Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Thursday, 5 May 2011

"Ubat Ini Akan Merubah Warna Air Kencing Anda"

 Semalam lepas lunch aku terkedek-kedek pergi klinik dekat dengan opis ni, sebab nak buat checkup baby. Sebenarnya aku dah terlewat 3 minggu dari tarikh mengechek, heheheh, makanya dengan hati yang tabah, pergilah aku ke klinik berdekatan, laki aku kat umah dah bising kot aku lewat pergi checkup. Setelah membohong sunat pada bos, lepaslah keluar kejap kan.



 Ok, dah pergi, amik nombor, pastu buat kencing dalam botol, pastu check darah pastu masuk bilik lagi satu jumpe nurse comei sikit lah. Haa...dia pon pung pang pung pang bagi nasihat pemakanan, minum susu, pastu tanya ade ape2 masalah atau demam. Nan ado, sakit tekak aje, pastu dia pon bagi ubat sebeban untuk makan. Banyak weh...dah la aku takut makan ubat, hahahahahaa! kalo dulu nak makan ubat kene sampai 3-4 orang pegang kaki tangan aku untuk makan ubat, macam ospital giler pulak bunyi nyer , ceh kuang hasem korang, cit!




ubat kecik-cecik kuning tu adalah asid folic untuk mengelakkan bayi cacat, yang oren tu vitamin C, dan ubat kaler coklat macam smarties tu adalah ubat tambah darah. Ubat tambah darah tu kan, kat luar pek dia tulis, "Ubat Ini Akan Merubah Warna Air Kencing Anda" aku rasa cam seram je weh, kang kuar kaler biru air laut tak pon pelangi paddelpop tu mau sentap sensorang dalam bilik air nanti :)



Pastu aku pon balik ke opis seperti sediakala, hahahaha! Eh, Khamis depan kene pergi lagi sebab nak scan baby, yaahhh! :) Ingat nak beli mesin scan baby, leh hari-hari aku scan sendiri tengok baby aku, heheheheh! :)

Wednesday, 6 October 2010

LUTUT KETAQ MASUK HOSPITAL

Pagi-pagi dah cakap utara, hehehehe! Lutut ketaq (terketar-ketar). Sorry kalau salah coz mamang aku tak pandai cakap utara. Kisahnya semalam, kami pergi melawat mak bos aku yang sedang sakit di Ipoh Specialist Hospital. Sakitnya berkaitan dengan jantung, wwwooo....bahaya tu, esok nak operation nak buang lelemak yang banyak dah hampir-hampir tersumbat.



Seram kot kalau bab hospital ni. Aku memang tak biasa sangat. Kalau nak melawat orang sakit pon, biasanya aku ke rumah orang tu aje tapi bila dah terpaksa ke hospital ni, ikut aje lah...hhohoho!!!




Bila dah pergi ramai-ramai dengan masing-masing kepala ting tong, abis lah hospital...maunya orang sakit bertambah sakit, hehehehhe! Bila semua pon jenis jarang masuk hospital, bila sampai hospital dah macam sifu&tongga, huahuahua! Ada satu benda yang menjadi bahan :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Nasib ko lah si cutaneous solution - Softa-Man! Hahahhaha! Di sebabkan banyak benor benda ni sepanjang koridor kat hospital denun, sangatlah menarik perhatian sifu & tongga! Huhhuhu! Picit dan picit dan picit, wakakaka! Sedap je ko picit ingat picit pipi budak comel ape?!?!




Takpe...untuk kebersihan jugak kan, ala-ala ko dah pakai benbda ni, kira terbebas le dari kuman, malapetaka aku tak jamin bebas ke idak ye...hohoho!




Siap ada guide, haa..ikut jangan nak pepandai je buat sendiri. Silap ari bulan, satu badan pon ko tenyeh, hahahahhaha! Eh, benda ni bagus kot kalau berminat nak beli boleh beli dekat Caring Pharmacies untuk 100ml. Regenya tak berapa nak tau pulak.





Bila sorang dah cuba, semua nak cuba, miahahahaha! Baunya boleh tahan. Ada yang kata wangi, ada yang kata mengit sangat. Tapi pada aku, bau nya macam boleh halau nyamuk pulak. Kaitan?? Hahahhaah!




NI lah mak bos aku. Aku pon tak sure ape nama makcik ni, panggil makcik aje. Makcik ni memang educated, siap terangkan pada kami sakitnya dalam term term yang sungguh membulatkan mulut kami...OOOO.....hiksss! :) Aku rasa kami dok kat tepi katil makcik tu dalam 10 minit je, tapi bila bermain dengan Softa-Man dengan 20 minit! Nak melawat ke ape nihhh????? Takpe, janji makcik tu happy kami datang melawat, dari dia duduk sensorangkan.



Kami bawak sedikit buah untuk makcik ni. Tapi aku tak berapa berkenan dengan idea bawak buah. Bukan ape...buah ni sejuk, bukan semua orang tua boleh makan. Tambahan makcik ni ada kencing manis. Aku lebih suka hadiahkan majalah atau sumber bacaan...lagi pon bukannya makcik tu tak leh baca, dulu gurubesar kot....



Semoga makcik selamat menjalani operation esok, saya doakan makcik cepat sembuh ek, take care, muahhhh! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014