Tuesday, 12 April 2011

GUE SUDAH JATUH CINTA BARU!

Adverlets ni menariklah, sehari kurang-kurang naik jugak 40 sen buat belog ciput haku! Terima kasih kerana memberitahu aku pilihan yang tepat! :)


Gue sudah jatuh cinta baru! :)

SIMBOL PELIK BERSEPAH-SEPAH

Ceh! Memula ingat Jepun nak serang Malaya lagi bila nampak simbol ni bersepah-sepah, tapi bukan macam zaman dulu, kertas jatuh dari langitkan, ingatkan duit nak mari tapi nak kena serang, ceh! Tapi kali ni lain, simbol pelik kaler oren di tampal di tiang-tiang lampu jalan, tepi dinding opis aku, hahahahha! Pastu lantai depan opis aku, memula ingat bos ni ada hutang ngan ahlong, mungkin strategi baru ahlong, hahahahah! Begitulah merepeknya semua staff-staff kat situ membuat kesimpulan yang kemerapuan yang tak melampaui dek akal, huh!








Pas tengok iklan dekat tv beberapa hari lepas baru le deknon paham, aceh! aku tak tau dah lama ke idak tapi aku baru tau, baru tengok tv, hahahaha! Ini adalah marketing program Celcom Kolony. Kolony merupakan medium social networking yang menghubungkan kamoo dengan kawan-kawan kamoo hanya dengan menggunakan SMS! Amacam? Mengancam? Aku tak rasa terancam langsung sebab tepon aku ni pon 2,3 hari baru berbunyi, itu pon fesbuk yang hantar mesej, hahahaha!  Memang sesuai sangat untuk mereka yang  gila dengan SMS.









Untuk lebih lanjut, korang godek-godek la dekat Kolony.com.my ni. Memula bukak aku tak minat sangat lagi pon aku tak pakai celcom, kahkahkah! Lagi pon semua cam bebudak je, dengan ayat-ayat aku 10 tahun yang lepas "hai..selamat berkenalan...bla..bla...dari bla..bla... masih bujang...bla..bla... lonely (tak tahan! padahal baru lepas mesej ngan boipren ajak pegi makan mekdi 15 minit lagi, hahahaha!)

Monday, 11 April 2011

BELI IPAD2 HARGA RM 3 JER





Caya tak? caya tak? Mesti tak caya lah tu, ceh! Betoi! Hehehehe! Citer nyer gini, minggu lepas, banyak betoi la kereta penuh tepi jalan kubur cina kat ipoh ni, benda ni macam dah kebiasaan lah setiap tahun, dah tau mesti mereka melawat kubur, bila nak pergi kerja tu, dalam seminggu tu kena cari jalan alternatif untuk pergi opis. 



 Sebenarnya ini upacara Festival Qingming atau festival membersih pusara nenek moyang, yang berlangsung selama 4 April sehingga 20 April setiap tahun, dengan itu mereka yang datang membawa baju, kereta replika dan terbaru IPad2 replika, tu pasal tiga hengget je....




 Hehehhee! Jangan korang berangan nak ada IPad2 dengan harga tiga hengget, termasuklah aku! Huahauahua!



KEKURANGAN bekalan iPad 2 keluaran Apple bukan sahaja berlaku di alam manusia malah turut melanda alam selepas kematian apabila banyak keluarga berketurunan Cina di Malaysia berebut-rebut membeli replika kertas gajet terbaru itu.


Replika kertas itu dibakar sebagai salah satu amalan yang berusia ratusan tahun untuk dihantar kepada roh nenek-moyang mereka di dunia yang lagi satu.


Sepanjang Festival Qingming atau dikenali sebagai festival membersih pusara berlangsung dari 4 hingga 20 April setiap tahun, komuniti Cina di Asia akan mengingati roh nenek-moyang mereka dengan membakar duit palsu atau replika barang-barang mewah seperti kereta dan beg berjenama mewah.
Festival yang bertunjangkan ajaran Confucius itu mendidik pengikutnya untuk taat kepada keluarga dan amalan tradisi.
Ia turut diraikan oleh sebilangan besar penduduk Malaysia berketurunan Cina.
888 gigabait
“Sesetengah pelanggan mendapat alamat mimpi bahawa saudara-mara mereka yang telah meninggal dunia meminta barang-barang mewah termasuk iPad2.
“Buat masa ini, saya boleh menawarkan model iPad sahaja,” kata penjual barang-barang sembahyang Cina, Jeffrey Te sambil mengisi replika wang ke dalam bekas di kedainya yang terletak di pinggir pusat bandar Kuala Lumpur.


Selain model iPad, beliau juga menawarkan model gajet replika kertas lain seperti iPhone dan Samsung Galaxy Tabs.

Sama seperti masalah kekurangan bekalan yang dihadapi syarikat Apple Inc., Jeffrey telah mengimport sebanyak 300 buah iPad 2 dari China sebagai persediaan menyambut perayaan Qingming tetapi ia habis dalam masa yang singkat. 


Dia kini berdepan permintaan yang semakin meningkat.Jeffrey menjual model kertas komputer tablet jenama iPad dan iPad 2 pada harga RM3 sahaja untuk memori berkapasiti sebanyak 888 gigabait, jauh berbeza daripada harga iPad yang sebenar iaitu RM1,500 bagi setiap unit komputer pintar yang berkapasiti 16 gigabait.


Kapasiti replika kertas sebanyak 888 gigabait dipilih kerana dalam budaya orang Cina, lapan adalah nombor bertuah.Namun, tidak semua orang Cina akan membeli replika kertas yang berupa gajet-gajet teknologi untuk dikirimkan kepada saudara-mara yang telah meninggal dunia.


“Mereka yang berada di alam sana terdiri daripada warga tua, jika kamu mengirimkan sesuatu benda seperti iPad, mereka tidak tahu menggunakannya.
“Jadi kami masih mengamalkan perkara tradisional seperti menghantar kasut, baju dan keperluan lain,” kata Thomas Soong, 61, ketika ditemui sedang membakar sejumlah wang palsu di kubur neneknya.
Sementara itu, ahli sosiologi dan antropologi yang banyak mengkaji perihal masyarakat Cina, Ann Wan Seng, 43, berkata, perubahan barang-barang yang dibakar adalah cerminan masyarakat Cina sebagai suatu bangsa yang bersedia menerima perubahan.
“Perubahan itu bukan sesuatu yang bersifat fenomena tetapi adalah manifestasi kaum Cina kepada sikap, pandangan dan cara hidup mereka yang mudah mengadaptasi perubahan pada bila-bila masa.


“Saya masih ingat lagi 40 tahun dahulu, kaum Cina sudah pun membakar barang-barang teknologi seperti telefon dan televisyen yang ketika itu merupakan teknologi canggih,” kata Wan Seng kepada Jurnal.
Mengulas mengenai pandangan sesetengah masyarakat Cina yang berbeza pendapat berkenaan gajet-gajet elektronik dijadikan bahan pemujaan, Wan Seng menyifatkan itu adalah pandangan peribadi individu.
Apa yang penting, kata beliau, matlamat sebenar upacara tersebut dapat dihayati.

“Sejarah Festival Qingming dikesan wujud sejak 3,700 tahun lalu. Ia adalah suatu acara simbolik orang yang masih hidup menunjukkan penghormatan, kesetiaan dan tanda ingatan serta pernyataan membalas budi kepada si mati.

“Oleh sebab itu, apabila seseorang itu membakar banyak barang keperluan, ia ditafsirkan sebagai perasaan semakin sayang orang yang masih hidup kepada si mati,” katanya.


Selain itu, Wan Seng menambah, jika barang keperluan tidak dihantar, si mati akan kelaparan dan sengsara di alam sana dan ditakuti mereka akan pergi ke alam manusia serta mengganggu cucu-cicit mereka.-kosmo online

Thursday, 7 April 2011

KESAN DAN TANDA PENGARUH DADAH SYABU PADA TUBUH

SYABU dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) dikenal pasti punca utamapeningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol ini di kalangan generasi muda. 
 
 
 
 
 
KESAN SYABU (DADAH JENIS PERANGSANG)
 - tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh- bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara ( PERCUBAAN KALI PERTAMA)- penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian, mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi, halusinasi atau sakit mental 
 
 
 
KENAPA PERLU BERHENTI SYABU? 
 Kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,Strok Saluran darah pecah,Tekanan darah tinggi, Lumpuh, Jantung, Menghilangkan nafsu seks, Sakit emosi dan otak menjadi lembap. Sakit jiwa, Kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri. 
  

 
TINDAK BALAS SYABU DALAM BADAN 
Kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.
 
Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulangkali.Pengguna mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya.Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atausehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kalidalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan.  Kesan khayaldan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap dopamine iaitu penghantar neuron keotak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehinggamencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Bagi mengembalikan dopamine kepadakadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selamasetahun.Tiada jalan keluar yang selesa sekiranya seseorang sudah terjebak dengan syabu kerana sebaik menagih dadah itu, sama ada untuk berhenti atau meneruskan penagihan, mereka perlumenempuh jalan keseksaan.
 
 
 
TANDA PENGARUH SYABU PADA TUBUH BADAN
Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah,cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yangtinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnyamaut.Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakitkepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badanmenurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparutdan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawanpenyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakitParkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsiotak menjadi lemah dan nyanyuk 
Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dantekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecahakibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.Perut dan sistem penghadaman. Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.
 
 

Wednesday, 6 April 2011

NI NAK HEBOH SEKAMPUNG

Betapa tak gah betoi hidup bile henpon berkamera (ehsan orang lain, bukan si Ehsan tu) rosak. Rosak tau, tapi kalo bergetar tu mau aje, getik aku. Nak pulak kamera hadiah waktu kawin dulu pon rosak, ceh! Tak de le aku nak klik klik klik gambo nak masuk dalam blog, getikkkk aku weh.






 Haaa...ni nak heboh sekampung, 2 minggu lepas saya ada nampak Musalman tu balik rumah, kelam kabut, saya maleh le nak campur hal mencuri ni.... eh silap, tu dialog dalam hantu kak limah, hahahahaha! Sebenarnya 2 hari lepas cek nuffnang aku dah sampai, hahahhahaa! Disini terdapat kemusykilan lah yang arif. Sebab, dengan status ordimenari aku tu, sepatutnya 2 bulan baru leh dapat cek tu tapi aku dapat awal konon macam statuts tu geli-geli pulak. Tak apoo alah, terima aje rezeki tu, banyak songeh plakkan, biasaaa lah..akuu.. hahahahha!








kamera rosak, pakai gambo cek lama dari entry ini, hahahhaha! :p






 Mungkin ini startegi abang nuff nak menambat balik ngan aku kot, aauuu...perasan perasaan u! Hahahaha! Ape-ape pon mekasih le bebanyak yeee! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014