Thursday 17 December 2009

JANGAN TIMANG ANAK ANDA TINGGI-TINGGI


SHARING IS CARING....


General Info.....
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi.
Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih
kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.



SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi..

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.


PENCEGAHAN
1.
Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4.
Minta bantuan orang lain.


Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.





20 comments:

  1. memuler baca "Pesakit terakhir yang kami" aku igt ieda da tukar profesion jadi dokto..hehehe~~

    hmm..mmg xelok benda ni..tp aku konpius skit..kalu anak tu jenis suker main² hentak dagu kat bahu kuat-kuat..paler dier bleh gegar x??anak aku suker buat camtu la..

    ReplyDelete
  2. erm..info yang sangat berguna walaupun i takder baby lagi...

    ReplyDelete
  3. Thanks dear 4 the info's....
    tul tuh, kita pun kdg2 nk men dgn ank...takut gak bila dgr citer camni kan...

    ReplyDelete
  4. Betul tu ieda..My aunty selalu remind me jgn timang anak tinggi2.coz one her niece mengalami shaken baby syndrome ni..masa baby..ayah dia suka sgt lambung dia tinggi2..skrg bdk tu dah besar...tapi kesiannya dia x dapat menikmati hidup mcm orang lain...

    ReplyDelete
  5. wah, ieda, thanks for the info. sangat baik. ialah, kita ni selalu terlepas pandang perkara yg remeh-temeh tapi boleh mendatangkan akibat yang sangat buruk untuk bayi kita. gerun rasanya.

    thanks again!

    ReplyDelete
  6. Good info...Thx... :)

    tp Qis ni klu siang mesti nk tido dlm buai..klu x...x tido lah jadik nyer...

    ReplyDelete
  7. A'ah betol!!! sume ibu beranak kecik, baca info ni tau...

    ReplyDelete
  8. sgt penting utk diambil tau niii

    ReplyDelete
  9. dah byk yg ckp pasal nie..tp tu la org tua2 suke no timang tinggi2

    ReplyDelete
  10. timang tu mmg la jarang tp bab boyan(buaian)tu...huh macam susah nak pisahkan..hikhikhik...

    ReplyDelete
  11. bagus la info nie.. tq cz kongsi sesama....

    you all semua dijemput menyertai giveaway irfanku sayang ...

    ReplyDelete
  12. series jer bunyi nyer kan... aperpun.. thanks..

    ReplyDelete
  13. mekasih coz kongsi info ni...

    ReplyDelete
  14. thanks for the info... patut la mak mentua ezan bising marah2 kalo ada org timang sarah.. hehehe...

    ReplyDelete
  15. uish takutnye...thanks for sharing!

    ReplyDelete
  16. thanx 4 the info ieda !!
    hurmm..penah dgr gak sbelum ni ttg bahaya pakai buaian henjut2 baby tuh..camana weih..anak2 aku pakai dari yg sulung sampai yg ke-4 nih

    ReplyDelete
  17. ye betol tu..ada baca gak info tentang goncang bb ni..
    anyway bagus dpt kongsi kat sini..

    ReplyDelete
  18. Thanks for the info dear...

    tapi risau kat baby edhar sebab selalu sangat jatuh kena kepala...kuat pulak tu...boleh dikatakan hari2...sampai dah tak tau nak monitor macam mana...satu lagi baby selalu sangat memanjat dan tabiatnya tanpa kita sedari....

    ReplyDelete
  19. takutnya .. sib baik zahrien dah besooor

    anyway thanx dik .. a good2 info ..

    ReplyDelete
  20. info yg berguna tuk kita sume..

    ank2 pun suker timang tinggi2 gak..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014