Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Thursday, 7 July 2011

Tersalah Raba


Pagi tadi opis tak ramai orang, semua keluar ada hal memasing. Tinggal sekerat dua je dalam opis, makanya layannn je radio dengan lelagu jiwang basah-basah. Siap bancuh air kan, eh..eh..stok kat dapo opis dah abis, bancuh air kosong aje, hahahaha! 



Tengah sesedap buat keje, setan tu ada je hasut suh bukak belog, berpelesaran di alam maya bak kata kak Noj, hahahhaha! Sedap je mata layan belog orang lain, terasa dahaga kan, tangan pon meraba-raba kat tepi denun nak amik mug yang berisi air kosong. Mata masih di skrin. Raba punya raba .... dapat la capai mug tuh.  Sekali nak togak, tu diaa.....amik gunting cucuk hidung. Sebbek cucuk hidung, kalo mata, kan naya, buta, sapa pon tak nak, hahahahahaha! Ni kes mug berisi air dok parking baik sebelah mug letak pen pensil, lalalal!


Sila berhati-hati lain kali ok! Jangan dok layan sangat benda-benda lain time keje ni, contohnya belog, eh..eh...terasa teransang aku, kahkahkahkah! :)





Kemain baik parking, side parking ke parking baring ke parking kuak lentang nih.





Kira konon lakonan buat-buat jadi semula lah yek! Hahahahaha!


Haa...gini , salah raba kan! Dapat benda lain ;p





Ini pulak lakononye bebuat terkejut, Opss! Opocot! Salah raba! Gitwe kekdahnya...






Haa...baru betoi...Pegang dengan kemas dan layan air kosong sambil dengar lagu jiwang-jiwang basah. Hahahahha!

Tuesday, 5 July 2011

Bulat dan Tajam


Ada plak si pet mencelah nak durian, jangan harap lah aku nak bagi. Lagi satu. Tipu aje. Bukan baby yang nak, mak baby yang nak makan durian. Hahahahahha!

Sila buang bayangan karut marut dalam pale hotak korang mengenai bulat dan tajam, ianya hanya incik Durian! Hahahahahaha! Ok, sila baca perantaraan jin (izat) dan puteri comel (ieda) di atas. Dapat? Dapat? Ye! Aku dapat lepas ngidam nak makan dorian. Padahal melambak kot orang tepi jalan jual, aku je malas nak berenti, parking, turun, kenyit-kenyit mata skit nak mintak rege murah, sekali bini abam jual durian kat sebelah menjegill dari ujung mata kan..kan..kan.. tak kuasa aku semua tu! Hahahahaha! Sebab ari tu bebudak opis aku dengan rajin nyer nak menketedarah durian kat Kuala Kangsar.




Aku tak pergi sebab dan kompom nya aku takmo berebut makan durian bersama Amanda, hahahahah! Wajib kan kemana-mana bersama si Amanda, tapi dia kuat makan durian! Aku takmo bagi sangat sebab pernah jadi kes (ala-ala berat punya kes je konon) pukul 3 pagi dia bangun berpeluh-peluh, panas terlebih makan durian, 5 bijik kot dia makan eh..eh..giler ape 5 bijik, 5 ulas dia makan ngan aku dekat dapor. Baikkkk punyer parking 2 beranak dekat dapor kan kopak durian sambil gelak-gelak dan tangan siap tunjuk thumbs uppp best yang amat, hahahahah!




Ok, dapat 3 bijik durian dari Izat, thanxx bro! Punya lama nak tunggu Amanda tdo, sebab aku nak layan durian sensorangggg, hahahahaha! :)






Monday, 27 June 2011

Jom Ber'HENNA' :)




Kalau opis semuanya warga perempuan, memang camni, hahahhaha! minggu depan buat facial pulak, minggu lagi satu bukak salon dalam opis pulak, hehehehe, memang best. Eh..eh...korang pernah pakai Henna kelip-kilau lekat camni tak? senang je, best pulak tu, ari tu bebudak opis takde keje, jadi main aje benda ni, hahahaha! :)




Memula proses menggunting kepada bahagian kecik-kecik. Supaya senang nanti nak pakai, eksaited muka makcik eyta kita ye, hahahahahah! Ok, gunting, gunting, sila, sila :)






Nampaknya makcik Rini sedikit gusar, mungkin terpotong jari, kahkahkah! Sambung potong lagi sambil bergosip, sungguh enak kan kawan-kawan! hahahahah!







 Ok, tempat pertama mengatasi segalanya opkos, makcik Nadia, siap gunting. kemudian.....






Bukak pelestik gam, terbalikkan, tekap di atas tangan dan letak sedikit air, ala-ala pakai inai daun alaf baru gitew, hahahaha! Ha...seperti dalam gambar di atas.






Tunggu bebebeberapa saat ek? Aku pon tak ingat, ahhahaha! Pastu cabut, haa..kan dah jadi :)






Semua sangat kusyuk, hehhehehe! :) ok, mari lihat hasilnya beramai-ramai :)






 Taraaaaaaaaa :) Ape lagi, pasang lagu Kuch Kuch Hotak Hang dan menari beramai-ramai! Yeaahhh! :)





Cover majalah MasallaGirl, hehehehhe :)



Ieda Al-Habsyi kata : senang je nak tanggal, just lalukan bawah air, kalo payah, berus aje senang :)

Wednesday, 22 June 2011

#6 Wordless Wednesday - Bos Tengok La Ni!


hehehehehhe! :)

Friday, 17 June 2011

Kerja Aku Goyang Kaki Bila Website Kerajaan Kena Hack

Puan Bos: Ieda, tolong bukak website Kementerian Kewangan, print bla...bla... (blah la kau! <---aku yang kata kat dia)


Puan Ieda: Ok bosssssss!

Tak sampai 5 minit, Puan Ieda pergi bilik Puan Bos.


Puan Ieda: Bossssss, website takleh bukak, kena hack. 

Puan Bos: ala....... :(


Lantak kau lah! Masa untuk bersuka ria ye kawan-kawan, hahahahahha! :) Rakan-rakan di belakang, memberi tepukan sokongan padu gembira, kahkahkah!! :)



Wednesday, 25 May 2011

Kereta Hilang!







Keluar dari opis. Time balik, mesti semua laju nak balik. Turun. Memerhati sekeliling. Eh, mane kereta aku????? Kecoh sekali, Weh kereta aku hilanggggg!!!! Member opis semua memanjangkan kepala, siap mulut mengomel "camne leh hilang ni!", "Binawe sape yang amik kete ko kak!", "tadi ko parking sini? ke dapan sana? ke sinun? eh..eh..ape lagi nak tanya".





Cuak! 6 orang opismate pusing keliling bangunan, last-last akibat penat, ada yang offer nak tumpangkan balik. Semua terduduk kat depan opis. Penat mencari kereta. Tetiba datang sebuah kereta, Pon! Pon!! Hon sikit punya kuat bunyi macam lori. 




"Eh, tu adik kau ke kak?" opismate mula bersuara.
"Hehehehehe, aku lupe pulak, aku tak bawak kereta hari ni, tumpang adik! Hahahahahahha!" sambil lari lompat berpagar 5x100 meter.
"Bengong ko kak! Hamik makan selipar jepun aku! *7$2%%!$*!"






Hahahahahhahahaha! Camne leh lupa :)

Monday, 9 May 2011

Tak Boleh Main

Hari ni tak boleh main-main, kene buat kerja, hehehehhehe! :)



Wednesday, 9 March 2011

DURIAN RUNTUH!

Feel orang kaya abisss! Wangi nya duit, bau ikan! hahahah :)


Tetiba je pagi ni kaya kan, bos bagi duit, ee..nak beli ape ek? susu anak lapan belas paket, pampers anak dua ploh beg, haa..ape lagi, beg gucci eh..eh..tak cukup duit tu, kang  makan asap je. Nak beli lipstik cam era pazira pakai lah, pastu nak buat tetek cam fazura, eh..eh..silap, cabui mulut, ori lebih mantopp! Pastu nak beli ferrari bawak pergi pasar, ala..takcukup lah! Cari yang murah sikit le. Ubat ketik jang lupe!






 Berangan bagus untuk minda!



 Duit tu bos bagi buat bayo cina pasang aircond baru semalam kat belakang opis, ceh!


  
 Tandatangan tak berapa nak ikhlas

Monday, 7 March 2011

SI BULU PANJAT-PANJAT KERAS DOK SATU TEMPAT


Comel kan! Aku panggei Si Bulu-Bulu, Kak Hati-Hati pulak panggei dia Si Kuala Bear. Hehehehhe! Sejak dia sampai dari Gold Cost, dia asik bergayut je tepi kalendar tu, tak tau bila nak turun, hahahahha! Terimass Kasisss Kak Intan :)

Tuesday, 22 February 2011

SETAHUN SEKALI KE PEJABAT

Pagi sampai opis. Malu-malu lagi. Bila ada yang tegur, dia mula berpaling ke lain.
"Amanda!!" kata Nadia, Kak Atie, Rini dan beberapa power rangers yang lain.


Amanda malu-malu kucing siam. Amanda ikut mama pergi opis sebab pengasuh tak berapa sihat, mengandung kot tapi pangkat opah, amanda konpius, apatah lagi mama. Mama tak kisah tapi bos mama kisah tapi bos mama takde, pergi meeting kat KL, sebab tu mama tak kisah, hiksss! ;p

Amanda malu-malu kucing parsi kejap je, lepas brekpes ngan power rangers, semakin mesra bagai dengan semua power rangers. Ni bukti Amanda datang ke opis mama


Bukti Amanda makan comot-comot dengan power rangers. Mama bukan power rangers, mama adalah raksaksa, hahahha! ;p


Amanda semakin serasi dengan power rangers bila power ranger merah (nadia) bagi gambar kartun upin ipin suruh Amanda main kaler-kaler. Dia bajet amanda senyap tapi rupa-rupanya Amanda lagi kecoh bila panggil semua power rangers main kaler-kaler bersama-sama, hhahahaha! Pengsan tak power rangers?? :)


 Setahun sekali, tahun depan mama bawa Amanda lagi....dengan adik baru yek ;p

Thursday, 17 February 2011

KITA NI IKAN KE DONUT? HAHAHAH!



ikanut 1: Kita ni ikan ke donut?

ikanut 2: Mak ikan ayah donut kot..

ikanut1: Oo..tapi kita boleh hidup atas darat ek?

Pandai-pandai la buat dialog baru lepas ni, hahahhaha! Aku ni manusia lah dol! Hahahahha! Hari tu member-member opis mengidam nak makan KFC, kalah budak kecik, nampak KFC dari jauh dah bergegar kereta , loncat-loncat seronok kan nampak perkataan KFC warna merah gitew dari jauh, hahahah!



Macam biasa bila mula keluar resipi baru, semua nak cuba kecuali aku, aku kan setia pada yang Snack Plate aje, hahahah! ;p Menu baru donut ikan yang selalu masuk dalam radio tu kan, gamaknya selalu keluar radio, sampai mengigau member-member aku nak mencuba donut ikan yang dihidang bersama tartar sos. Sedap? Mereka kata boleh tahan, korang cubalah rasa sendiri, hahahahha ;p






Kak Hati-Hati sangat gembira dengan donut ikan nyer, Jaga-jaga :) Opss.. penulis belog ini terpaksa dikaburkan, ceh..bajet! hahhahaha! ;p


Monday, 17 January 2011

NAK PERGI BELI SARAPAN UMPAMA LARI 100 METER SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

*auuu!! au!!! aaiii!! aiii!! - bunyi anjing putus ekor*



Tengok gambar saja. Harap dapat mengaitkan tajuk bersama gambar. Rasa penat nak menaip akibat berlari 100meter semata-mata nak beli kuih karipap satu, kuih kasturi satu dan popia goreng rangup krupp krupp satu. Mujur lari tak berganti-ganti, eh, lari berkumpulan. Tak boleh tertinggal ahli 6 orang ;p



Sebenarnya tak penat sangat tapi lebih rasa malu, apasal lah aku pakai baju kurung hari ini, hehehehhehehehehe! :)

Thursday, 13 January 2011

SURAT BLOGGER UNTUK MAK DARA

Kak Eyta Comel,
No.11 A, Nama Jalan Nak Glamour,
Simpang 3, Tv 3,
Jam 2100 malam,
Ipoh,Perak

Tuan eh..Puan dah, lupe pulak ;p,


Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas yang maksudnya memang tak sama seperti selalu yang adakalanya saya je yang paham. Tapi takpe lah...hehehehe!



2. Bersama-sama ini dilampirkan picca-picca terhangat dipasaran, senjakala Kak Eyta kawin tempoh hari. Adapun gambar Kak Eyta hanya sekeping dan melebih-lebihnya hanya gambar kami, apepon gambar kak Eyta berada di atas sekali. Kira kaw kaw kawtim boleh?



3. Ape-ape pon kami memohon mahap atas kelewatan mengepos picca-picca ini didalam belog iaitu ini bukan belog saya tapi belog Ieda lap Sham. Dan kami memohon ampun sekiranya ada terkurang dan biasa berlebih-lebih makan nasi minyak siap tambah 5 kali sekali makan angkat kaki yang sangat enak bersama ayam merak masak merah. Yummie :)














Sekian, terima kasih



Yang tak palsu,

Ieda Al-Habsyi
(Ubat batuk cap ibu dan anak melegakan batuk kot laa...)

Monday, 3 January 2011

HARI TERAKHIR DARA

Hari terakhir dara member aku, bukan aku. Hahahhaha! Member opis nak kawin, tapi sebelum tu nak bergumbira dan tangkap gambo sebagai tanda kenangan terakhir dara,sob..sob..sobri, hahahhaha!



Sebagai memenuhi permintaan beliau, kami beli makan dan lepak di Jepun..erk..taman Jepun. Banyak duit nak ke Jepun!





PUBA Next Top Model Season Lapan Ploh Lapan, hahahah!





Dari kiri : Single but not available, Sold, Sold, Entah ape status, Sold. Pilih..pilih..yang Sold tu tolak tepi ye...Hahahahha!!!








Makan sampai cirit, heheheh!








Semua muka nak baik aje, getik aku, hahahaha!





Dan baik sekali lagi....









Model baju kurung musim tengkujuh








Ok, main lompat-lompat pulak walaupon berat dosa. 1,2,3 Lompat! Yeahhhh! Bak kata Ijat, "Nadia umpama di sula! " Hahahhahah!






Ok..ok..sekali lagi Lompat!! Perghh....Berketak tanah sampai Sungai Buloh!



Aduss....rasanya entri malas ni, caption bodo-bodo je. Bye! :)

Monday, 20 December 2010

'SAUDARA' ATAU 'SUADARA'?

Budak opis aku nak cuti. Amik borang. Isi. Hantar bilik bos. Pukul 3.00petang bos masuk. Haa...buatlah kerja sebagai bos macam biasa, takkan buat kerja baiki aircond pulak. Pastu dia panggil aku. Ok, macam biasa. Bagi amanat, azimat dan wasiat seperti selalu. Di akhir pencelotehan, dia cakap kat aku,



"Ni tadi Si Polan isi borang cuti, salah eja ni, saya panggil dia kata salah ejaan ni. Ni saya dah betulkan," kata bos


Aku amik borang tu pastu terus keluar. Duduk kat meja. Aku tengok balik borang tu. Memang salah ejaan, Sahh!! Sah!! Sah!! Sah yang amat ejaan salah nya. Lepas tu aku pergi ke meja Si Polan dan berkata,


"Ko tengok 'Makcik' tu, dia kata ko salah ejaan. Dia kata dia dah betul kan. Ko tengok apa dia tulis,"kata aku pada Si Polan.



Si Polan tengok. Hahahahahahhahahahah! Ketawa panjang Si Polan. Hikhikhikhikhik! Tukar rentak gelak pulak! Kuikuikuikuikuikui! Aik..over pulak Si Polan gelak!



Ni lah kesnya kalau bos pandai sangat.....




ko nak 'suadara' pada sapee???? Kalo aku of kos lakiiiii aku! Hahahahhaha!


p/s: si polan = bos = same aje! Menangis Cikgu BM korang! Muahahahah! :)

Tuesday, 14 December 2010

BUDAK BIRU LEMAS DALAM PLASTIK

Tolong!!!!!! Tolongggg!!!!!! Saya lemassss!!!!! Tak nampak ke muka saya, badan saya habis semua biru, sebab lemas duduk dalam plastik ni! Tolongggg!!!







Terimalah hakikat bahawa kamu adalah keychai, memang patut duduk dalam plastik, ahhahaha! Comel tak? comel tak? Patung keychain afro biru yang comel!







*Huuuhhh...lega dah keluar dari plastik, yeahhh! Leh pergi tengok Hantu KakLimah Kuala Lipis*



Nama dia Afro, aku tak tau nak bagi nama glamer glam glam blink ape dah kat dia. Dia datang dari Johor, member aku bagi. Aku rasa saloon Ah Lin pon tak mampu nak buat rambut kaler pelangi terang macam Afro aku ni, dasatt bukan! Hhaahahha! Mata stim bagai, baru lepas makan nasi ganja. Kaki tangan kerepot macam mumia pulak, takut pulak aku tengok ko Afro! Hahahahah!







*Tiru macam saya*

Pandangan belakang. Macam gula-gula pon ada rambut tu. Nampaknya tuan Afro pon kene ubah pesen, kene buat rambut camtu gak, wakakak! (mau pengsan mak aku!)







*Kawan baru saya, Cik Siti Kemban Kain Batik*


Ni kawan baru Afro, Cik Siti Kemban Kain Batik, berasal dari Melaka. Jangan pandang sebelah mata beb ngan Cik Siti Kemban ni beb, kemban kemban dia pon, rambut leh tahan, pacak ke belakang gitew! Hahhahaha! Nak tengok?? Takyah le, maleh aku nak tunjuk, ahahahha!

Thursday, 11 November 2010

SEDAP SUNGGUH!

Disebabkan terlebih makan dawai kokot, inilah akibatnya. Oh, dawai kokot dengan nama glamernyer 'ubat stapler'. Jangan tanya aku kenapa nama dia begitu bombastik sungguh. Kerja dah selesai, mula lah lapar, hehehehhehe! Lapar, lapar, lapar sungguh. Tapi takmau makan nasi sebab pagi tadi dah makan nasi lemak, mee goreng dan kueh mueh tradisional. Menu-menu ini sungguh menggegarkan salur jantung aku.



Ok. Cukup. Saya sangat lapar sampai saya makan roti dengan mentega kacang. SANGAT ENAK. Makan beramai-ramai bersama teman-teman yang semuanya dalam kondesi yang kebuluq. Ekekekkeke! Makan roti mentega kacang disulami dengan Neslo pagi tadi, nasibbaik belum basi lagi, hehehehehhehe! :)




*sedap sungguh sampai hidung aku naik kembang semangkuk*


Tuesday, 9 November 2010

BERITA TERGEMPAR! BERITA TERGEMPAR!



Berita tergempar! berita tergempar! berita tergempar!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Bos aku tak masuk opis hari ni, dia baru pas telepon.

hahahahahhahahahahahahhahaha!

Ape lagi, aku ngan staff yang lain terus menari macam kat bawah ni





mane boleh Pasha lebih dari kami, hahahhahaha! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014