Thursday, 31 March 2011

5 BLOG PALING KERAP DILAWATI 2011

 comel kan, yang merah tu bukan anak setan, kang kalo letak kaler hijau, korang kata toyol pulak! hahahaha!



 Aiceh! Mekasih buat Ah Bang Abadi Romeo selamanya kerana telah menyenaraikan nama beta dan memberi harapan setinggi Gunung Korbu untuk membuat entri ini, hehehehehhehehehheheheeh! Panjang gelak tanda suka betoi le tu :) Mane taknya, ada juga yang sudi menyerahkan projek khas ini pada beta yang di cipta khas oleh Denaihati yang popular tu, hahahah!



Tujuan projek ini adalah untuk membina NETWORK BLOGGER (aku google, kluar gambar di atas, heheh) yang besar yang akhirnya insyallah akan menambah kenalan yang mungkin akan menjadi rakan setia kepada blog anda (ayat kopi pes kapal api).



 Ok2..sebelum merapu lebih lanjut, kita kembali tujuan asal. Sila senaraikan 5 blog paling kerap di lawati 2011, mari kita lihatttttt, siapa yang kenaaaaaa! :


  1.  Ahkak Geli
  2. Jiji Yu
  3. Niza KancilBiru
  4. Puan Capa
  5. Anisa Hang Tuah

Dan disini saya ingin menyerahkan wasiat agar 10 oarang di bawah yang istimewa ini dapat membuat entri ini jugak, hehehehe! Semua nama glamour memang glamer noks! hahahah :)

  1.  Risa
  2. Lisa (Suria Amanda)
  3. Sarah
  4. Cik Puan Akis
  5. Inaachik
  6. AkuBioMed
  7. Mrs. Fiza
  8. BardBoo
  9. Mazlin Nordin
  10.  SiTedi


Sekian :)

pernah kah kau rasa bila cinta sudah tidak lagi bermakna?

































pernah kah kau rasa bila cinta sudah tidak lagi bermakna? ceh!







Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
 
kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap 
kenangan tentangmu
yangku dapat 
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

 
Uuu…

 Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
.....
Dalam harapan ...uuuu

KONTES TAYANG BOIFREN...EH , SENGAJA SILAP BBF LAH! HAHAHA!


Ini semua salahkan keatas keseksian Ameh kerana telah tag aku merangkap kawan rapat atau dengan lebih afdhal nyer BFF kata orang-orang KL sekarang. Ceh! Kalau tak menang aku siap ko ameh, kena belanja aku makanan yang paling mahei kat KL de nun hahhahaha! Segala syarat, keramat dan pengeras boleh rujuk di belog Misz Ein sebab dia lah tokei yang nak bagi hadiah buat kome-kome yang mengejoin kan diri. Panjang je pembukaan aku, hahaha!






Haa..yang tengah comei tu le BFF aku. BFF mengarut memang le ramai, kang letak banyak gambo kang kalah peserta lain, hahahah! Tapi yang bebetoi BFF tu le si Ameh yang kat tengah tu, mengarut pon ye, berbaik pon ye, bergaduh pon ye. Rasanya dalam semua kawan, dia yang banyak berterus terang, kalo benda tu tak elok untuk aku, dia akan bagi tau depan-depan dan dengan biasanya aku terima dengan hati terbuka, ceh! skema ke ayat aku ni? geli pon ade, hahahaha!
 Memula jumpe dia benci giler kot, yele dia masuk je kelas terus dok tempat aku, padan muka aku pon, selalu tak datang sekolah, dia pon amik tempat aku, ahahhaha! Pastu kene halau kan dok tempat lain (bajet gangster, hahahah!) Lama-lama bila kawan, keluar sesama, balik sekolah sesama, baru terasa kemesraan (ewah! getik aku weh, hahah!) leh tahan gak si tembam ni, getus hati mulus ku, hahahaha! Lelama si tembam yang comel sangat ni jadi kawan baik aku.


 Kalau dalam kelas tempat kami kat belakang ujung kelas, masuk kelas, sembang bla-bla-bla...pastu tido kan ameh kan...itu je keje ko, termasuk lah aku, hahahaha! Bile cikgu jerit je baru dua-dua gelabah bangun kan. Pastu aku suka tak siap homework English. Maleh buat sebab aku tau Ameh teror English, kompom ko buat, aku tiru aje, hahahah! Pastu time Fizik aku buat homework English, ko tolong kaver line kan, camne ntah 1 ari ko gamaknya terlebih makan makjun, lupe kaver line tetiba je cikgu fizik datang belakang aku tepuk kantoi tengah buat English! Ceh!


 Kalau bab tukar CD lagu tu, ko le suka mengajo aku, hahahaha! Ape le layan Nelly Furtado time tu, yele aku bajet aku cun muka cam Nelly Furtado time tu, hahahaha! Ko pulak bajet ganas layan CD Green Day, weh aku layan Green Day kat umah mengamuks mak aku kate lagu hape-hape ni, hahahaha! Sebbek papa aku memahami dengan bagi aku tujuh hengget buat aku beli CD Green Day kat pasar malam cina depan umah mak aku tu, hahahah! Pastu main tuko-tuko CD kat sekolah kan, al-gamaknyer Tuhan marah, tetibe je ade spotcek oleh Darimi and the gang. Sebbek si Farid tu ade, campak CD kite kat luor tingkap, hahahaha!


Citer bab boifren leh? hahahha! ishh..malu lah! aku takde boipren..lalalalaa...


 Pastu balik sekolah suka merayap kan, pergi Ipoh Parade le, ape lagi ek, GM kan, GM tu aku ngan ecah n the gang, ko budak baik, anak mak tak leh ikut aku sangat, ahhahaha! Pastu petang baru balik umah, aku biasa amik bas last kul 6, ko punya bas bebile je ade, benci aku. hahahah! :)


 Weh, ingat tak kite ponteng kelas dalam toilet sebab takmo masuk kelas matematik tambahan kan? eh..ke lukisan kejuruteraan? aku pon lupe sebab aku banyak ponteng, hahahaha! 


 Bila dah beranak pinak ni, teringat kisah lama seronok le yang amat. Biar le orang kata kita ni nakal (termasuk ecah n the gang), tapi semua menjadi kot! Kerja pon ok, takde le jadi penari jalanan or apekejadahnya. Kadang hidup ini tak leh terlalu skema, bila dah beranak pinak camni, baru terasa waktu dulu sangat indah :)


 Weh, giler ni kontest ke entri???? Hahhahahaha! 2 in 1 ok, harap diterima :) Tag 5 orang iaitu :-

  1. Ahkak Geli
  2. Weeda
  3. Kak Ieda
  4. Nabila
  5. Elissmie

Tuesday, 29 March 2011

VIDEO PERKEMBANGAN JANIN DALAM RAHIM IBU

Aduihaii...tersentuhhh sungguh...dengar degup jantungnya...









“Aku dah cerai hang, jadi hang tolong jangan kacau hidup aku lagi. Tak dak siapa yang suruh aku cerai hang. Tunggu mahkamah, dah la jangan menyusahkan aku...".







macam celaka je lelaki nih!


Anis Iyazirah Yaakub, 21, dari Permatang Tinggi B di sini yang masih dalam pantang, kini dalam proses membuat permohonan ke mahkamah bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya, Nurin Syifa Irdina, selepas berbincang dengan keluarganya.


 Wanita malang itu ‘kehilangan' anak perempuan berusia enam hari setelah dilarikan suaminya ke kampung ibu mentuanya di Sik, Kedah, yang kemudian menceraikannya empat hari selepas itu tanpa mengetuai sebab musababnya.








Malah, bekas suami ibu muda itu turut mencabarnya supaya menggunakan apa cara sekali pun untuk mendapatkan semula Nurin, namun tidak akan menyerahkan bayi itu.


“Saya puas merayu dan meminta bekas suami memulangkan anak kami semula dan saya juga ada meminta dia berbincang jika ada sebarang masalah.



“Dia (bekas suami) berkeras tidak mahu menyerahkan semula anak itu kepada saya, malah seperti mencabar supaya saya gunakan cara apa sekali pun termasuk membawa polis untuk mengambil anak kami." kata Anis ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.




Baru-baru ini, Berita Harian menyiarkan nasib malang Anis bukan hanya kempunan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak sulungnya yang dilahirkannya pada 25 Februari lalu, malah diceraikan suaminya selepas melarikan bayinya itu.


Anis mendakwa, Nurin yang dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ), dilarikan bekas suaminya dari rumah ibunya di Kampung Permatang Tinggi B, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi pada 2 Mac lalu.



Wanita itu mendakwa, bekas suaminya memberi alasan mahu membawa Nurin untuk berubat penyakit kuning bersama ibunya yang tinggal di Sik, Kedah, dan akan membawanya pulang semula ke rumahnya.


Bagaimanapun, apabila bekas suaminya tidak menghantar anaknya pulang dan mengesyaki dilarikan, Anis membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas, beberapa hari selepas kejadian.

Selepas dipisahkan dengan Nurin, kehidupan Anis tidak tenang dan sentiasa teringatkan anaknya. Akibat terlalu rindukan kepada Nurin, Anis sanggup memandu kereta ke Sik, semata-mata mahu berjumpa anaknya.
 


Ketika berada di rumah mentuanya, wanita itu ditegur ketika mahu memegang anaknya yang sedang nyenyak tidur, dengan alasan supaya tidak mengganggu. Dia hanya dibenarkan mencium pipi dan dahi anaknya sebelum pulang ke sini.


Pada 6 Mac lalu, wanita itu menerima khidmat SMS daripada suaminya yang berbunyi:




“Aku dah cerai hang, jadi hang tolong jangan kacau hidup aku lagi. Tak dak siapa yang suruh aku cerai hang. Tunggu mahkamah, dah la jangan menyusahkan aku...". - berita harian online
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014