Friday, 3 June 2011

Pengsan Mak Noks!




Hari ni baru masuk kerja,kerja,kerja. Heheheheh! Dari hari Selasa hingga Khamis bercuti di Penang. Bercuti bersama Amanda dan Baby. Bercuti tanpa si suami amat memenatkan tambahan mengandung 5 bulan dan bila cek mek molek sudah mula pandai buat perangai baring di depan pintu utama hotel, berlari sana sini di cafe, meraung nak naik eskelatortortortor! Sabarrrrrrr! Tandanya anak aku normal membesar dengan jayanya! Yeahhhh! 



Esok ke Terengganu pulak! Pengsan mak noks! :)

Monday, 30 May 2011

Video Pos Laju - Aku Tak Tau Nape Anak Aku Ketawa Terbahak-Bahak

Tanya sama pokok nape opah takde gigi..bla..bla..bla ...itu lah sayang..hahahahaha! Macam tu kan lagu iklan video pos laju yang tengah rajin main kat tv kan, hahahahaha! Comel je opah tu, macam opah depan umah aku ni je, kalo aku cakap kat opah depan umah aku camtu mesti dia kembang-kembang perasan bertambah comel kan, haahhaha! 



Pos laju sekarang boleh hantar ubat la pulak kan terus ke rumah korang, senang le kita nak berjasa pada makpak kat kampung denun. Kalo nak tau seterusnya pepandai lah korang google snirik hahahaaha! 


Ni pasal anak aku, tak tau pasal ape dia suka sangat iklan ni, paling abis dia suka bila last, yang pakcik tu nyanya, "pos laju datang!!" Gelak bahak-bahak, guling-guling dan aku pon turut pura-pura gelak nak menambat hati dia, hahahaha! 



Pengsan Lepas Pukul Isteri, Padan Muka! Amikkk Ko!











Seorang isteri berusia awal 30-an bertindak nekad mencucuh alat renjatan elektrik ke tubuh suaminya selepas dikatakan tidak tahan sering dipukul.



Perbuatan itu dilakukan wanita terbabit di rumahnya di Wangsa Maju, menyebabkan suaminya yang berusia 38 tahun pengsan sebaik terkena alat berkenaan hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. 



Suaminya yang bersifat panas baran dan berkerja sendiri itu dikatakan sering memukul isterinya itu sejak lebih setahun lalu walaupun wanita terbabit hanya melakukan kesalahan kecil. 



Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam Rabu lalu, pasangan terbabit bertengkar mengenai masalah kewangan.



Difahamkan, lelaki berkenaan berang selepas isterinya meminta wang belanja dengan mengatakan sudah tiga bulan suaminya tidak memberi wang. 



Inilah yang banyak dilakukan suami sekarang...salah sikit pon pukul..apa lagi salah besar..lupa kah mereka isteri itulah yang telah melahirkan anak mereka, menjaga anak dan rumahtangga....sikit sangat suami yang tahu bersyukur....jarang suami berterima kasih pada isteri atas apa yang telah isteri lakukan...



Isteri adalah teman, rakan kongsi hidup..untuk disayangi,,,bukan untuk dipukul...sungguh hina lelaki yang setelah dipukul isterinya itu...malam disetubuhi pula...



Kes sebegini jarang didengar...mungkin para suami di luar sana patut jadikan iktibar...inikah yang anda mahu berlaku...



Pesanan untuk para suami,,,hargailah isteri anda....ingatlah, dia juga berjasa kepada anda..saidina umar pon hanya berdiam diri bila dileteri isterinya...



Dipetik dari FanPage TokWan 2, untuk ikuti kisah selanjutnya, sila ke TokWan2, hhehehehe! :)

Thursday, 26 May 2011

Sham Kamikaze Berubah Ke Arah Kebaikan, Alhamdulillah!

Rasanya semua tau pasal Sham Kamikaze sudah berubah, alhamdulillah! Untung bila ALLAH memberi hidayah kepada beliau, aku happy giler!! Semoga kekal selamanya, insyallah! :)


Suka tengok gambar-gambar terbaru Sham di Facebook beliau, amiinnn :)








Peminat seni tanahair dikejutkan dengan perubahan Sham Kamikaze bekas pemain gitar utama Kamikaze apabila video berdurasi 12:42 beliau bercerita tentang pengalamannya mendapat hidayah mula dimuat turun di blog dan juga laman Facebook tempatan.


Sham juga turut meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan selepas melakukan perubahan tersebut.


Beliau pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.


Disamping itu juga, Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka mahupun di stesen stesen TV.


Antara tugasan yang pernah di pikul termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.


sumber: Sinar Harian Online



Wednesday, 25 May 2011

#1 Wordless Wednesday - Matanya Menggambarkan Seribu Makna

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014