Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Monday, 15 November 2010

SAYA CINTAKAN LABU


Labu oh labu! Ni bukan nama orang macam dalam cerita Labu Labi, hehehhe! Labu dengan nama glamournya Pumpkin. Weh, aku suka giler apa saja masakan berasaskan labu. Sedap dan wangi. Dan kekdahnya adalah aku dengan jayanya nak menunjuk sikit, wakakakka. Sesekali nak menunjuk sikit aku pon masak ok!


Semalam petang aku masak cucur labu. Dah lama mengidam beb. Sedapppppppp! Tapi sesetengah orang tak tahan dengan labu, sebab labu ni jenis berangin jugak tapi aku suka berangin kot, leh prott..prott...dengan semulajadinya, meh kita lawan kentut meh T_T


Selain cucur labu, aku suka Masak Lemak Labu, Lepat Labu, Sira Labu dan Labu Dot Dot. Patutnya aku letak nama belog ni Labu Dot Dot, cam best pulak kot.


Labu oh Labu!

Thursday, 29 July 2010

SENARAI MENU BERBUKA/SAHUR AKU

Taraaaaaaaa!!!!!! Dengan ini mempersembahkan Menu Berbuka/Sahur Puan Superwomen Ieda Al-Habsyi! Hahahhahaa!! Bangga,bangga,bangla..eh silap merepek bangla pulak, hahahah! (tetiba je ada bunyi seluar dalam terkoyak).




Aku telah memilih menu yang simple giler, bersesuaian dengan waktu aku nak bersilat didapur lepas waktu kerja. Kalau hari Sabtu dan Ahad, aku pilih menu yang kengkonon ala-ala candlelite dinner(ape kejadahnya candlelite dinner! baik solat terawih! hehehhe!)




Ala...kejap ajo eden memikirkan menu ni pastu buat deraf then baru taip bagi nampak comel giler, kasiiii semangat nak memasak ko! Hello! Dah 2 kali berpuasa bersama laki tercinta tapi sekarang baru nak memasak untuk bulan ramadhan. (kata cinta, makan pasir pon takpe kan bang! wakakakka!). Last print, siap!




Bawak masuk kereta. Vrommmm! Bawak balik umah, ni sesi nak tunjuk pada Yang Mulia Encik Sham, hahahaha!!!






Sampai umah dengan muka sengih-sengih macam nak mintak penampo, sambil hulur pada laki aku menu tu.


Encik Sham : Ape nih?

Aku yang sengih-sengih : Tengok la.

Encik Sham : (Ambil. Pastu sengih-sengih jugak macam nak minta penampo)

Aku yang sengih-sengih : Ayang dah siapkan menu, berazam giler nih! Jangan lupa belikan barang ye, hahahhaha!!!

Encik Sham : Bila ayang buat ni? Tengok buku masakan ke??

Aku yang sengih-sengih : Eh, reka snirilah, mane main tengok buku masak (berlagak giler ko!)wakakaka!!

Encik Sham : Hahahahah! Betol ke ni?

Aku yang sengih bertukar muka Sinchan : Betol lah!

Encik Sham : Hahahah! ok..ok...



Laki aku baca menu pastu dia bersuara......


Encik Sham : Eh, ni baru menu 20hari, mane lagi sepuluh hari????

Aku yang gelak jahat : Hahahahahahhaha!!! Cuba tengok page last bawahhhhhhh skali, ekekeke!





LEPAS MERDEKA DAPUR DI TUTUP! (kata merdeka kan!) DAPUR HANYA DIBUKA UNTUK MEMBUAT KUIH RAYA DAN CAKE SAHAJA, HEHEHE! SO, LAUK KEDAI LA JAWABNYA YE BANG...HIKHIKHIK!!! :)


p/s: merasa juga lauk kedai! wakakaka!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014