahah!



Pastu kepok bagai semua depan mata, alih-alih ada pulak yang angkat pinggan sekali nasi, lauk, nasi beriani, pisang, puding gula hangus, air sirap limau, ceh! Ni nak makan ke nak nonton wayang?? Hahahahhaha! Lupekan semua yang tak berfaedah itu. Kembali ke Karak. Sedap ke? Best ke?






Suam-suam kuku aje! 


Marah kempulan KRU baca ni, hehehehehe! OK lah dari tak ok kan, hehehehehe!


Yang membuatkan tak seram adalah


Baru 15minit pertama start, anak aku mula buat perangai. Waaaa!!! Melalak nak itu ini, sebagai ibu yang muslimah apatah lagi sejati, banyakkan bersabar, kahkahkah!!! Kan aku kata, pelukan hangat dan manja dari ibu sejati bisa mencairkan beliau, ahhahahahaha! Nak lagi senyap bila muka anak tu menyembam kat tetek, haa..senyap aje, walaupon susu dah kering, kihkihkih! 



Tetiba la pulakkan, time tu jugak le ada mamat security mintak bayaran bulan ini. Ting tong ting tong bunyi loceng, pastu bunyi ekzos moto dia yang sebatu tak sampai lagi dah dengar.



Kucing mak aku sesat masuk umah bila bukak sliding door. Ceh! dah la masuk, bising mengiawwwww, ape lagi operasi bersama batang penyapu lidi menghempas-hempas ke lantai untuk halau kucing keluar dari umah.


Last sekali. Mak aku punya dengkur... Bangun-bangun, mak aku kata eh, dah abis ek, hahahahahaha!



Ieda Al-Habsyi kata :) minggu depan nak tengok transformers. Sebab ape minggu depan? sebab minggu ni gaji tak masuk lagi, hahahahha! Harry Potter adalah wajib bulan 7 nanti :)

Wednesday, 25 May 2011

Tanah Kubur







Dulu keras hati. Tapi alhamdulillah sekarang sudah jadi baik, hehehehe! Sekarang suka tengok cerita yang menginsafkan, sebagai peringatan, jangan tau nak berseronok aje - peringatan buat diri aku sendiri sebab kematian itu bila-bila masa sahaja. Ya Allahh! Aku mencintai mu!



Eh, korang tengok tak cerita Tanah Kubur yang main kat Astro Oasis setiap hari Jumaat pukul 7.30malam? Tapi ada je ulangannyer. Bagi yang terlepas, sini ada tunjukkan bila ulangannya bagi bulan Mei 2011. Ini semua sebagai pedoman dan ambil sebagai pengajaran semasa kita hidup. 




SHOWING TIMES

WhenChannelWhats on
26 May 11:00 pmAstro OASISEpisod 2
Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas mayat yang hendak ditanam akibat dari perbuatan mereka ketika mereka masih hidup.
27 May 6:30 amAstro OASISEpisod 2
Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas mayat yang hendak ditanam akibat dari perbuatan mereka ketika mereka masih hidup.
27 May 5:00 pmAstro OASISEpisod 2
Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas mayat yang hendak ditanam akibat dari perbuatan mereka ketika mereka masih hidup.
27 May 7:30 pmAstro OASISEpisod 3
Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas mayat yang hendak ditanam akibat dari perbuatan mereka ketika mereka masih hidup.
28 May 12:00 amAstro OASISEpisod 3
Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas mayat yang hendak ditanam akibat dari perbuatan mereka ketika mereka masih hidup.
28 May 7:30 amAstro OASISEpisod 2
Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas mayat yang hendak ditanam akibat dari perbuatan mereka ketika mereka masih hidup.
28 May 10:00 pmAstro OASISEpisod 3
Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas mayat yang hendak ditanam akibat dari perbuatan mereka ketika mereka masih hidup.
29 May 6:30 pmAstro OASISEpisod 3
Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas mayat yang hendak ditanam akibat dari perbuatan mereka ketika mereka masih hidup.
30 May 3:30 amAstro OASISEpisod 3
Kisah penggali kubur yang menemui pelbagai insiden menakutkan ke atas mayat yang hendak ditanam akibat dari perbuatan mereka ketika mereka masih hidup.

Friday, 14 January 2011

ASTRO FIRST - DARI PAWAGAM TERUS KE RUMAH

*sambil berblogging sambil tengok wayang*




Mesti ramai dah tau kan pasal astro first ni, promo banyak kat astro gitu. Sape suka? sape suka? tapi bagi kaki wayang mesti nak ke wayang gak, siap peluk-peluk pop corn dengan air coke. Lagi-lagi nak pergi nak pakwe makwe korang. Feel la konon time bercinta.




Tapi bagi aku, aku suka astro first! Sebab tak bayah bayar tiket : sebab bulan-bulan bil astro laki bayo, boleh tengok dengan anak aku sekali siap boleh berenti kejap nak basuh berak kencing anak aku, boleh peluk-peluk dengan laki siap baring-baring lagi depan tv, hahahahahha!




Sesiapa yang berminat nak menempah boleh klik SINI. Dan segala pertanyaan lanjut mengenai segala pembayaran, siaran dan filem, boleh baca SINI.



Ape lagi..langgan dan tonton sampai pengsannnnnnn :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014