Mujur kami masuk awal 15minit, sempat tengok animal show, yang hanya ada waktu tertentu sahaja, iaitu pada pukul 11.00am untuk sebelah pagi dan show pukul 3.00pm untuk sebelah petang. Haiwan yang buat tarian gelek petang tu brung yang besar bapak, Dobby. Sedap nama macam nama dalam cerita Harry Potter, hahaha!! Haiwan lain anjing laut yang sangat comel bila tepuk tangan, cute!! :)
Gambar kami wajib ada, hikhikhik!!! Masa animal show, ada burung yang pandai datang ke kita, denga syarat ada duit di tanga kita, hahahha!! Gila $$ betol la, sape lah yang traning ko ni cik burung weh, ekekeke!!! So tetamu boleh mencuba, hanya dengan mendepakan sebelah tangan sambil jari memegang wang kertas. Dan tetamu pertama yang mencuba adalah laki aku, hahaha!! Semangat keburungan betul, wakaka!! ;p
Animal show ada la berlangsung dalam 45minit. Pastu sambung jalan ke Akuarium pulak, masuk macam ala-ala gua gitew, aku suka sebab sejukkkk!!! Hehehehe! :)
Dah berjalan punya jalan sampai ketiak pon naik lengit, kaki pon dah separa kengkang, tetiba hujan la pulak! Waktu tu kami dekat area Savanah Walk,mujur ada tempat teduh tepi kandang Kangaroo dan Ostriches. Tunggu punya tunggu, hujan makin lebat, terperangkap sudah! wakakaka!! mujur ada train lalu amik kami, hehehe!
Nak cakap best sangat tu takde sebab haiwan macam tak banyak. Pastu persekitaran tak berapa nak kemas dan banyak under progress. Kalau nak dibanding kan dengan Zoo Taiping nampak lebih menarik. Kalau lalu disepanjang kandang harimau dan singa, tak nampak, cuma dengar suara seekor singa tengah mengaum. Kandang harimau/singa ada 5-6 tapi sekor pon tak nampak.
Dah keluar dari zoo, perut mula lapar walaupon aku dah tibai burger dekat dalam sana, hahaha!! So Ina cadangkan kami ke Wangsa Walk Mall untuk makan. Lepas makan, berkira-kira nak bertolak balik ke Ipoh tapi tanduk muncul ajak ke karoke pulak. Aiksss....karok la pulak! Hehehhe!!
Amanda berpusing-pusing dalam bilik tu sampai naik lemas, last-last tertidur jugak dalam kebisingan :)
p/s: Insyallah akan ke kl lagi dis week & next week :)


