Seorang isteri berusia awal 30-an bertindak nekad mencucuh alat renjatan elektrik ke tubuh suaminya selepas dikatakan tidak tahan sering dipukul.
Perbuatan itu dilakukan wanita terbabit di rumahnya di Wangsa Maju, menyebabkan suaminya yang berusia 38 tahun pengsan sebaik terkena alat berkenaan hingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Suaminya yang bersifat panas baran dan berkerja sendiri itu dikatakan sering memukul isterinya itu sejak lebih setahun lalu walaupun wanita terbabit hanya melakukan kesalahan kecil.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam Rabu lalu, pasangan terbabit bertengkar mengenai masalah kewangan.
Difahamkan, lelaki berkenaan berang selepas isterinya meminta wang belanja dengan mengatakan sudah tiga bulan suaminya tidak memberi wang.
Inilah yang banyak dilakukan suami sekarang...salah sikit pon pukul..apa lagi salah besar..lupa kah mereka isteri itulah yang telah melahirkan anak mereka, menjaga anak dan rumahtangga....sikit sangat suami yang tahu bersyukur....jarang suami berterima kasih pada isteri atas apa yang telah isteri lakukan...
Isteri adalah teman, rakan kongsi hidup..untuk disayangi,,,bukan untuk dipukul...sungguh hina lelaki yang setelah dipukul isterinya itu...malam disetubuhi pula...
Kes sebegini jarang didengar...mungkin para suami di luar sana patut jadikan iktibar...inikah yang anda mahu berlaku...


