Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Thursday, 29 March 2012

24HOURS NOTICE!

Hey! 29 March 2012, post yang ke 100 setelah 2 bulan melarikan diri dari ahlong sungai kolong, hahahhaha! 2 bulan banyak kisah wehhh, banyak yang terjadi, banyak benda baru, banyak tersurat dan tersirat. Biasalah rumrah *lidah tergeliat* rumlah eh salah lagi, kak melah eh buat-buat salah lagi, hahahah! Gedik lah koram ni, tetibe je kan, hahahah! ok, LUMRAH KEHIDUPAN. Life must go on beb, hidup kene ada perubahan, berubah sampai aku amik keputusan notis 24hours berenti kerja.




Wah!!! Betol ke kau jemahhh??!!! Wahhh!! *tetiba je buat-buat lakonan terkujat kujat, hahahaha! Betol la Leha...so skang i jadi sowryrowmahtakdetangga24jam. Giler lah perkataan baru ni, harap tak masuk kamus dewan tapi masuk kamus Oxford, miahahaha! 



Hey, sambungan dari entri yang lepas, yang konon aku berbisnes dalam internet tu, haa..alhamdulillah dan sangat berbaloi. Terima kasih di atas sokongan semua. For all my readers *perhhh sejak berbisnes nak cakap omputih kan, menyampah mak jemah* skang aku buat something lah. *sambil jari ketuk-ketuk manja kepala macam kartun* Hhahahah! Beria je aku kan, takpe2. 



Sambung lagi esok, kalau larat hari aku taip overdos lagi, hihihihi! :)



Okey, untuk readers.. ieda ada buat offer setiap hari, berlainan handbag, berlainan barang. Harga lebih murah dari harga yang aku jual kat facebook. Boleh terus pm or inbox aku kat facebook


**FIRST PAY FIRST SERVE BASIS (Hanya seketul sahaja dulu, hihihi!)
**Sila nyatakan offer code untuk hari ini ialah 29MARCHC0031


REPLIKA COACH
CODE-C0031

 SAIZ-(W)33cm x (H )23cm 
NORMAL  RM 95  
NOW..!!!RM 80 
FREE SHIPPING..!!!


Klik link bawah ni utk direct ke Ieda, tq! :)


Ieda Al-Habsyi (AmandaShoppink)



Friday, 6 January 2012

Pepagi Buta Kerat Kuku




Pepagi buta kerat kuku anak. Sejak dah tak pakai mitten, kene jaga kuku dia, panjang sikit habis calar balar mukaaaa. Macam kene cakar dengan kucing, hehehe! Lagi pon sunat kan potong kuku di hari Jumaat, jenuh nak tunggu sampai hari Jumaat, nak dapat pahala, hehehehe! 





 tengok la, walaupon tak berapa panjang tapi masih boleh bercakaran ok! Ni gambar kali shoot yang ke lima ploh empat, kalo boleh tangan maknya gedik nak macam model walaupon masih tak sedar diri jari tembam bagai, hahahaha! 






Sedap anak tido, tengok tu pipi dah habis calar, tu...tu...taknampak ke? habis la korang kalo taknampak...Hahahahaha!

Thursday, 5 January 2012

AVATAR 2012



Nantikan kemunculannya di pawagam tepi rumah opah korang


Hihiihihihihi! *gelaknampakgigiarnab*

Tuesday, 27 December 2011

Kaftan Tom Tom Bak Abang Saufi

Ramai sambung cuti hari ni. Opis aku semua kerja. Kalau opis aku amik cuti gak, kami sound, kau sambut krismesss ke dol? Geleng hanggung geleng hangguk macam melayu bodoh yang lain. Tak abis-abis "Merry Christmas! Hohohoho! Hohohotakkk kau! Kau tu Islam buat cara Islam. Apekejadahnya! 



Oh tak payah la sibuk dengan pokok krismes tu. Tau tak, pokok tu nanti akan melindungi orang-orang kafir. Bajet snow bagai, padahal ko amik kapas aje, ekekekek! eh, bebel pepagi buta tak masuk rezeki der... :)


Semalam lipat baju menimbun. Balik dari kampung senang lenang kan, ujung minggu baju menimbun, maka bermulalah acara siapa melipat baju paling pantas berdesuupp! Hahahaha! Ape lagi menyingsing lengan baju sampai ke ketiak, eh nak singsing apenyer, baru sedar pakai singlet T__T


Lepas lipat baju baru sedar kaftan-kaftan atau dengan nama separa glamernyer baju kelawar tom tom bak abg saufi, kebanyakanyer kaler pink and purple. Yang ni baru cebisan-cebisan, eceh! Belum dalam lemari, eh berlagak nak mampos, kaftan seploh ringgit pon nak menunjuk kan hahahahaha! 


Ha tu kaler pink and purple, bukan biru tu purple ok, mata tu jangan nak kiokkkk sangat hahahah!



Oh baju kelawar keliwon kuuuu! :)

Wednesday, 12 October 2011

Cencorot Berdangdut Di Dapur

Selalu lepas balik kerja, amik si Amanda, berdesuppp aku pergi lepak umah mak aku sampai kul 10 malam. Laki aku balik kerja lepak minum ngan member dia, so takde pasal aku nak tercongok sensorang kat rumah kan kan. Bila dah nak balik baru dia call aku, then sesama jumpa kat rumah. 



Sangat lah tidak menyenangkan hati bila sang cencorot chrootttt chroottttt mula berdangdut kat dapur umah mak aku. Geli wehhhh bukan takut tapi geli hahahahahha! Kisahnya.....


Mak aku bebel. Seminggu tak masak sejak terserempak cencorot kat dapurr, siap jerit "Makkkkkkk!!!" hahahahaha! kata mak aku, terkejut opah kau dalam kubur. *toinggg!!* Aku tak tersempak polis entry wan tu jaga lagi ngan cencorot, makanya cakap besar lah kan. "Apa laa....tu pon nak takut! Buat tak tau sudeyyy".


 Nak jadi cerita, time setan mengambang, maghrib, time tu jugak aku dok teringat mempelam kat dapur kan, cicah pulak dengan kuah rojak Mak Bee, perghhh...serius meleleh. Ah! Persetankan cencorot chrottt chroottt! Turun ke dapur. Bukak lampu dapur. Amik kauuuuu, sekali dia main cat cilok at at ngan aku, jerittt la mak buyonggg macam orang nak beranakkkkk," aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!! (sambil melompat setempat)"




Ni lah cencorot, muncung panjang skit. Geli weh bukan takut ;p







Ni hamster. Jangan yang nak kata comel, aku lempang kang. Apa kau ingat comel macam mickey mouse??? Hahahah!








Mak aku dari atas jerit, "nak beranak ke mak buyongggggggggg???". "Cencorottttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!" 


Mak aku gelak besar kat atas," Amik kauuuu! Padan muka kau jahhhh! kata berani sangat!" hahahahahah! Masa aku jerittt sambil lompat setempat, aku tengok cencorot tu pon lari tak jejak tanah, ahhahahahahahaha! Lawak siot, macam dalam cerita kartun, kuangkuangkuang! :)


Masuk minggu ni dah 2 minggu mak aku tak masuk dapor memasak. Ni nak tunggu Rentokil datang hari Jumaat. Aku datang sana pon terus naik atas, takmo turun ke dapor. Bawak segala air panas ngan susu si amanda ke atas, ahhahahaha! Gelas minum semua letak dalam peti ais, so penuh gelas dalam peti ais, hahahahah! sebbek peti ais ke depan skit, kalau tak, gamak nyer nak minum pon kene lepak mamak! Hahahaha! 


Friday, 7 October 2011

Peahhhh... Aku sekarang Menunggu Masa!

kita bagi XL punya gambarrrrrr, hehehehhe! :)



Sudah 38 minggu 6 hari. Insyallah minggu depan bersalin. Peahhhh, nilah gambar terbaru aku. Tengok lah ni sabtu lepas, sempena bufday parti Danish. Boolat, takut tengok kata adik aku kiri kanan tu sebab sebelum ni diorang asik tengok aku selim melim comel *perasan nak mampos* hahahahah! Alhamdulillah, baby boy, semalam scan kompom kali 3 baby boy, nampak "ball" dia yang sangat comel, kuangkuangkuang! :)



Kawan-kawan, sila doakan kami selamat semuanya. Allah yang tentukan, kita semua berdoa dan berusaha. Mungkin petang ni, mungkin malam ni, mungkin sabtu or ahad or tepat pada masanya. Itu janji Allah. 

Friday, 23 September 2011

Simple Jer.


Hai bubu. ewah..bubu pepagi buta ni kan, rasa macam manja gitew, miahahaha! Minggu lepas sambut beteday mak buyong secara mengejut tak mengejut sangat lah kan, sentapppp je ngan laki sebab dia balik lambah. Wah mengada je bunyi kan, nak sentap-sentap ngan laki, biasalah hormon tengah membuyong. Selama tak membuyong aku buat derkkk je, tak yang nak sentappp sangat, miahahah!




from ayah and amanda, bak kata yani, amanda guna duit raya beli kek, ekekeke! :)
















Kata Bro Framestone, aku nampak berisi sikit, huuuuu....bro, Ieda mengandunglah! hehehehe! :)






Monday, 19 September 2011

Kontroversi : Geng Seluar Dalam (GSD)




 Hari tu kan aku bertapa lamaaa kat kampung laki aku. Bila semua orang dah balik, tinggal lah kami yang beberapa kerat aje nih, makanya bosan yang amatlah lah bebudak ni bila geng semua dah blah. Bila dah takder kerja, macam ni lah jadi sepupu sepapat nih, hahahahah!


Hoiiii! AMARAN : Bukan seluar dalam ku apatah lagi seluar dalam mu, hahahahhaha! :)



Perghhh...kalah Charlies Angle bagai okeyhhh! :)





Ape kene lah anak aku ni, ni kes tak de kerja lah tewwww! :)







Haaa....anak aku kalo bukak terus ngerbangggg rambutnya, ehehhe! :)





Haiiyaakkkkk! Laki aku kat atas tu pon dah peninggg, lantak kome lah yek! Miahahahaha!




Bejet lettewwww! hehehhe! :)



p/s: ini hanya suka suki zaman bebudak ok! :)

Wednesday, 14 September 2011

Tambah Koleksi Burung Marah!


Coiii! Tajuk macam lah aku ni banyak sangat barang Burung Marah kan. Eh..aku rasa macam tak best je bila sebut "Burung Marah" sebab aku memikirkan benda lain, hahahahaha! Ok, ok, kita sebut Angry Bird lah kan, macam orang Kolumpo skit, ekekekee! 



Balik kampung hari tu beli set mug siap dengan penutup dan sudu ni. Murah ajer, tak yah tanya aku berapa harganya, sebab kalo korang nak, aku belikan siap markup kan rege sekali, miahahahaha! Jahat ko noks! ekekekee! Comel kan kan kan :)





Kad Hari Jadi Menjadi Jadi

 Selamat Hari Jadi Menjadi Jadi Ieda Al-Habsyi!!!!! Owhh..thanxxx!!! Wah ayat bajet macam artis ko! Miahahahaha! Ferasan. Takpe, setahun sekali perasan macam artis gitew kan, hakhakhak! Dah tua... dah 27 tahun dah..pergh...perghhhh...terasa gelombang 30 tu tapi gelombang sweet 17 lagi kuat, miahahaha! 










Eh, ada terima kad ucapan harijadi dari Libresss ko! Kewanitaan habis rasanya :) Sebelum ni asik dapat voucher bufday JUSCO, BONUSLINK, Baskin Robins, Parkson and lain-lain kan, macam la aku guna sangat... wekkk...takde makne nak perabis duit bagai yang sedia ada kopak ni, miahahahaah! :)











Anyway, thanxxx Libresss! Terasa diriku begitu ke mak-mak kan, miahahahha! :)


p/s: thanxx to my hubby coz menjadi orang pertama memberi ucapan, sanggup berhujan naik moto sebab nak sampai rumah sebelum pukul 12malam, haaa...padahnya kuar tengok bola kat stadium semalam kan, miahahahaha! :)



Gini lah kekdahnya kad yang udah di kerat-kerat 18, boleh jadi penanda buku :)

Tuesday, 13 September 2011

Sapu Barang Free

eh gelapppp! dalam gua hape, bagi  lampu kelap kelip raya skit, ekekeke!



Bila laki shopping barang, bini suka sibuk mintak free gift. Beli barang jantan, mintak yang fomfuan punyer, hakhakhak!  suka suka suka. Agak-agak muncung tak sales girl tu? Idokkk le, aku buat muka mulut manisss punyer, hahahaah! :)




ok, terang sudey, leh posing maut okeh!



Baju Kaftan Budak Kemain Sama Harga Kaftan Orang Dewasa

Sambil menayangkan yang hok biru tu jugak kan :)



 Jaiiihooooooooooooooo! Hahahahahah! Hoi! Mahal baju kaftan anak aku ni, Sebelas hengget, hahahahha! Dasar kedekut punya mak, ekekekek! Aku punya pon seploh hengget je tapi tu kalo sekali pakai, basuh terus singkat sampai ke lutut, hahahahha! Nampak bebeno tipunya :) Aku jumpe baju kaftan budak ni dekat Bukit Bunga, Kelantan. Bebetoi laki aku parking depan kedai tu, memula memang aku taknampak. Mana idaknya, dah mata aku merayappp tengok angry bird punya patung, pastu laki aku tunjuk guna muncung, denunnnn, tergantung kaftan budak atas langit, ekekekeke! :)





Aapa motip? Jangan kata mama ajar, hahahaha! :)





Ala-ala gadis kekampungan yang cute, ekekekeke! :)




Beli 2 helai, 1 pink, 1 biru. Nak beli untuk Zara untuk saiz setahun, tapi nan ado. Sudah abisss. Takpe Zara, nanti aunty carikan lagi k :)






Monday, 12 September 2011

Nafsu Tak Sampai Lagi, Tersekat-Sekat.

Nafsu tu ada lagi nak berbelog tapi masih berada atas awan, tak sampai mendarat ke mukabumi lagi. eh, jangan kau mengarut ingat nafsu abang panjang adik pendek ke haper bagai, hahahahaha! Hari ni hari pertama masuk kerja setelah 2 minggu bertapa. Ada kau herannn kan? hahahahha! 



Tungguuuuuuuuuu citer seterusnya ye noks! Jap lagi nak beraya umah korang. Gosipp raya ada lagi ker?? Nampak cam semua sinuk ngan citer sihir guna fesbuk! Pandai curi keywords ek korang, miahahahah! :)

Wednesday, 17 August 2011

#13 Wordless Wednesday - Perasan Model Cermin Mata Mickey Mouse!

hahahahahhaha! :)

Tuesday, 9 August 2011

Pepatung Baru




Dah lama nak beli patung angry bird. Bukan tak jumpe, padahal bersepah kot, tapi taknak beli pakai duit sniri, nak pakai duit laki jugak, ahhahahaha! Dengan ayat-ayat kias gitew "Iskk..nak cari patung angry bird ni, kat mana ek bang?" Hahahhahaha! Ok, sape yang belum kawin boleh tiru ayat tu, kompom pakwe korang berdesuppp cari, hahahhaha! Mungkin sebab aku dah kawin, coverage tu sampai lambat skit, *toinggg!toinggg!!* kahkahkah!



Ok, cukup patung angry bird, susun la dalam kete aku, ala..biasa la..kete gegurl la katakan hahahahah! Tapi takde la hello kitty bagai, hahahahah!  Ada gak patung dinasor amanda yang aku berkenan betoi sampai terjerumus ke lembah kereta aku, *amanda bengang ok* hahahahha! 



Thursday, 7 July 2011

Tersalah Raba


Pagi tadi opis tak ramai orang, semua keluar ada hal memasing. Tinggal sekerat dua je dalam opis, makanya layannn je radio dengan lelagu jiwang basah-basah. Siap bancuh air kan, eh..eh..stok kat dapo opis dah abis, bancuh air kosong aje, hahahaha! 



Tengah sesedap buat keje, setan tu ada je hasut suh bukak belog, berpelesaran di alam maya bak kata kak Noj, hahahhaha! Sedap je mata layan belog orang lain, terasa dahaga kan, tangan pon meraba-raba kat tepi denun nak amik mug yang berisi air kosong. Mata masih di skrin. Raba punya raba .... dapat la capai mug tuh.  Sekali nak togak, tu diaa.....amik gunting cucuk hidung. Sebbek cucuk hidung, kalo mata, kan naya, buta, sapa pon tak nak, hahahahahaha! Ni kes mug berisi air dok parking baik sebelah mug letak pen pensil, lalalal!


Sila berhati-hati lain kali ok! Jangan dok layan sangat benda-benda lain time keje ni, contohnya belog, eh..eh...terasa teransang aku, kahkahkahkah! :)





Kemain baik parking, side parking ke parking baring ke parking kuak lentang nih.





Kira konon lakonan buat-buat jadi semula lah yek! Hahahahaha!


Haa...gini , salah raba kan! Dapat benda lain ;p





Ini pulak lakononye bebuat terkejut, Opss! Opocot! Salah raba! Gitwe kekdahnya...






Haa...baru betoi...Pegang dengan kemas dan layan air kosong sambil dengar lagu jiwang-jiwang basah. Hahahahha!

Wednesday, 6 July 2011

Sekali Naik 50 sen



Skang anak aku suka main benda ni, aku mula pening, sekali naik 50 sen, kena naik sampai dua hengget baru ok skit kot. Paling-paling abis, kene dokong sambil nangis jerit-jerit bawak masuk kete. Jadi perempuan hulk hogan melayu terakhir lah aku time tu, hahahahaha!


Bagi senyap dengan umpan eskrem asam masin, tapi anak aku tak suka sangat, aku yang suka lelebih, kena makan 3 batang baru yummiiieee! :) kahkahkah!


Owh, yang tak best nyer permainan ini adalah sebab lagu dia. Ada pulak main lagu "Ulek Mayang Di Ulek"!! Putri dua berbaju serong, putri ua makan eskrem asam masin...bla..bla... cis! Potong mood! Hahahhaha!

Tuesday, 5 July 2011

Layan Terangkat Baik Punyerrr!

ntah tak tau nape ni kalo amik seploh kali pon tak dapat ke'center'an nyer, tangan gegor macam parkinson.



Korang tau tak ape kat atas tu? tau tak? Hahahahahha! Itu lah aiskrim coklat ditaburi dengan cornflakes. Nak nama sedap lagi Aiskrim Coklat Lemak Berkrim Disukai Ramai dilimpahi Empingan Jangung Jongkong Emas Vavavava! 



Cer korang terai buat jugak, sedappp wooo...krup krup dalam mulut gitew! Hahhaahhahaa! :)

Bulat dan Tajam


Ada plak si pet mencelah nak durian, jangan harap lah aku nak bagi. Lagi satu. Tipu aje. Bukan baby yang nak, mak baby yang nak makan durian. Hahahahahha!

Sila buang bayangan karut marut dalam pale hotak korang mengenai bulat dan tajam, ianya hanya incik Durian! Hahahahahaha! Ok, sila baca perantaraan jin (izat) dan puteri comel (ieda) di atas. Dapat? Dapat? Ye! Aku dapat lepas ngidam nak makan dorian. Padahal melambak kot orang tepi jalan jual, aku je malas nak berenti, parking, turun, kenyit-kenyit mata skit nak mintak rege murah, sekali bini abam jual durian kat sebelah menjegill dari ujung mata kan..kan..kan.. tak kuasa aku semua tu! Hahahahaha! Sebab ari tu bebudak opis aku dengan rajin nyer nak menketedarah durian kat Kuala Kangsar.




Aku tak pergi sebab dan kompom nya aku takmo berebut makan durian bersama Amanda, hahahahah! Wajib kan kemana-mana bersama si Amanda, tapi dia kuat makan durian! Aku takmo bagi sangat sebab pernah jadi kes (ala-ala berat punya kes je konon) pukul 3 pagi dia bangun berpeluh-peluh, panas terlebih makan durian, 5 bijik kot dia makan eh..eh..giler ape 5 bijik, 5 ulas dia makan ngan aku dekat dapor. Baikkkk punyer parking 2 beranak dekat dapor kan kopak durian sambil gelak-gelak dan tangan siap tunjuk thumbs uppp best yang amat, hahahahah!




Ok, dapat 3 bijik durian dari Izat, thanxx bro! Punya lama nak tunggu Amanda tdo, sebab aku nak layan durian sensorangggg, hahahahaha! :)






Wednesday, 29 June 2011

#8 Wordless Wednesday - It's Hard To Trust Someone

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014