Showing posts with label Adam Rayyan. Show all posts
Showing posts with label Adam Rayyan. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

A child is Allah's gift to help us enter Jannah.

Korang kecik-kecik dulu gaduh ngan adik beradik camne??? aku adik beradik 4 perempuan, kalo pompuan biasa lah, tarik rambut haaa, guling-guling atas lantai. Jerit-jerit macam tarzan. Buruk bebeno bila teringat, nak tergelak pon hado. hahahha! Menang tu dikira kalu lawan tu nangis. Amboi kemain puas kau macam memang bertinju. Padahal berebut pensil je kau. T___T 



Bila dah besar sikit takde dah tarik rambut. Mulut tu je menjawab takmo kalah. Laju je membalas macam bola ping pong memasing menjawab. Ko senyap, ko kalah. Akulah juaraaa... tu kasik adik aku menang, sebab kalu bab lawan mulut memang aku kalah. Gggrrrrrrr!


Sejak dah ada anak 2 orang ni, nak meleraikan anak gaduh, barulah rasa camne mak aku rasa. Tu baru kecik dok berebut remote tv lah, henpon lah, kadang bekas eskrem tipuware yang udah lama terperap kat satu sudut pon leh dok gaduh berebut, hoiii!! Tu belum kira memula baik main sesama, pastu main sembur-sembur ailio, phuii sana sini. Bila mak kau ni jerit, cukupppppppppppppppp!!! semua baru berenti. Sekali pusing habis basah kuyup 2 orang tu main ailio. Seret plak masuk bilik air bawak pegi mandi kali ke 5!

Bila dah semua tidor, comel je tengok diorang. Comel je kan, kalah kak ton. T___T

p/s: a child is Allah's gift to help us enter Jannah. 

sweet moment! saat tgh berbaik lah ni, tengok senyuman nakal rayyan, rasa nak picit-picit!  kakak kau layan perasaan nunnn

Friday, 6 January 2012

Pepagi Buta Kerat Kuku




Pepagi buta kerat kuku anak. Sejak dah tak pakai mitten, kene jaga kuku dia, panjang sikit habis calar balar mukaaaa. Macam kene cakar dengan kucing, hehehe! Lagi pon sunat kan potong kuku di hari Jumaat, jenuh nak tunggu sampai hari Jumaat, nak dapat pahala, hehehehe! 





 tengok la, walaupon tak berapa panjang tapi masih boleh bercakaran ok! Ni gambar kali shoot yang ke lima ploh empat, kalo boleh tangan maknya gedik nak macam model walaupon masih tak sedar diri jari tembam bagai, hahahaha! 






Sedap anak tido, tengok tu pipi dah habis calar, tu...tu...taknampak ke? habis la korang kalo taknampak...Hahahahaha!

Thursday, 22 December 2011

Kalau Sudi Katakan Sudi, Tidak Aku Terhegeh-Hegeh


Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Sudah 2 bulan tak melalak kat sini kan, saya sihat alhamdulillah bersama anak-anak tersayang. Eceh! Bahasa macam surat karangan tahun 6, hahahhaa! Rindu saya? Opkokokokosss kan, hahahah! Perasan gitewww! Maaf lama tak hapdet, macam tak bernapsu je aku tengok komputer umah aku tu. Henpon pon takde la nak goda suh update, so buat dono jer. 

Nak citer pasal beranak, susu bagai semua? Tak yah la kan, sama je semua tu. Sakit nak beranak, push! push! menetek, bertungku, berpantang. Semua tu dah lepas, korang baca la kat belog lain kalo nak tau pengalaman macam tu, hahaha! Jahat aku, tak pe, sesekali pembuka entri setelah 2 bulan membisu. 


Oh! Baby boy saya bernama Muhammad Adam Rayyan. Kelasss kau! Hensem macam maknyer, cute pon macam maknyer, hahahah! Marah apaknyer kalo baca, ekekeke! Ok, Setakat ini dulu, nanti sambung lagi petang ni or esok or lusa or tulat. Takpon setengah jam lagi, hahahahah!

Thanxxxx semua, luv u all, xoxo.

Salam. :)






Mama, Rayyan and Amanda





Pertama kali Rayyan dalam belog mama. Muahhh! :)

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014