Untuk renungan bersama ......
      Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya       menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman       menarik dan pelik.
      Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang       pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
     
      Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan       30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan       satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di       Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah       sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
     
      Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah       Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,       cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih       muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan       jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam       keluarga.
     
      Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji       di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak       riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
     
      Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju       ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami       sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.       Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita       terbabit.
     
      Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah,       tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang       dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke       arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada       jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar       menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
     
      "Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat       tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang       masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah       yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain       dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
     
      Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.       Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun       semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.       Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya       terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.       Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital       Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
     
      Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua       hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,       maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi       seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka       wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan       rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap       kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya       masih tidak berhasil.
     
      Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk       mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.       Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh       doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,       keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk       menunggunya di hospital.
     
      Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari       sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi       sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya       dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut       sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba       menangis??
     
      Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan..       kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda       yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
     
      "Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya       masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa       menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara,       menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang       bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan,       kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi       kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat       satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua       amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
     
      Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang,       kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
     
      "Habis yang kakak pergi haji ini?"
     
      "Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga       nak pergi."
     
      "Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali.  Ada sesuatu ke yang       kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
     
      Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,       "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma       tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala       kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
     
      "Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
     
      "Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah       tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan       balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur       hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik       dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana       pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
     
      "Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan       penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...       putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar,       panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan       tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa       mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus       bercerita.
     
      Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia       tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada       hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
     
      Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak       bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak       diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa       seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak       terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat       sangat...tak boleh nak diceritakan. "Sambil bercerita, wanita itu       terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal       dengan kesilapannya dahulu.
     
      Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu       sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni       nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam       dosa besar.
     
      Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak       sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri       tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak       perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila       ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan       bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
     
      Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula       duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah       itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak       masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa       seperti terbakar hangus.
     
      Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan       sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,       tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.       Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.       Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak       alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
     
      Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh       kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah       supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup       sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan       buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak       berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak       berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala       kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan       sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
     
      Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha       Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada       balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita       terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.       Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
     
      "Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih       macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi       kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha,"       katanya sambil menangis-nangis.
     
      Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke       Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak       henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib,       dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
     
      "Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena       jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah,       makan nasi ke, berehat ke...." tegur saya.
     
      "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan       semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam       Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya       dahulu.
     
      Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.       Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan       tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya       menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan       kesihatannya.
     
      "Tak boleh Mazlan. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab       tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab       itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul       bertaubat."
     
      Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada       perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah       tudung . Cukuplah kakak seorang saja yang       merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak.       Semasa diazab, kakak tengok undang-undang       yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja       diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia       diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai       rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa ."
     
      "Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu.. Kalau       seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak       dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu       sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni???       Allah..."
     
      "Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong       dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat       ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak       tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa       dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula       yang jadi seperti orang bukan Islam."
     
      Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang       wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang       benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya       diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia       berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
     
      Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang       digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia       bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat       membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,       syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal       dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa       "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku       menyesal..." itu dah terlambat.
     
      REBUTLAH       5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN 
     
      WAKTU       KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM       SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI 
"SAMPAIKANLAH PESANKU BIAR PUN SATU AYAT..."
P/s : Jadikanlah iktibar & pengajaran kisah tersebut. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua
 

 


mak aiii.. pjg nyer cite ni ieda.. tapi xpe walau pon pjg tetap baca tuk jadi pengajarn.
ReplyDeleteini 1 pengajaran pada kita..
ReplyDelete