Showing posts with label jenis dadah. Show all posts
Showing posts with label jenis dadah. Show all posts

Thursday, 7 April 2011

KESAN DAN TANDA PENGARUH DADAH SYABU PADA TUBUH

SYABU dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) dikenal pasti punca utamapeningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol ini di kalangan generasi muda. 
 
 
 
 
 
KESAN SYABU (DADAH JENIS PERANGSANG)
 - tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh- bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara ( PERCUBAAN KALI PERTAMA)- penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian, mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi, halusinasi atau sakit mental 
 
 
 
KENAPA PERLU BERHENTI SYABU? 
 Kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,Strok Saluran darah pecah,Tekanan darah tinggi, Lumpuh, Jantung, Menghilangkan nafsu seks, Sakit emosi dan otak menjadi lembap. Sakit jiwa, Kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri. 
  

 
TINDAK BALAS SYABU DALAM BADAN 
Kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.
 
Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulangkali.Pengguna mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya.Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atausehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kalidalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan.  Kesan khayaldan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap dopamine iaitu penghantar neuron keotak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehinggamencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Bagi mengembalikan dopamine kepadakadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selamasetahun.Tiada jalan keluar yang selesa sekiranya seseorang sudah terjebak dengan syabu kerana sebaik menagih dadah itu, sama ada untuk berhenti atau meneruskan penagihan, mereka perlumenempuh jalan keseksaan.
 
 
 
TANDA PENGARUH SYABU PADA TUBUH BADAN
Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah,cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yangtinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnyamaut.Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakitkepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badanmenurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparutdan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawanpenyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakitParkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsiotak menjadi lemah dan nyanyuk 
Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dantekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecahakibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.Perut dan sistem penghadaman. Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.
 
 

Wednesday, 23 March 2011

EH, MEH SINI AKU NAK TERANGKAN PASAL DADAH!

 Ape kes tetibe je pagi rabu nak cerita pasal dadah, takde topik dah gamaknyer, hahahaha! Takpe, sekurang-kurangnya boleh tambah ilmu dan dijadikan panduan buat yang tak tau. Ingat, tak semua perempuan bodoh dan tak tau pasal dadah. Kebanyakan perempuan sekarang luas pengetahuan, jangan mulakan. Eh..eh over pulak, hahahahah! 



Gambar atas ni adalah syabu atau nama nak glamer adalah ICE. Macam lagu ice ice baby awal tahun 90an tu.




Rupa Syabu
Syabu berbentuk hablur tawas yang halus serta berwarna cerah/putih dan bersifat lutcahaya




Pembungkusan Syabu 
 Syabu dipasarkan dalam bentuk bungkusan plastik kecil yang  berukuran 2cm x 2cm dan bungkusan yang berupa demikian biasanya mengandungi berat lebih kurang 0.045 gram dan ianya hanya cukup bagi kegunaan sekali sahaja yang biasanya dinamakan 'deck' atau 'layaran' bagi kegunaan penagih syabu.




Kesan Jangka Pendek:
  1. Khayalan atau halusianasi pada penghilatan dan pendengaran;
  2. Perangai cepat marah, resah dan perasaan tidak tenang;
  3. Kenaikan suhu badan dan tekanan darah tinggi; dan
  4. Bersifat agresif.
 
 
Kesan Jangka Panjang:
  1. Kerosakan pada saraf otak dan mengalami angin ahmar (strok);
  2. Kurang siuman dan mengalami gangguan mental;
  3. Keracunan pada sistem saraf tunjang;
  4. Pergantungan psikologikal keatas Syabu dan rasa tidak boleh hidup tanpanya;
  5. Mendatangkan kerosakan pada tisu yang teruk dan boleh membawa maut; dan
  6. Boleh mengakibatkan sejenis penyakit neurologi seakan-akan Parkinson's Disease' yang sukar diubati. 




CIRI PENAGIH - Yakin pada diri sendiri , bertenaga dan cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur, tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan muntah-muntah, hilang selera makan.


Kalo nak mati cepat, silakan.



 




eee....geli!

selalu je sesak-sesak napas kan...kan susah...





kesian..jauhi dadah!





ruper gini??? anak pon takmo tengok, anak kucing pon larik macam jumpe jembalang!


 





kalo rasa nak makan free yang tak best, masuk penjara


 






giler kretip yang amat, Tuhan bagi otak elok-elok tapi gunakan macam nak jadi saintis tak lepas exam!


Jauhi dadah!!! Anda selamat, keluarga selamat, masyarakat selamat, negara maju! Jangan biarkan diri terlibat dengan najis dadah, jangan biarkan anda dipulaukan keluarga, anak bini dan masyarakat, fikir-fikirkan!


 macam ucapan je. lantak le.panduan dan peringatan untuk semua. hati-hati.

segala gambar aku ucapkan terima kasih buat belog Selurut Manis
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014