Tuesday, 4 January 2011

YEAAHHH! DAH ADA CAMNI :)


kelik-kelik-kelik




Uhuhuh! Suka, suka. Aku suka :) Tengok. Dah ada camni :) kelik-kelik-kelik

Monday, 3 January 2011

SINOPSIS DRAMA USTAZ AMIRUL


Bakal ke udara pada 7 Januari 2011, USTAZ AMIRUL akan menemui penonton selepas berakhirnya AHMAD DURRAH, sebanyak 13 episod di slot Zehra, setiap hari Jumaat pada jam 9.00malam. Antara barisan pelakon yang membintangi drama ini adalah Ashraf Muslim, Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Allana Amir, Hafidzuddin Fazil, Rahim Omar, Fauzi Nawawi, Roslan Saleh, Zoey Rahman dan ramai lagi.



USTAZ AMIRUL mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri. Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.



Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu. Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.



Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul. Lalu, Ustaz Amirul berusaha mencari Adawiya semula, serta memohon maaf daripada keluarganya, akan tetapi, usahanya tidak berjaya.



Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah USTAZ AMIRUL yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.



Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.



Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu. Segala persoalan akan terjawab dalam drama baru USTAZ AMIRUL ini, yang bakal menemui penonton pada 7 Januari 2011, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00malam, di slot Zehra, hanya di TV3


*Credit to Oh!Bulan

Aku nak tengok sebab ada Ashraf Muslim, hehehehhehehe! :)

HARI TERAKHIR DARA

Hari terakhir dara member aku, bukan aku. Hahahhaha! Member opis nak kawin, tapi sebelum tu nak bergumbira dan tangkap gambo sebagai tanda kenangan terakhir dara,sob..sob..sobri, hahahhaha!



Sebagai memenuhi permintaan beliau, kami beli makan dan lepak di Jepun..erk..taman Jepun. Banyak duit nak ke Jepun!





PUBA Next Top Model Season Lapan Ploh Lapan, hahahah!





Dari kiri : Single but not available, Sold, Sold, Entah ape status, Sold. Pilih..pilih..yang Sold tu tolak tepi ye...Hahahahha!!!








Makan sampai cirit, heheheh!








Semua muka nak baik aje, getik aku, hahahaha!





Dan baik sekali lagi....









Model baju kurung musim tengkujuh








Ok, main lompat-lompat pulak walaupon berat dosa. 1,2,3 Lompat! Yeahhhh! Bak kata Ijat, "Nadia umpama di sula! " Hahahhahah!






Ok..ok..sekali lagi Lompat!! Perghh....Berketak tanah sampai Sungai Buloh!



Aduss....rasanya entri malas ni, caption bodo-bodo je. Bye! :)

Saturday, 1 January 2011

PELAKON FAIZAL YUSOF MENINGGAL DUNIA




PETALING JAYA
: Pelakon Faizal Yusof telah meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur pagi Sabtu.
Menurut bekas isterinya, Siti Nordiana, Allahyarham Faizal mengadu sakit jantung dan pelakon drama Tiramisu itu pengsan di rumah Faizal.
"Saya dan isteri Faizal terus membawanya ke Hospital Pusrawi dan dia dimasukkan ke wad ICU. Keadannya pada ketika itu sudah kritikal," katanya yang dihubungi mStar Online, Sabtu.
Jenazah masih berada di hospital dan akan dibawa ke rumah Faizal di Sentul petang nanti. - mstar online

ENTRI PERTAMA TAHUN BARU

Satu hari bulan satu dua ribu sebelas. Entri pertama tahun baru yang ringkas dan kosong, hehhehehehe!






































































*nak pergi berak jap, follow? O_o hahhahaha!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014