Thursday, 19 May 2011

Bila Tengah Berpeleseran di Fesbuk

Tadi tengah berpeleseran di fesbuk, tetiba je kan grill bawah opis berbunyi. Haaa..tandanya ada orang datang, ceh! Aku bajet bos aku, tercampak semua benda-benda atas meja yang tak masuk akal, wakakaka! Pastu buat-buat baik, bukak folder kerja, fail bukak banyak-banyak atas meja, alaa....bizi tipah oii biziii! Padahal kat atas peha aku, kat kaki aku penuh majalah  tupperware, pamplet tesco, majalah lawak kampus bla..bla..bala... hahahahah! 




Sekali pintu ditolak, abang pos laju rupanyer, ceh! Lu buat gua cuak le bro, abis semua majalah campak bawah meja, nasibbaik tak koyak, mau Kak Kiah marah aku majalah vogie de vass dia punah, wakakaka!



Dengan muka serius bro tu kata,"untuk Ieda" aku le tu...heheheh! Sengih-seingih weh..tau dah barang dari sape, kalo bukan Miss Einz, pasal aku menang kontest dia hari tu, dahh sampai hadiah dari ko beb! Thanxxxx! Dapat 3 barang : Shawl pesen sekarang, tudung awning jenama Pearl Haya dan perfume Munif Hijjaz. Wahhh! Bestttt freee! Hahhahaah! :)




nak jugak tayang, ntah hape-hape aku kan hahahah! :)






ni tudung awning, janama Pearl Haya :)










tu le tudungnyer, belang-belang kuning, melaram lepas-lepas ni, hehehehe! :)











ni shawl bulu-bulu bebudak sekarang pakai, takyah kata budak ahkak kat opis aku tu pon pakai, ari tu diorang ada beli, tapi time tu aku ponteng keje, so melepas, lepas ni leh pakai reramai marhaban meraban dengan diorang hahahaha! :)









Dan yang terakhir perfume Munif Hijazz, memula ingat bau jantan, tapi bau tino weh bila aku tengok belakang kotak, ok not bad, thanxxx!!! :)


set 2 : inspired by : (A) Body Shop-Apple Blossom, (B) Lancome-Miracle dan  (C) Elizabeth Arden




Lupe plak pasal abang posmen tadi, masa aku tengah sign, dia tak dok diam, maksud aku camni, dia berdiri pastu gerak kiri kanan kiri kanan, ala...macam tak tahan nak kencing tu! Nak aje aku offer dia toilet opis aku yang pintu ajaib leh tutup tak leh tutup tu, hahahahaha! Tapi tak berani sebab tengok tapak tangan dia macam besar gorilla kot, boleh melambong aku sampai KLCC!

Sama kan! Memang sama! Hahaha!






Tengok betul-betul.



Memang sama kan! Hahahahahaah!


Owh! dah lama tak tengok cerita ni, nanti nak cari kat youtube :)


Cinderella! Cinderella! (suara tikus tengah nyanyi jahit baju Cinderella, hahahah!)

Wednesday, 18 May 2011

Review : Nur Kasih The Movie



























































Dan sebenarnyaa.....aku bukan lah antara orang-orang terpilih untuk menonton filem ini awal 10 hari dari tarikh ditayangkan, ceh! Hahahahahahha!



Weh, takde review kat sini, korang tunggu je lah esok cerita tu keluar ye! Dan aku bukan lah antara 19 juta penonton syahdu yang menonton drama ini, sedihh...sob..sob...aku selalu ketinggalan cerita yang best-best ni wehhh!!! Wakakakaka! Ape-ape pon aku dah janji dengan budak opis nak tengok Karak 26 Mei ni, weh, orang mengandung leh masuk wayang citer antu kan? kan? kan? part hantu tu, aku tutup mata guna handbag lah weh, handbang aku besarrrrr, anak aku pon leh duduk dalam tu, sure kalo aku angkat tutop mata orang belakang, kiri kanan aku mengamukkksssssss! Hahahahahha! :)

Amanda dan Zara

tingkah setahun aje. tapi bila waktu kecil, nampak amanda lagi besar, tunggu bila besar mesti sama kan, ntah hape-hape ayat aku, ahhahahaa!







Ciri-ciri nak jadi kakak bulan seploh nanti, sungguh beretika, ceh! Hahahahhaa!








Tak lama lagi pasti Zara pon pandai buat peace (yang tak berapa nak betul lagi) macam Amanda :)







Luv u both! Muaahhhhhhhh! :)











Cayalah babeh! Jom pegi mekdi mama belanja hari ni (yekot)gelas PINK dah keluar! hahahahhaa! :) 

Jangan Tau Main Aje - Niat Mandi Wajib

Aku tak pasti kenapa aku buat entri ini tapi harap dapat membantu buat yang masih samar-samar dalam kelambu Ikea korang. Mulanya sebab terbaca di forum dan ruang celah-celah dada  montok  akhbar, hahahaaa! 







Niat

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain"nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)


Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".


Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.


Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.


Untuk menambahkan lagi pengetahuan korang, sila baca DISINI, sekiam terimam kasihim! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014