Showing posts with label streamyx tmnet. Show all posts
Showing posts with label streamyx tmnet. Show all posts

Tuesday, 19 October 2010

sihatgempakcunmeletopabis! INI BUKAN IKLAN CELCOM, TERIMA KASIH.

Terima kasih. Jasa mu kukenang. Bila marah akan ku tendang, ececece..takde lah. Hahahaha! Eh, I sopan santun, u jangan risau, I takkan tendang U, :)



Ok, sebab membuat surat cinta pada streamyx, ramai teman-teman cadangkan luahkan perasaan cinta membara tu melalui telefon. Ye, dengan mengumpul segala kekuatan dan menutup segala kemaluan (lain macam bunyi), dengan separa ayu aku call streamyx.



Dating dalam telepon berjalan lancar. Lancar sungguh sampai ailio tersembui-sembui. Nasib baik takde depan mata, kalo tak malu I. Aucchhhh! Pembetulan, ingatkan cik streamyx, rupanya abang streamyxxx....*kenyit mata sikit* ..ishh..taknampak pulak, dalam tepon rupanya.


Dengan gigih peluh-peluh masam kuar aku dok depan komputer dengan tangan sebelah pegang talipon. Ikut segala perintah dari yang amatur.....kononnya. Takpe. Last-last setelah setengah jam, tau ape dia kata..........


"Sebenarnya, sistem dalam proses upgrade Puan,"kata abang tu. Abang?!! Ciss...mimpilah aku panggil ko abang!


Tau tak macam mane rupe, wajah, muka aku time tu?


Macam ni.



T_T


Selebet. Nape tak bagi tau awal-awal sistem tengah upgrade...takde le aku nak kisah sangat line udah macam kena asma....................


Lepas 3 minggu baru line ok, alhamdulillah! Malam-malam boleh aku blogwalking.

Tapi

Tapi

Tapi


Ye..ada tapi


Terkena pula kawasan opis aku pulak kena upgrade sekarang.


Sekali lagi muka macam ni



T_T



Tunggu lagi 3 minggu baru line sihatgempakcunmeletopabissssssssssss yeee :)


*Tak marah pon. Baru nampak kemajuan dalam kerja opis, hahahahha! :)

Friday, 1 October 2010

CIK STREAMYX, DENGARLAH LUAHAN HATI SAYA...


Hye Cik Streamyx, saya ni peminat setia awak. Walaupon setengah orang marah-marah kat awak tapi pada saya awak tetap di hati. Awak tak pernah bagi masalah pada kawasan saya. Tapi sudah 2 minggu saya berkecil hati dengan awak.



Cik Streamyx, jangan risau...saya tak lah marah sangat kat awak sebab....hari ni hari Jumaat, hohoho!! Hari yang mulia, lagi pon tak guna saya nak marah-marah awak, buat letih ngomel je, awak bukan dengar pon, huhuhuh!!!



Saya ada call kawan baik awak,Cik Operator. Saya nak tanya apa masalah awak sebab sudah 2 minggu awak bermuram durja, jadi lembab teramat sangat sampai terus takde line pada kawasan saya. Tapi kawan awak sibuk, dia tak jawab panggilan saya, tapi dia ada tinggalkan tinggalkan pesanan, kata nya ada sesetengah kawasan yang bermasalah tapi nama kawasan saya tidak pon disebut...



Cik Streamyx, saya rindukan kelincahan awak dan kegedikan awak, sebab awak buat saya bertambah gedik bila time nak online, hehehehehhee!!! Nampaknya dalam 2 minggu ni, kuranglah kegedikan saya, dan saya hanya melayan Cik Astro untuk merawat hati yang lara.....
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014