Showing posts with label danish n khalis. Show all posts
Showing posts with label danish n khalis. Show all posts

Friday, 7 October 2011

Peahhhh... Aku sekarang Menunggu Masa!

kita bagi XL punya gambarrrrrr, hehehehhe! :)



Sudah 38 minggu 6 hari. Insyallah minggu depan bersalin. Peahhhh, nilah gambar terbaru aku. Tengok lah ni sabtu lepas, sempena bufday parti Danish. Boolat, takut tengok kata adik aku kiri kanan tu sebab sebelum ni diorang asik tengok aku selim melim comel *perasan nak mampos* hahahahah! Alhamdulillah, baby boy, semalam scan kompom kali 3 baby boy, nampak "ball" dia yang sangat comel, kuangkuangkuang! :)



Kawan-kawan, sila doakan kami selamat semuanya. Allah yang tentukan, kita semua berdoa dan berusaha. Mungkin petang ni, mungkin malam ni, mungkin sabtu or ahad or tepat pada masanya. Itu janji Allah. 

Wednesday, 15 June 2011

#4 Wordless Wednesday - Cute!

Saturday, 4 June 2011

Hari Panas, Jom Mandi Sama-Sama!


 Kecik-kecik boleh la mandi ramai-ramai, dah besar nanti jangan gateiii! Hahahhaha! Bila cousin balik umah Wan, memang best, boleh main sama-sama, mandi sama-sama, tunggu Zara besar baru Amanda ada geng, hehehhee! :)





Si Bulat Zara belakang sekali, masih kene pegang tak leh main sendiri lagi, hehehh! :)









Wan sibuk melayan cucu, dah penat layan kerenah anak, layan cucu pulak, heheheh! Beli belon buih le pulak! Cucu suka! Eh, bukan cucu aje, menantu pon suka! :)







 Budak-budak sibuk mandi sambil tangkap nyamuk, eh silap, tangkap belon! :)


p/s: on da way ke Terengganu...

Monday, 21 February 2011

BOIFREN AKU MACAM JEPUN, KAU ADO KE?

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Hahahahahhaha! Belagak giler ayat ko, boifren aku macam Jawa Rangers, tak heran pon!

Terima kasih buat Danish kerana tolong jaga Amanda sementara Aunty Ieda tengah pelahap sambil bergosip ngan mak ko di majlis kenduri kelmarin. Peaceee! :) Ada sesape bantah hubungan suci murni ini?? Teett tweet! Hehehehe ;p

Monday, 29 November 2010

INI BUKAN MASKOT TELCO TERBARU

*Ketua tengah mengajar buat 'peace' sambil diperhatikan oleh geng-geng*




Hahahahahahhaa! Comel tak? Aku nak tergelak pon ade! Tengok budak 3 orang ni. Baju tidur ni mak aku beli dekat FOS, 3 helai - RM11. murah aje buat pakai tido kan! :) Tu yang badan paling besar tulah ketua, si Danish baru umur 3 tahun tapi pakai baju saiz 5 tahun, hehehehe!




Yang kecik 2 orang, Khalis dan Amanda ikut aje ketua nya. Tak abis bebudak ni dengan 'peace' :)
Suka betoi dapat pakai baju sesama. Mak aku ingat nak ambilkan Amanda kaler purple, tapi yang purple tu siap sekali ngan stokin, susah pulak nanti dia nak berjalan, licin.



*Peace lagi* Tak makan saman. hehehehe!







Ni dah tak de mainan lain lah namanya. Abis beg ariani pon berebut jadi topi. Macam-macam imiginasi kanak-kanak kan, heheheh! Aku sekali tengok macam maskot pon ade, eh..takde..takde ;p






Opss...cover telor ke Khalis? Hahahahahah! Dok terjojol sikit sebab baju tu ketat sikit denga dia. Haaa...yang Danish tu tak yah ceritalah, memang ketat betoi, dah macam baju renang, wakakkaka!!! Pandang depan nampak perut terjojol, pandang belakang pulak punggung melentik, hahahahaha! Kesian Danish :)





Danish, suruh wan belikan baju lainlah ketat sikit aunty tengok, hahahahahahah! :) Amanda punya cawat nampak lower, hohohoho! Ekceli terbunjut pada anu tu adalah tempat permulaan zip, so tu pasal nampak macam terbonjot sikit, wakakakaka! :)

Thursday, 7 October 2010

KALAU DEPAN AWEKS, JANGAN PANGGIL ATOK, PANGGIL BRADER OK!

Aku paling nak tergelak kalau papa selalu pesan pada cucu-cucunya,"Kalau depan orang ramai, jangan panggil atok "atok" tau, panggil 'brader'," Huh! Ini kes perasan muda lah tuuuuu! Hahahahahahah!



Amanda ngan Khalis bukannyer amik kisah sangat tapi Danish yang pot pet pot pet comel ni akan jawab ok! Lulus! Hahahhaa!! Ape lagi gelak miahahahaha la papa aku.



Tapi hari tu masa kuar nak pergi makan, papa pesan macam biasa, "Danish, nanti depan orang jangan panggil atok tau, panggil 'brader' tau" tapi Danish cam nganga aje tengok atok nya.



Tetiba Danish cakap, "Atok, mana gigi atok? Mummy nape gigi atok takde?" Danish tanya mummy dia, gelak besar semua.



Heheheheh! Aku cakap,"Brader ek, gigi pon dah takde, jawabnya tittle atok tu tetappp!" Hahhahaha! Gelak papa :)

Saturday, 2 October 2010

GAMATNYA IKEA!

Cop! Mungkin mata anda yang bermasalah, bukan gambar ini yang bergegar! Hahahhaha! Gurau aje, memang aku kalau amik gambar pasti blur aje cam kena parkinson. Hari tu aku pergi ikea. Hari tu tak ingat lah hari ape, eh...saje buat-buat tak ingat, hohoho!



Bila pergi Ikea, bawak budak kecik macam ni aku risau sikit tambah bila pergi bahagian kaca, hohohoh! Nak bebeno aku membelek barang tapi skang dah tukar jadi belek anak, risau kot, kalau tetiba je anak aku capai dari troli, kang...berderaappppp barang semua hancur. Bila dah pergi dengan 3 orang cousin, ape lagi, semua dah nak bergayut kat perut atuknya, hehehhehe!!



Kompom Amanda yang dapat sebab dia gegel...bunyi cam gigil pulak, hahahah! Ok, kalau dengan Danish, Amanda boleh tahan lagi sebab Danish ni suka beralah, ala-ala gentleman gitew, bukan lelaki lembut yang tutt tu tau! Hahahahah!!!





Yeahhh!! Itu dia hero kecik (belakang Amanda) sudah mari. Haa...jap lagi mulalah adegan ko jolok mata aku, main tarik rambut lah, silap hari bulan ngan pangggg pon dapat. Tengok la sape yang menang dapat hadiah aiskrim kat cafe Ikea nanti, hahahaha!!





Time makan aiskirim! Hohohoh! Danishhh so sweet suapkan adik dia aiskrim. Khalis siap cakap, "Huh! Dap! Dap!Dap! Dap! Dap! Dap!" brape puluh kali dapp dapp ko Khaliss....hahahahha!


Amanda? Dia pon dapat aiskrim, tapi very lah noti! Takmo kongsi! Aunty dia minta sikit pon dia tak bagi, siap marah-marah dalam bahasa jerman, bersungut bebeno! Hohohoho!



See...muka Khalis layannnzzz aiskrim takleh blah, lucu betoi! :)


*Luv Amanda, Danish & Khalis!

Wednesday, 29 September 2010

MAIN TIUP-TIUP!


Teha, Danish, Faizol dan Khalis Boy


Seorang kanak-kanak lelaki comel telah menyambut hari jadinya yang ke-3 pada hari Ahad lepas, Happy Bufday Mohd Danish Afnan!!! Muahhhh!!!! Dah alang-alang belalang aku kat KL nunnn, tepat pukul 12 tgh malam, kiteorang sambut beteday danish.








Sebenarnya sambut hari jadi masa kecik-kecik la best yang amat, korang ingat tak waktu dolu-dolu kalau sambut beteday korang? Heheheheh! Kalau aku dulu, ummi mesti buat kek coklat tapi takde lilin, sedih skit wooo kalau takde lilin, ummi siap kata, "Kamu bukannyer boleh makan lilin tu pon!!" amik ko seketul. Diam aje lah.



Bila buat beteday parti, mulalah aku ajak kawan-kawan aku kat area taman perumahan, hohhoho!!! Pakai baju cuncun, kawan-kawan yang datang pon takmau kalah baju, skrit nak kembang warna pink pulak tuuu!! Geram aku, aku pakai seluar jeans jerk, ahhahahaha!!! Pastu jajan dan segala bagai ummi ngan papa buat, belon-belon dan semua barang-barang parti. Kalau zaman aku dulu, kami memang buat kecil-kecilan je sebab kawasan umah aku yang tu bukan semua orang senang.



Sambung balik citer beteday, hahahahaha! Jangan bengang wehhh....So danish dapat hadiah kereta bek bek dari atok & wan, aunty dia hadiahkan cake. Laki aku bagi duit suruh aku cari hadiah tapi tak sempat nak pergi beli, hohohoh!!



Khalisss yang noti but soooo cute! Suka usik Amanda tapi bila Amanda mengamuk, Khalis jugak yang akan melalak lagi hebat, huahuahua!!!!




Danish minat kartun Thomas & Friends, so aunty dia belikan cake ni. Habis dah selepat kek, Bebudak ni bila nampak cake gambar kartun mestilah gerammm! Habis di tenyeh-tenyeh nyer cake tu, hohohoho!!! Naik sama ngan mak budak, ekekekeke!







Bapak budak sedang sibuk bukak hadiah anak nya, hahhaha! Khalis geram lah tu, sebab dia dapat kereta kecik skit dar abangnya, apa lagiiii bergonjeng lah lepas bukak hadiah, hehehhehe! Tapi danish good boy, lepas dia main kereta satu round, dia bagi kat adik dia main puas-puas, baru dia main balik :)






Sebabkan aku hanya pakai baju tidur, malas lah aku nak bergambar, hahahahahhaa!!! Dan bila semua dah abis, baru kami 5 beradik bergambar - Azim, "me", Iera, Teha & Umai :)







Inilah bila time amanda ngan khalis bila dua-dua tengah baik, hoohohoho! Kalau time gaduh, mau pecah tanah gusti wrestling tomoi semua keluar, hoohohoho! ;p

Thursday, 24 June 2010

INILAH ADIK-ADIK KU :)

Alhamdulillah, selamat aku puasa semalam walaupon aku meleleh je tengok pic makanan yang di tepek leh si Eida mak buyong comel. Hahahaha!! Aku tahan-tahan je nafsu nafsi nak membeli makanan untuk berbuka tadi, kompom tak abis kalau beli bebanyak. Siap adik aku cakap, "Yeahhh...esok kita raya!" banyak la ko raya, bulan 8 kang sebulan berpuasa, ngeh..ngeh..ngeh..




Minggu lepas aku menghabiskan masa dengan Teha, hahaha!! Sian laki aku kerja so tak dapat nak bersama meronggeng. So Faizul sorang menjadi hero hari tu, Faizol ni laki Teha, merangkap adik ipar aku walaupon dia tua dari aku, jatuh adik jugak, kira aku kakak...tua lagi, ciss....hahaha!




Kami tak kemana pon just shoping sikit-sikit dan makan-makan. Tambahan bawak bebudak kecil 3 orang tu, penatlah nak mengejar. Teha lagi kesian, tengah mengandung lagi, penat dia...





Ni adik aku no.4, Umairah. Suka sangat amik gambo. Bukan dia amik gambo orang, orang yang kene amik gambo dia, tension tol aku, hahahah!





Ni adik aku no.3, Iera Hitam Manis, sesuka je aku bagi gelaran, ahahaha!







Ni aku la...Ieda Al-Habsyi yang garang macam singa tapi depan laki aku paling baik tau, hahaha!! Tengok la muka Amanda, muka nak gangster cam aku gak, gangster ker?? wakakaka!






Danish! Suka sangat main kipas Amanda tu sampai tercabut semua. Rosak. Hahahaha!! Tak pe sayang, nanti auntie beli yang baru...eh, bukan auntie tapi Uncle Sham ko, hahaha! Jimat duit aku!






Danish ngan Teha :)





Faizol dan Khalis




Teha mengandung 5 bulan sekarang, seronok tengok dia aku pulak teringin nak mengandung lagi. Insyallah Sabtu ni Teha ke KL, dah dapat rumah kat Bukit Antarabangsa tapi aku kata jangan la pindah masuk lagi, tak puas la nak menganyam ketupat sesama, Teha nak minta izin Faizol untuk stay lagi seminggu di Ipoh, yipppiieee!!! :)



Oh ye, aku ada seorang adik lelaki, yang bongsu. Tak ikut, asik main bola je kerjanya. Elok la tu, jangan melalut ke lain sudah...


Tuesday, 22 June 2010

TEHA DAH BALIK! AMANDA PENING MEMILIH DANISH ATAU KHALIS!

Khalis & Amanda

Bukan aksi bercinta tapi aksi merebut telepon atok tengah dendang lagu waliband, wakakaka!!




Yeahhh!! Aku tau mengenai blogger melalui dia, dia juga yang ajak aku buat facebook. Dia adik aku, Teha. Dia dulu ada blog tapi dah stop sebab mengandung lagi, tak larat katanya. 1st June lepas Teha selamat tiba di bumi Malaysia. Yeaahhhh!!!!



Aku paling happy! Aku tunggu dia kat KLIA dan rasa cam runtuh je KLIA dengan gelak tawa kami adik beradik sebab happy dapat bersama, hehehhe!! So Amanda ada kawan sekarang tapi boyssss tu yang Amanda kureng sikit, hahahah!! Danish dan Khalis lasak tapi bila depan Amanda dua-dua tu tetiba je jadi gentleman dan macho, wakakaka!!


Aku mintak Khalis kiss aku tapi geleng tapi bila aku kata kiss Amanda, laju je nak kiss, hahahha!! Bila berebut barang, Amanda kalah, sebab dia girl yang lembut, wakakaka!! Tu la Amanda...ko lembut sangat, cuba jadi macam mama ko yang ganas ni, auummmm!!! Wakakakaka!!



Ok, stop sini je, nanti aku nak story pasal kami lagi sebab banyak lagi gambar kami bersama, buat permulaan aku tepek 3 pic ni dulu, hehehee!!! Koya, lalalala :)


Danish & Khalis




kita punya cara. kita punya rasa. from top to toe i lurve u all. ;)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014