Monday, 12 July 2010

GADIS POM-POM (BERBAJU KELAWAR) MENYOKONG SPAIN!

Oh! Giler macam tak percaya je aku nak buat entri berkaitan bola, hahahha!! Tak pe, laki aku punya pasal, aku selaku gadis pom-pom nak meniup semangatnya sebagai menyokong SPAIN pagi ini (walaupon tak seksi dan hanya berbaju kelawar bersama pom-pom)




Eh, aku teringat jersi yang laki aku belikan untuk Danish dan Khalis sebulan yang lalu, see............... dua-dua masuk final! Hoyeeehhhhhh! Nampaknya ramalan laki aku lebih hebat dari sutun (sutun auuu tengok bola tak? wakakaka!!)





Dan sebagai pembukaan dan enutupan, aku menyokng SPAIN dengan sepenuh hati yang rela ku pujuk.

Thursday, 8 July 2010

TIBA WAKTU MALAM UNTUK KIPAS,PELUH, KIPAS DAN MAKAN!

Tajuk yang entah hape-hape. hahahaha.<--gelak tak ikhlas. Malam tu adalah malam BBQ, bukan babi beku dan tiada babi dalam menu hari itu. Hanya ayam kecil comel, sosej, sate dan lain-lain makanan yang buat aku sedia gemuk. Sesaje ummi aku cadangkan buat BBQ ni sebab teha dah nak balik ke KL, ciss...KL sejengkal je macam le jauh sangat, ahahah!!







Inilah yang dinamakan kipas, peluh, kipas tapi belum makan. Hehehehe!! Jangan tanya nape laki aku pengang tukul, hehehe!!! Dah lama aku tak makan-makan bbq nih, last masa raya aku mengandungkan Amanda dulu.





Ummi yang sangat aku sayangi, ngehngehngeh! Luv u ummi! Muaahhh!!




Aku telah membajetkan diri ku. Bukan bajet cun tapi bajet konon-konon sampai umah mak aku, boleh terus makan tapiiiiiii bara pon tak hidup lagi, amikkk ko ieda, kene mengipas juga, hehehhe!!! Disebabkan hari tu sedikit kelam (cam nak patah kaki aku berlari dari dapur ke luar rumah), maybe sebab hari Jumaat kot, semua baru balik dari kerja, ngeee... :)






Papa & Ummi, ♥ ya!






Sedang sibuk mengipas, baru sedar Danish, Khalis dan Amanda belum makan malam lagi, hiksss!!! Bebudak ni mesti nak nasi. Teha macam biasa akan jadi tukang suap! Yeahhh!! Selamat aku! Hakhakhak! Mari-mari bergambar di dapur pulokkks! :)

See...Khalis tengok aku semacam?? Hakhakhak! Bagi la sesekali aunty ko gedik ngan mak ko, tengok mak ko siap terjelir lagi, hiksss!! :)



Kami takde buat aktiviti lain yang girang seperti main dam naik haji atau acara rebut kerusi dengan lagu Rahsia Pohon Cemara atau main polis entri wan tu jaga, polis mati pencuri jaga. Kami hanya makan, gelak, bergambar, makan, gelak, bergambar, makan, gelak dan bergambar. Opss minum sekali, nanti tercekik pulak.


Papa bersama anak-anak dara nya, termasuk aku, ahahhaha!!!





Pukul 10.00pm Faizol tiba dengan baju opisnya, hehehe!! Ciann..sampai-sampai terus kene mengipas, hikhikhik!!! :)
Tetiba adik aku kata, " cepat amik kek dalam kereta"

kek??? aku pelik, "kek ape pulak?" sepuluh tolak sembilan sama dengan satu persoalan timbul, toinggg!

"Kek besday ummi lah" kata adik aku.

"Cisss...tak bagi tau aku pon!" kata aku

"Ni nak bagi tau lah! Share duit beli kek seketoi, bak sini RM30 cepatttt!!! Hahahahha!!" kata Teha.


"Takmo! Lambat bagi tau takmo bayo, selamat RM30 aku, hahahahah!" kata aku, padan muka korang, lalalaa!!! :)



Suprise kek dari luar pagar umah, hahahha!!! Papa nak beri pada isteri tercintut :)





"Happy birthday to u...happy birthday to u...happy birthday to u ummi, happy birthday to u!!"




Hehehehe!! Ummie memalu dan pelik. Pelik sebab birthday bulan 5, dah 2 bulan berlalu baru nak bagi kek, hehehe!!! Alasan yang baik adalah nak sambut ngan Teha! Hahahah!! Ok lah tu..kan masa birthday ummi Sham dah belanja kat Heritage Hotel.





Atok ♥ Wan dikelilingi oleh cucu-cucu yang bijak + comel + nakal! :)





Aksi manja yang tiada didalam Majalah Mangga (majalah busuk yang paling aku benci! Opss..!)






Di apit oleh menantu, hehehe!! Danishhh!!!! Kamu kaco dalam gambo nih! ;p




Haa...turn kami kumpulan merah amik gambo, hahaha!!!

"Arrrrr...!!! Jangan amik lagi!!! Nanti aku nak sorok perut boroi aku belakang Sham!" hahahah!! Amanda, tolong jangan gelakkan mama ok!





See...."tersorok" baik dibelakang Sham. Tips : Pilih lah suami yang lagi "comel" dari kita, pasti magik dan kelihatan kurus! hahahha!!






Luv u guyss...from top to toe :) Teha, Ieda, Umai, Iera





Teha & Faizol, so sweettt :)






♥ u lalink, muahhhh!!!!



Weh! takde background lain ke??? bosan aku, hahahahaha!!!! Getik aku tengok kalau adik aku berdua ni amik gambo, bersahaja je kalau depan kamera tapiii kalau aku ngan Teha....teruk betol! Tengok pic bawah ni ...








Kami memang tak pandai nak buat muka manja, hahahhaa!! buruk perangai, dah kawin macam budak-budak! huhuhuh!!




Ada pulak lesen "L" kat belakang tu, hahahaha!!!! Ok lah, aku tak amik gambo makanan (dah banyk muka ko dari makanan!) dah pukul 11.30pm, nak balik umahhh tido dengan perut kebuncitan, hehehhe!

RAHSIA TAHI LALAT

RAHSIA TAHI LALAT
(bukan lalat punya tahi tahi lalat bukan lalat punya tahi.ntah hape-hape. Hahaha!)


Masyarakat zaman dahulu mengenal seseorang melalui tahi lalat pada anggota tubuh seseorang. Disini dihuraikan sedikit firasatnya. Sejauh mana kebenarannya, entah jauh berapa batu lagi nak sampai. Namun begitu, hanya dia ajar oleh masyarakat melayu zaman dolu-dolu, doremon pon takde lagi masa tu. Mari membaca untuk menambah pengetahun dalam erti kata lain banyak membaca luas lubang hidong (abaikan! memang takde kaitan!)



Bahagian Badan

Firasat

bibir atas kanan

banyak rezeki, pandai

bibir atas kiri

ramai kawan, baik hati

bibir bawah kanan

disegani orang, ramai yg suka

bibir bawah kiri

pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan

cerdas, jujur, berani menderita

leher kiri

cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

leher di tengah

tercapai cita-cita

biji mata kanan

suka serong dan pembohong

biji mata kiri

pembohong tetapi baik hati

hujung mata kanan

baik hati, sopan santun, cerdas

hujung mata kiri

baik budi, murah rezeki

punggung kanan

agak mengalami kesulitan

punggung kiri

malas dan suka duduk

betis kanan

suka berhibur, boros

betis kiri

rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan

bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

lutt kiri

kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan

terkabul cita-cita

kepala sebelah kiri

sering menemui kesusahan

kepala sebelah belakang

jujur, sabar dan tekun

kening kanan

cerdas dan cekap

kening kiri

cerdas, sopan santun

tengah kening

keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan

kecil rezeki, tak mudah kalah

hujung mulut kiri

suka berpoya-poya

ketiak kanan

dapat menyimpan rahsia

ketiak kiri

jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan

suka berpergian (keluar rumah)

pergelangan kaki kiri

kehendak kuat

batang hidung

banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

pada hidung

banyak rezeki

dagu bawah kanan

jujur dan baik hati

dagu bawah kiri

bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan atau kiri

baik, suka senggama

di kepala kemaluan (lelaki)

bakal beristeri 2

tumit kanan

jujur dan banyak kawan

tumit kiri

baik budi

alis kanan

suka menolong, baik hati

alis kiri

ramai yang suka

pangkal peha kanan

kemahuan kuat

pangkal peha kiri

suka kerja apa pun

telapak kaki kanan

tak mudah mengeluh

jari kaki kanan

suka menolong

jari kaki kiri

berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan

cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

bahu kiri

suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan

baik hati, pendiam,simpan rahsia

buah dada kiri

ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan

setia dan taat pada atasan

lengan kiri

menepati janji dan rajin

pipi kanan

ramai teman

tengah-tengah pipi kanan

ramai yg suka

tengah-tengah pipi kiri

ramai teman

ubun-ubun

kurang jujur

pusat

cerdas, tangkas, tekun

pusat bahagian kanan

sejahtera dalam hidup

pusat bahagian kiri

beroleh kemliaan

pinggang kanan

sayang pada pasangan hidup

pinggang kiri

disayang pasangan hidup

dada kanan

dapat mengatasi masalah

dada kiri

berani, jujur dan sabar

telapak kaki kanan

tidak mudah mengeluh

telapak kaki kiri

baik budi pekertinya

siku tangan kanan

kuat ingin memiliki kekayaan

siku tangan kiri

baik hati, suka menolong

jari tangan kanan

serba beroleh keuntungan

jari tangan kiri

serba baik bekerja

jari telapak tangan kanan

banyak rezeki tapi boros

jari telapak tangan kiri

banyak rezeki dan cermat

perut bawah kanan

banyak rezeki, suka memberi maaf

perut bawah kiri

baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam

disayang suami atau isteri

sudut mata kiri dalam

tidak mudah dilupakan pasangan

sudut mata kanan luar

baik budi, ramai yg cinta

pelipis kiri

murah rezeki, dpt jadi kaya

pelipis kanan

serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas

baik hati, ramah, berjaya

kelopak mata kiri atas

baik budi, ramai yg suka

kelopak mata kanan bawah

agak malas

kelopak mata kiri bawah

agak bodoh, kurang bijaksana

Tuesday, 6 July 2010

DIA DAH PERGI...AKU KESEORANGAN!

Dalam hidup ini aku paling tak suka perpisahan! Menci betol! Tak kira pisah hidup atau mati. Benda macam tu giler menikam qalbu (sebut dengan penuh qalqolah). Perit terasa sampai hari ketiga je, hahaha! Aku malas nak layan feel sedih lelebih, menyampah, buat sakit jiwang je. Bila dah sedih, datang pulak mak segala perasaan iaitu sunyi. Bila sunyi mula monyok. Dah monyok jangan ko bertukar jadi momok sambil layan lagu Ulek Mayang Di Ulek sudah, sasau orang sekeliling.



Aku ada seorang teman, teman terlebih mesra. Teman sepejabat dalam kata orang putih hitam "officemate". Ceh...dia sudah bertukar kerja ke KL! Wawawa...aku tak sedih tapi sunyi bakal melanda, hahaha!! Jangan risau, aku tidak akan bertukar menjadi momok. Budak kecil ni namanya Masithah.



3 tahun lepas, masa aku mula-mula masuk kerja, dia pon baru masuk gak. Hanya kami staff wanita, yang lain semua lelaki. Mula-mula macam bosan tapi lelama kami bertambah serasi tambahan dalam aktiviti menganyam ketupat daun palas. Makin lama makin ramai staff wanita makanya makin besar perniagaan mengayam ketupat kami. Iskk..tiba masa dia nak pindah kerja ke KL sambil buat PJJ di UiTM Shah Alam.



Tengahari tadi laki aku call, laki aku cakap mesti aku bosan Masithah takde, sunyi je..uhuhuhu!! Hanya laki aku yang paham perasaan aku! Mujur ramai lagi staff perempuan sekarang dengan gelagat masing-masing bagai nak pecah perut, tak de la aku bosan sesangat....


p/s: kami dah muak baby dan muntah jin badang dengan seorang staff lelaki, caka besar tak sudah-sudah. Kami sedang mencari ubat yang sesuai untuk menutup kotak suaranya, amik ko!



Inilah Cik Mas Comei bersama aku yang KURUS masa ini ok! (Jangan cakap, eh..kurus pulak!)




Monday, 5 July 2010

GUSI GELAP BAKAL KAHWIN DENGAN ORANG KAYA (PEREMPUAN SAHAJA!)

Masa kecik-kecik, aku tanya ummi aku, "Ummi, kenapa gusi iera gelap (tidak berwarna merah)?" pelik tengok kaler gusi adik aku lain.



Dengan bestnyer mak aku jawab, "Haa...tu tanda nya nanti iera kawin dengan orang kaya bila besar nanti,"
Justify Full


Aku dengan tak puas hati(bakal tak menjadi kaya) dengan muka jahat, "yeke??"



Ummi aku wajib nak menang, "orang tua-tua yang kata, hahaha!! Tengok makcik ko, gusi gelap jugak, kawin dengan orang kaya," ummi aku kata siap bukti lagi. Ciss...macam betul, pak cik aku tu kaya, ni tak leh jadi, hakhakhak!




Tapi ada doktor kata hisap rokok gusi boleh hitam. "Doktor, takkan adik saya nak hisap rokok masa umur 6 bulan!"



Dan yang paling musykil, pelakon Mr.Os pon gusi gelap, tak kaya-kaya pon! Oh ya...dia kan lelaki! (Sila baca tajuk sekali lagi!) Hahahaha!


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014