Monday, 28 February 2011

APE CERITA NUFFNANG KORANG?

Gempak tak? BE melalak tak berjoget tak henti-henti tak? Ke suam-suam air milo je? MilkDeal? Ada yang tak puas hati?


 Sibuk je aku tanya orang lain punya kan, hahahahah! BE yang ada sudah jatuh ke ME, cepat sungguh, baru seminggu ko, 30 sen je ko! Ada BE macam tak de, jarang menari tari tirana kat belog ni. Sama kes dengan sebulan yang lepas, ada BE pon macam tu gak.


 Mungkin masih awal tahun, sebab tahun lepas macam ni jugak. Rasa nak cashout je beli  beli beli beli ape ek?


*sudah mula bosan, sekian harap mahap.

Sunday, 27 February 2011

SI GEMUKS KUAT TIDUR

hari ni buat ape?









Tidur je sepanjang hari.


Pukul 3 petang, laki kejut makan nasi.


Pastu nak sambung tidur lagi tapi kena marah, hehehehhe!



Laki kata, "Bagi lah abang tidur pulak, tengok amanda ni!"


 Hehehhehe! Geli hati betoi ;p

 

SiGemukKuatsTidur ;p

Friday, 25 February 2011

ZIZAN (RAJA LAWAK) SEMAKIN HOT!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



Cayammmmmmmm Zizan! Wah, gatal je bunyi je kan, hahahahah! Ntah ntah Zizan baca pon muntah badang, hahahha! "Saya meminati Zizan sejak awal pembabitannya dalam dunia seni ini" ceh..ayat skema macam dalam surat kabar bahagian 'Apa Kata Peminat', muka surat last sekali, hahahha!


Tahniah buat Zizan sebab semakin maju, semakin melangkah ke hadapan, insyallah dengan doa peminat mungkin Zizan menjadi Bintang Paling Popular Berita Harian pada 3 April nanti.


 Terbaru, Zizan akan bergandingan dengan Dira dalam rancangan Melodi menggantikan Wahid dan Farah Fauzana. Tahniah beb! :)


 Suka dengan lagu Zizan dan Dina - Selamat Tinggal, rapppp gitew! Yeahh! Yeahhh! :)

 





Ikuti perkembangan Zizan melalui twitter :)

TUTORIAL LETAK IKLAN CHURPCHURP (KECIL COMEL) DI BLOG


Nampak tak macam dekat atas entri aku ni, nampak tak? nampak tak? Kalau tak nampak sah-sah 3 kali Jumaat je lagi ko ni, hikss;p Ada yang tanya, iklan ni tak ganggu cik geli-geli ker? opkos takkk sayang, cik geli-geli bertambah sayang dekat ko sebab churpchurp ni kan ibarat anak angkat cik geligeli. Eh, korang paham tak perumpamaan aku ni, ke aku sorang je paham sendiri? Hahahahhaa! Ikut mungg lah ;p


 Ok, senang aje buat iklan kecik-kecik ni, tapi aku takkan buat tutorial ni, kena bayar lima hengget dulu baru boleh! Hahahahha! Ok, disebab kan malas nak buat tutorial kan, korang boleh rujuk sini aje, sebab aku pon belajar dekat sini, hahahhaha ;p Tepek lelama sikit kat belog kaya sikit, makcik kayooo! Lepas tu suruh le kawan-kawan dunia akhirat korang kelik-kelik, hehehhe! Naik lah earning churpchurp korang yang cam siput tu kan.


 Eh, aku ajar benda jahat ke? Taklah kan, kita sesama kaya, takkan nak kaya sensorang aje nak, selamat mencuba! :)


 p/s: terima kasih buat semua kawan-kawan blogger dunia akhirat kerana ucapan mengandung itu, aku sangat terharu, aku cayammmm korammm! mUahhh (untuk perempuan sahaja) hahahhaha! :)

Thursday, 24 February 2011

MAIN CIUM-CIUM DI KARPET MERAH

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Ececece bajet artis! Hahahaha! Karpet merah takdo, karpet coklet ade lah ;p Takpe, kami cium atas angin lalu, lagi pon kami laki bini, ceh statement tak ubah artis konon! Huahuaha! Dengan menggunakan henpon cikai laki aku (tetiba jekan ada orang mengamuk cakap henpon dia cikai), kami ambil gambar kenangan sempena majlis kawin adik ipar aku dekat MAEPS Serdang Sabtu lepas. Owh, gambar-gambar lain akan di upload kemudian okeh :)







Ye, mata aku sangat sparrow kumpulan arrow saat ini, semua gara-gara henpon itu, getik aku! Eh, eh..ini adalah baju kurung ketat terakhir aku, tak leh pakai dah lepas ni, kene tunggu lepas abis pantang baruuu boleh sarung balik, itu pon kalau badan kuncup macam Ziana Zain abisss! Hahahahha!

Wednesday, 23 February 2011

SAYA NAMPAK DUA LINE PINK ITU

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Dah rasa lain macam 5 hari, sakit pinggang dan letih teramat sangat dan yang paling ketara, period tak datang-datang, jauh lari dari tarikh sepatutnya. ermmm...

 Ok, pergi farmasi, selongkar konon nak beli pregnancy test abis terbaik la konon nyer, hahaha! Pastu malam semalam, mulalah adegan 3 beranak berdiri depan pintu bilik air, hahahhaa! Kencing kencing dan kencing, ishh..banyak pulak kan, overdos, hahahhaa, melimpah ruah bekas tu, ekekeke! geli tak baca, geli tak? geli tak? hahahaha! Pastu kuar bilik air sambil jinjit bekas tu,


 "Nah bang, cepat la buatkan, ayang over gila nak tau ni,"kata ayang yang sangat over
 "Hah, cepat letak. Uishhh!! Pengau nyer bau kencing perisa durian! hahahah!," kata laki.


 Bini over giler pulak nak sentap-sentap pas dah santap durian 3 bijik. Ok..ok.. dah letak 5 titik tunggu selama seminit. Sementara menunggu bini masuk bilik air kembali, basuh apa yang patut dan buang lelebibihan (taip pon nak over) hahahha! Keluar je bilik air, bapak dan anak jerit,



 "Tahniah mama!!!!"



 Ye, dan mula adegan lompat bintang 3 beranak yang keseronokan, alhamdulillah! :)

DAH DERMA BOLEH RAMAS TETEK, SAPA NAK?

 Di kopi pes janda dari belog Aran yang asal aslinya dari belog Borak Kosong. Gilakkkkkkk! Kalau kau derma kau boleh raba, bukan raba aje, ramas mesra gitu tetek model yang disediakan. Ceh! Kutipan derma ini dijalankan bagi pesakit AIDS di Jepun, duit hareemmm! 


Nak pulak pondanpuan tu di ramas yek...erkkk..

"Wang besar! Wang besar! Mari Ramas mangga besar!!"





 Nasi lemak 50sen pon nak ke? ceh!




Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tuesday, 22 February 2011

BERHATI-HATI PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA




 Kalau yang tak tau lagi sila lah baca dan berhati-hati. Kongsikan bersama blogger yang lain dan pembaca serta keluarga dan rakan-rakan. Kucing kat rumah dan kambing kat kampung perlu tau, yeke? ;p

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Orang jahat sekarang macam-macam helah dan cara. Dulu main baling telur dekat cermin kereta, jual perfume lah, sekarang ini pulak! Dushh!! Dushh!!! ;(

SETAHUN SEKALI KE PEJABAT

Pagi sampai opis. Malu-malu lagi. Bila ada yang tegur, dia mula berpaling ke lain.
"Amanda!!" kata Nadia, Kak Atie, Rini dan beberapa power rangers yang lain.


Amanda malu-malu kucing siam. Amanda ikut mama pergi opis sebab pengasuh tak berapa sihat, mengandung kot tapi pangkat opah, amanda konpius, apatah lagi mama. Mama tak kisah tapi bos mama kisah tapi bos mama takde, pergi meeting kat KL, sebab tu mama tak kisah, hiksss! ;p

Amanda malu-malu kucing parsi kejap je, lepas brekpes ngan power rangers, semakin mesra bagai dengan semua power rangers. Ni bukti Amanda datang ke opis mama


Bukti Amanda makan comot-comot dengan power rangers. Mama bukan power rangers, mama adalah raksaksa, hahahha! ;p


Amanda semakin serasi dengan power rangers bila power ranger merah (nadia) bagi gambar kartun upin ipin suruh Amanda main kaler-kaler. Dia bajet amanda senyap tapi rupa-rupanya Amanda lagi kecoh bila panggil semua power rangers main kaler-kaler bersama-sama, hhahahaha! Pengsan tak power rangers?? :)


 Setahun sekali, tahun depan mama bawa Amanda lagi....dengan adik baru yek ;p

SENGIH. TAK PERLU KATA APA-APA


Sengih. Tak perlu kata apa-apa.

Molek la ayah dan anak nya, muka bengkak-bengkak baru bangun tido, hahahhaa :)

Monday, 21 February 2011

PING ENTRI DI FACEBOOK - SENARAI PAGE DAN GROUP


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Suka ping belog? Takde sapa yang tak suka, orang yang takde belog je cakap tak suka, hahahha! Ok2, ramai yang mengatakan (ecece ayat skema) ping entri di Facebook paling memberi impak dan menarik ramai pembaca. betoi. betoi sekali mari berkoyon-koyon. So, sini aku senarai kan page yang boleh korang ping entri terbaru korang di facebook, aku rasa ada lagi senarai yang tak masuk lagi, so silalah tambah kalau korang tau.



BOIFREN AKU MACAM JEPUN, KAU ADO KE?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Hahahahahhaha! Belagak giler ayat ko, boifren aku macam Jawa Rangers, tak heran pon!

Terima kasih buat Danish kerana tolong jaga Amanda sementara Aunty Ieda tengah pelahap sambil bergosip ngan mak ko di majlis kenduri kelmarin. Peaceee! :) Ada sesape bantah hubungan suci murni ini?? Teett tweet! Hehehehe ;p

DAH JOIN FACEBLOG?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!



SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.







Ayat di atas adalah ayat kopi pes kopi janda campur kapal api. Jegil mata ko lepas join, mauuuu coba? Sila..sila..buat yang ada belog saja, kalau takde pergi buat cepat, ;p

Friday, 18 February 2011

RINDU PADA GUCCI!






Si Comel dalam kenangan terindah :)


Peeeps! Rindu kat kucing kesayangan aku, Gucci! Sangat comel kan! Lahir bersama 5 adik beradik yang lain tapi semua mati, Gucci je hidup, beranak dalam bilik aku pada Februari 2007. Tapi sekarang Gucci dah hilang ke mana entah, ikut boipren dia kot, takpe lah..janji berbahagia. Rindu Gucci yang manja! Sob..sob... T_T




*takmo bela kucing dah, bila dia dah tak da, perasaan itu sangat menyakitkan! (sentimental romantika abis pepagi Jumaat ni kan, hahahhaha!)

Thursday, 17 February 2011

ANGIN SAWAN DIA DAH MARI...

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!







Dari pagi tadi sampai sekarang kosong! Tak boleh nak berblogwalking, sebab makcik blogger buat perangai, datang bulan kerr???? Mencik la weh! :(

KITA NI IKAN KE DONUT? HAHAHAH!



ikanut 1: Kita ni ikan ke donut?

ikanut 2: Mak ikan ayah donut kot..

ikanut1: Oo..tapi kita boleh hidup atas darat ek?

Pandai-pandai la buat dialog baru lepas ni, hahahhaha! Aku ni manusia lah dol! Hahahahha! Hari tu member-member opis mengidam nak makan KFC, kalah budak kecik, nampak KFC dari jauh dah bergegar kereta , loncat-loncat seronok kan nampak perkataan KFC warna merah gitew dari jauh, hahahah!



Macam biasa bila mula keluar resipi baru, semua nak cuba kecuali aku, aku kan setia pada yang Snack Plate aje, hahahah! ;p Menu baru donut ikan yang selalu masuk dalam radio tu kan, gamaknya selalu keluar radio, sampai mengigau member-member aku nak mencuba donut ikan yang dihidang bersama tartar sos. Sedap? Mereka kata boleh tahan, korang cubalah rasa sendiri, hahahahha ;p






Kak Hati-Hati sangat gembira dengan donut ikan nyer, Jaga-jaga :) Opss.. penulis belog ini terpaksa dikaburkan, ceh..bajet! hahhahaha! ;p


MARI BELAJAR BUAT DORAYAKI, SENANG SAJA!

Sapa suka makan dorayaki?? Yeahhh, kita geng! :) Dulu masa zaman dating, suka makan dorayaki, sedap betoi sampai tercekik-cekik. Dah la paksa laki beli dorayaki 8 keping, pastu paksa pulak beli air, pokai laki taim dating, bila dah kawin laki kata buat sendiri aje lagi jimat dengan minum air paip, kedek! Hahahahah! acah je ;p



Last aku makan harga dia RM1.20 sekeping ikut lah perisa hape yang menjadi pujaan kalbu. Aku rasa berbaloi kot buat sendiri, walaupon rupanya hodoh, senget le, saiz terbesar cekik makan. Takpe, janji masuk perut hancur, kenyang, hahahahha!


Bahan-bahannye :

3biji telur
1 1/2 cup tepung naik sendiri bagai dipampam
1 cup gula


Cara-caranya (tetiba je rasa chef abiss kan, hahaha) :



Pukul telur dan gula sampai gebu cam pipi korang. Tu gula aku tu aku pakai gula merah. Sebab baik untuk kesihatan dan kurang manisnya.






Bila dah konon gebu cam pipi korang, masukkan tepung, haa..kacau-kacau sambil jampi sebati ok! Dah siap adunan! Sonang ajo!



Lepas tu ikut sukatan tekak korang nak besar mana, ikut macam gambar di atas. Sonang ajo. Nak lagi senang, ko beli la mesin cam kat kedai tu, dalam harga 3k, kot-kot la rasa nanti masa depan nak buat bisnes dorayaki kan.





Dah siap! Hodoh tapi sedap! Hahahahah! Inti? Aku tak bubuh sebab makan macam ni pon aje dah sedap! Ngegeeeee :) Kalau nak letak pon boleh masa atas pan tadi. Apa lagi, serangggg sampai cekik! :)

Wednesday, 16 February 2011

LIRIK LAGU ILUSI - ADIRA



Ceh..ko bajet aku minat sangat minah ni, piirahhh! Hahahhaha! Sebenarnya (cite sentap nih) aku mimpi dia dating ngan laki aku! ceh, bengang giler aku bangun tido, hahahhaha! Dah..aku takminat orangnye (manusia terus terang betoi), tapi aku minat dengan lagu dia ni - Ilusi. Ewahh...menyanyi sakan sambil cuci pinggan, basuh kain, buat susu anak, lipat baju, bla..bla..bla... :)


rasa suasana riang berdua
saat ku kau lupakan saja
menari di minda hingga terleka
beralih ke alam yang nyata

tersentuh bagai dicabut beribu batu
bebas sayap ku
pabila bercinta dan dicinta
cari cinta, cinta mega
biar cinta jadi fenomena
sukar aku, panahan mu..panahanku
hak milik mu, biar panah ku terus di situ

inilah petanda telah bermula
ilusi baru dalam skesta
memenuhi masa dengan ceria
bagai ledakan supernova

tersentuh bagai dicabut
bebas sayap ku
pabila bercinta dan dicinta
cari cinta, cinta mega
biar cinta jadi fenomena
sukar aku, panahan mu..panahanku
hak milik mu, biar panah ku terus di situ

ilusi..biar ia jadikannya realiti
aku menyanyi...
biar diriku mencapai rentak infiniti yang tinggi

tersentuh
bebas sayap ku
pabila bercinta dan dicinta
cari cinta, cinta mega
biar cinta jadi fenomena
sukar aku, panahan mu..panahanku
hak milik mu, biar panah ku terus di situ

BAKAT TERPENDAM LISA SURIHANI, ADA KAU TAU?


Beliau mempunyai vokal yang baik! Yes! Jangan tak tau, Lisa pernah menjadi penyanyi latar Anuar Zain dan Hazami! Wooww!! Dah la comel, pandai pulak tu kan :) Berita lanjut di SINI.



Biodata Lisa Surihani.


NAMA PENUH: Lisa Surihani Mohamed

TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986

ASAL: Kuala Lumpur

KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom (UK)

FILEM: Goodbye Boys, I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stiletto, Zoo, Lagenda Budak Setan, Kapoww!!, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Ombak Rindu dan Sekali Lagi

DRAMA: Obsesi, 3 Janda, Mataku Nampak Hantu, Ponti Anak Remaja, Mentua vs Menantu 2, Azan dan Tudung Ekspres.

HOS: X-Fresh (Astro), Down Memory Lane (RTM), Nestle Space Challenge (ntv7), Hello 2006 (RTM), Whoa (ntv7), Anugerah Angkasapuri 2005 (RTM), Expresi, Mari Menari.

AMARAN BUAT ADIK IPAR

Ini amaran pertama dan terakhir. Lihat lah! Aku dah buat entri ini! Hahhahahaha! Bajet ayat macam nak mengamukss, haippp! Aku baik weh, mana ada nak memarah cuma kadang-kadang je tiba musim mengawan tu mula lah perangai menjadi tak tentu pasal, miahahaha! CNY hari tu balik kampung Besut, sebab adik ipar (Baiti) nikah. ok seminggu duduk kampung tidak bosan sebab semua balik kampung, semua ada.



Selamat penganting (tetiba je terengganu abis.. hahah) baru buat Baiti dan Hasnol. Seminggu dok kat kampung ngan ko, dah balik ipoh rindu lah pulak, hahaha, geli tak? geli tak? hahahah! Ye lah, gaduh sentap sikit-sikit kita adik beradik biasa lah tu, nama pon adik beradik air coke masuk perut keluar balik jua, bagus tak perumpamaan baru aku? hehehe! Meh layan gambo bersama Ieda Al-Habsyi meh..meh.. :)






Gambar ini di ambil pose begini kerana meniru Idola belog beliau - Hanis Zalikha, hahaha pandai je aku ;p (ayat aku cam keling arini) Aku suka tang mata itam tu, tapi setengah orang tak suka, lantak pi lah, janji aku rasa ko cantik baiti..cewah..tetiba je panggil ko baiti kan, selama ni panggil Ina, hahahaha! :)







Ni lepas nikah, sebab tu leh main cium-cium. Tetiba je kan aku tersedar aku tengah cium dinding sensorang sebab laki aku pergi makan nasi dekat luar time ni, cehh! ;p







Edisi terkam menerkam adalah wajib, kalau tak buat tak leh masuk bilik sesama, hahhaha! Beb, lipstik ko nampak cun kat sini :)










Satu hati.....berdoa semoga aku dapat baby baru lagi, aminn..thanxx, hahahahah! :)








Penutup malam nikah. Ce cari aku yang mana..ce cari ce cari, hahahaha! :)






Esoknya, kenduri kendara periuk belanga semua. Kami semua memakai baju kaler bronze ala ala koko. Sedang menikmati senikmat nikmatnya aiskrim, yummieee! :)







Lawa :)








Gambar adik beradik pengantin perempuan. Semua joyah sporting abisss, i likeee! :)








Lihatlah pinggul ku. "Ko tak leh lawan slim aku Ieda,"kata dia. Aku hampa membawa hati lara ;p






Romantik! :)








Comel aboh, budak-budak pon kalah, hehehe :)






















Penutup. Inilah gambar kami sekeluarga. Hari Sabtu ni, majlis di rumah pengantin lelaki pulak, berlangsung di Dewan MAEPS Serdang. Ada blogger yang dapat jemputan? Kita jumpa di sana! :)


owh, semua gambar di ambil oleh PhotoAura, hebat sekali! ptpgraper yang hebat! hehehhee! :)

KUASA SEO MENGGANAS?


Heyppp! Muka ketat je hari ni nak pergi kerja, bak kata orang-orang moden, katil kata pergi opis kata mari, ceh! Bajet pepagi nak bersoseh pasal SEO bagai kan, over je aku, alallaa... :)




Sebagai blogger rasanya semua tau pasal SEO. Ada yang selalu terkejar-kejar dan mencari ilmu baru, tips dan maklumat mengenai SEO. Dulu sebelum tukar domain, uisshhh..kemain bagai belog ni korek dalam-dalam ilmu SEO. Seronok! Hasilnya akan nampak, PR pon meningkat. Lepas tu bila tukar pada .com, mula tak ambil kisah. Rugi? Yes beb!!!




Jangan kata even belog ko biasa-biasa personal macam haku, kalau kena keyword bagai dengan tepat dan betul, boleh canak visitor dan pageview. Seminggu lepas belog ni dan mula kaji balik SEO dan belajar lagi. Rasanya buat permulaan, sesiapa yang tak tau, boleh rujuk pada belog Anastasyea. Hebat ko, penulisan dan penerangan yang boleh paham, simple buat permulaan.

Tuesday, 15 February 2011

CUCI KERETA, POTONG RAMBUT, PERGI TAMAN.

Erkkk... ok, itu saja aktiviti hari ini. Ada nak tambah ape-ape? dah..takpayah nak memandai, miahahaha! Bawak anak pergi taman macam satu aktiviti terindah pada abad ni, cewah, hahaha! Getikkss ek, ekekeke!



Eh, dah 2 3 entri bertutut , pelat tetiba je memalam ni kan, cehh...dah 2 3 entri pulak banyak gambar amanda. Caras ni! Hahahaha! Ok2, lepas ni takde dah, kalo ada pon seploh keping je kot, hahahahah! tipu tipu. memang tipu. :)






Sekian untuk hari ini. Sambung esok dengan entri khas "Majlis Perkahwinan Adik Ipar Aku". Ceh bajet giler tajukkan, hahahahhaha! :)

Hei,nak buat apa hari ni?


Kalau cuti 1 hari macam ni mesti blur tak tau nak buat ape. Hei ekceli aku dah mula rasa sunyi. Why?? Ceh..persoalan dalam mat saleh tetiba kan.

Sunyi! Iera dah pindah ke kl. Ada job baru kat sana,ye la..kalau kat ipoh ni firm arkitek tak berapa nah ehem..ehem.. So tinggal azim saja kat umah umi.

Ok,nampaknya kawan baik amanda yang baru adalah azim. Babai iera. Heheh:-)

Monday, 14 February 2011

GAMBAR PANAS ATAS MOTOR


Seorang lelaki.

Seorang Perempuan.

Ada lagi seorang tapi nampak separuh aje.

Panas. Memang panas...sebab tengah hari.

3 beranak atas motor tengah hari rembang nak ke kedai.

Siap peace lagi maknyer, spekmata he nampak, anak nampak dahi jendol aje, ayahnya opkos muka nak penuh gambo. Sape yang pegang kamera? Jeng! Jeng! Jenga!


Hahahahahhaha! :)

MINI NUFFNANG GATHERING IPOH MALI BEST!

Giler mak dara ngan anak dara eksaited tak hengat nak join segala bagai dengan nuffnang. Aku nak mengagau ke KL tu macam-macam hal lah, sebbek nuffnang datang Ipoh, hahahaa (gelak bangga sebab festaim dapat join ngan Nuffnang). Tempat jatuh lagi dikenang, mane tak kenang, lantai McD Jusco licin, tergelincir ko! Dating pertama dengan nuffnang dan bloggers lain dekat sinun. Hei, walaupon tak berapa ramai, tapi best ok! Banyak tips dan ilmu baru yang dikorek-korek menggunakan kapal koreknimbus2000 limited editian.




Okey, memula sekali Bro Shah memberi penerangan mengenai GPlusMy Club(G+), rasanya semua dah tau tapi aku gatai tangan nak menaip jugak. Ia adalah untuk ahli Glitterati yang sangat aktif, join segala bagai contest, event dan gathering yang dianjurkan oleh Nuffnang. GPlusMy juga sebagai nadi penghubung bagi blogger luar KL.

Muncung-muncung mulut dengar kata-kata yang arif, hehehhe! :)





Meja mula penuh. Mulakan sessi melantun pendapat. Hehehhee!



Budak lelaki 3 orang tu, boys from UTP, aku rasa ramai gegurl yang kenal. Sapa lagi kalo bukan Admiral Hafiz, Hafism dan Faiz.



Last sekali, main aci kejar. Acah aje, main kuiz ala-ala pop kuiz, sebbek aznil takde, kalo tak mesti ecah bertambah girang, miahahaha!


jawapan tulih dalam henpon, ecah sengih-sengih nak mintak jawapan dari Atreyu, cehh...jangan perasan ecah! Hahahha! Bro Shah sedap menginjap jawapan dari peserta lelaki. Malang tidak berbau, kalah betoi aku dan ecah dalam kuiz tu, tu lah ko ecah, aku soh belajar betoi-betoi taknak, kan skang dah kurang lulus, melepas kami t-shirt eksklusip lagi limited dari Nuffnang. So pemenang bagi wakil gegurl :



Soulesscloudy (kerat 2 bleh tak beb? aku nak T_T)




Dan pemenang bagi wakil boboi :

Hafism. Dengan izin, ahkak dan ecah mohon tumpang keglemaran atas kemenang ko jap eh ;p








Gasip hangat - aku nampak orang pakai kasut macam ko lah tadi, hahahaha!





Penutup sessi lepak, minum, gelak, chitchat.



Pukul 3.45 kami semua berkumpul kembali untuk lepak tangok wayang, ok sebab free rembattt aje, miahahahha! Yogi Bear. Cerita menariks, kelakar, memula aku rasa mengatuk sebab dah telan pop corn banyak sangat (iklan wayang sahaja sudah menyebabkan popcorn aku tinggal suku hahaha!) Tapi lama-lama bersemangat nak tengok lebih lanjut sebab Khaizarien dan Ecah gelak suka. Khaizarien so cute lah, peramah gitew, i likeeee! Bro Framestone, cecepat sikit, hehehhe! :)




Atreyu dan tiket wayang eksklusip dari nuffnang :)







Dan sebelum masing-masing membawa haluan. Eh..eh..Bro Framestone pon ado! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014