Sunday, 8 May 2011

Hari Ibu adalah "HARAM"

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.



Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.



Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.



Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.



Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Friday, 6 May 2011

SATE ITIK


 Pergi makan sate dua malam lepas. Ada orang mengidam, yang pasti bukan aku, muka yang kat atas ni hahahaha! Order sate ayam, daging, sate arnab habis, jadi order sate itik. Nak order otak-otak kempas pon habis, nasi ayam pon habis, semua habis! Sabau je lah. 



 Festaim aku makan sate itik, makan separuh aje, tak suka sebab terbayang itik, pastu rasa masin sikit, tak macam sate ayam manis sikit hahahahah! Comel je itik, tetibakan, hahahhaha! :)



 Sekarang suka betoi minum air laici, tak tau pehal, padahal aku ketua paling anti dengan air laici sebelum-sebelum ini, hahahahah! Yang kaler pink tu laki aku punya, cer teka air ape, cer teka, hahhahaha! Takpayah lambat bebeno korang ni, air tembikai susu lah, hehehehe!






Sate aje. Bosan lah nak cerita hari ni!

Thursday, 5 May 2011

"Ubat Ini Akan Merubah Warna Air Kencing Anda"

 Semalam lepas lunch aku terkedek-kedek pergi klinik dekat dengan opis ni, sebab nak buat checkup baby. Sebenarnya aku dah terlewat 3 minggu dari tarikh mengechek, heheheh, makanya dengan hati yang tabah, pergilah aku ke klinik berdekatan, laki aku kat umah dah bising kot aku lewat pergi checkup. Setelah membohong sunat pada bos, lepaslah keluar kejap kan.



 Ok, dah pergi, amik nombor, pastu buat kencing dalam botol, pastu check darah pastu masuk bilik lagi satu jumpe nurse comei sikit lah. Haa...dia pon pung pang pung pang bagi nasihat pemakanan, minum susu, pastu tanya ade ape2 masalah atau demam. Nan ado, sakit tekak aje, pastu dia pon bagi ubat sebeban untuk makan. Banyak weh...dah la aku takut makan ubat, hahahahahaa! kalo dulu nak makan ubat kene sampai 3-4 orang pegang kaki tangan aku untuk makan ubat, macam ospital giler pulak bunyi nyer , ceh kuang hasem korang, cit!




ubat kecik-cecik kuning tu adalah asid folic untuk mengelakkan bayi cacat, yang oren tu vitamin C, dan ubat kaler coklat macam smarties tu adalah ubat tambah darah. Ubat tambah darah tu kan, kat luar pek dia tulis, "Ubat Ini Akan Merubah Warna Air Kencing Anda" aku rasa cam seram je weh, kang kuar kaler biru air laut tak pon pelangi paddelpop tu mau sentap sensorang dalam bilik air nanti :)



Pastu aku pon balik ke opis seperti sediakala, hahahaha! Eh, Khamis depan kene pergi lagi sebab nak scan baby, yaahhh! :) Ingat nak beli mesin scan baby, leh hari-hari aku scan sendiri tengok baby aku, heheheheh! :)

Hidung Aku Tetiba Teramat Kembang Selama Dua Hari Satu Malam

Rezeki hanya Tuhan yang tahu, rezeki ada dimana-mana dan bila rezeki datang bergolek pada aku pagi ini, telah menjadikan hidung ini kembang tanpa kempis selama dua hari satu malam, dan bertambah kembang melainkan ada yang cocok!



Tayang sikit gambor keramat tu,


 KONTES TAYANG BOIFREN...EH , SENGAJA SILAP BBF LAH! HAHAHA!



Hooyeehhhhhhhh! Orang Kampungggg aku menang kontestttttt! Hahahahaha! Kecoh giler minat nih, waakkaka!!


 Thanxxx Misz Ein coz pilih makcik Ieda sebagai pemenang, hikhikhik! :)

Wednesday, 4 May 2011

Kisah Cirit Birit

Laki bini cirit birit. Umah aku umah kecik, 1 je jamban, berebut masuk jamban? Opkos aku bini mithali kene bagi line laki berak dulu, yang dalam masa yang sama aku dok kepit-kepit buat taik sepit, hahahahha! Heh! Rekaan semata duamata. Nasib baik time cirit birit laki bini tak sama time. Laki sakit dulu, pukul 8.00 malam. Udah buruk bebeno rupe dia, sambil mulut potpet potpet menyatakan sakit perut memulas mulas. 



 Bini cuma boleh kata," Ala...kesian betoi abang, nak urut kepala ke?" Panggg!!! Sakit perut tetiba je nak urut kepala kan, kan dah turun satu tingkat taraf isteri mithali tuh, sebenarnya pemikiran bini sibuk aje nak tengok akademi fantasia yang tak berapa nak berfantasia tu, hehheheh! Pastu laki pergi mandi, pastu lepak kat sofa pastu masuk bilik tdoooo....Bini kata ok..ok...semoga selamat semuanya sambil berdoa mata tengok tv lagi.








 Pukul 4.00pagi. Perghhhhhhhhhh.......memulasss!  Bini pulak sakit perut! Hambik kau! Memulasss! Laki dah lama belayarkan, tadi dia yang memulas, sekarang tiba giliran bini, empat pagi pulak tu! Time semua orang berasmaradana, ceh! 3 kali bini keluar masuk jamban sampai seluar dalam pon naik lencun, hahahahah! Bongok, patut le sejuk semacam! Salin seluar dalam, sapu minyak kat perut, tdoooooooooooo!  Tammat. Hahahahahhaha! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014