Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tuesday, 14 June 2011

Bajet Lonely Abisss..Gambo Terbaru Profile FB


Lonely abis.


Kahkahkah!!!


Thanxx to Amanda dan Baby (walaupon masih berenang didalam perut mama) kerana sentiasa menemani hari-hari mama sejak mama celik penuh taik mata bangun tido, mandi, makan sama-sama, jalan-jalan, lepak sana sini, tengok wayang tapi kita tdo dalam wayang, makan aiskrim sama-sama, berak pon mama cebokkan, mama berak pon korang teman (hahahahha!), tolong kemas rumah, lipat kain dan kita tidooo bersama-sama keletihan menjalani kehidupan seharian. Korang anak yang best dan terbaikk! Mama sayang kamu berdua! :)

Friday, 3 June 2011

Pengsan Mak Noks!




Hari ni baru masuk kerja,kerja,kerja. Heheheheh! Dari hari Selasa hingga Khamis bercuti di Penang. Bercuti bersama Amanda dan Baby. Bercuti tanpa si suami amat memenatkan tambahan mengandung 5 bulan dan bila cek mek molek sudah mula pandai buat perangai baring di depan pintu utama hotel, berlari sana sini di cafe, meraung nak naik eskelatortortortor! Sabarrrrrrr! Tandanya anak aku normal membesar dengan jayanya! Yeahhhh! 



Esok ke Terengganu pulak! Pengsan mak noks! :)

Monday, 23 May 2011

Mula Terasa. Bergerak-gerak U!

Mula terasa. Bergerak-gerak.



Ada getaran.


Hehehehehehhe!


Mama suka!



Thursday, 5 May 2011

"Ubat Ini Akan Merubah Warna Air Kencing Anda"

 Semalam lepas lunch aku terkedek-kedek pergi klinik dekat dengan opis ni, sebab nak buat checkup baby. Sebenarnya aku dah terlewat 3 minggu dari tarikh mengechek, heheheh, makanya dengan hati yang tabah, pergilah aku ke klinik berdekatan, laki aku kat umah dah bising kot aku lewat pergi checkup. Setelah membohong sunat pada bos, lepaslah keluar kejap kan.



 Ok, dah pergi, amik nombor, pastu buat kencing dalam botol, pastu check darah pastu masuk bilik lagi satu jumpe nurse comei sikit lah. Haa...dia pon pung pang pung pang bagi nasihat pemakanan, minum susu, pastu tanya ade ape2 masalah atau demam. Nan ado, sakit tekak aje, pastu dia pon bagi ubat sebeban untuk makan. Banyak weh...dah la aku takut makan ubat, hahahahahaa! kalo dulu nak makan ubat kene sampai 3-4 orang pegang kaki tangan aku untuk makan ubat, macam ospital giler pulak bunyi nyer , ceh kuang hasem korang, cit!




ubat kecik-cecik kuning tu adalah asid folic untuk mengelakkan bayi cacat, yang oren tu vitamin C, dan ubat kaler coklat macam smarties tu adalah ubat tambah darah. Ubat tambah darah tu kan, kat luar pek dia tulis, "Ubat Ini Akan Merubah Warna Air Kencing Anda" aku rasa cam seram je weh, kang kuar kaler biru air laut tak pon pelangi paddelpop tu mau sentap sensorang dalam bilik air nanti :)



Pastu aku pon balik ke opis seperti sediakala, hahahaha! Eh, Khamis depan kene pergi lagi sebab nak scan baby, yaahhh! :) Ingat nak beli mesin scan baby, leh hari-hari aku scan sendiri tengok baby aku, heheheheh! :)

Friday, 4 March 2011

I'M NOT FAT, I'M JUST PREGNANT!




Hahahahaha! Ok2, terimalah hakikat aku tak gemuks, aku mengandung oksss! ;p




Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014